Dua Pancingan Undi Yang Tidak Menjadi




Setakat ini dalam usaha untuk memenangi PRK Semenyih, dua usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk membeli hati dan jiwa pengundi.


Pertama, mengumumkan bantuan sara hidup untuk orang bujang berjumlah RM100 dan kedua, memaklumkan cadangan mahu memperkenalkan mekanisme baru berkaitan kutipan tol.


Kedua-dua langkah yang diambil kerajaan itu dengan sendirinya memperlihatkan bahawa PH, khususnya Bersatu sedang melalui laluan sukar  untuk menang di Semenyih.


Jika tidak sukar untuk mencapai kemenangan, mustahil kedua-dua langkah itu diumumkan ketika kempen PRK Semenyih sedang berlangsung.


Lagi pun, tidak pernah dalam mana-mana PRK sebelum ini, kerajaan dilihat begitu ghairah menabur gula-gula untuk menambat hati pengundi.


Semuanya tidak lain kerana ini adalah kali pertama Bersatu bertanding dalam PRK dan sekiranya tewas, ia adalah mesej yang jelas menggambarkan ada rakyat yang tidak gembira, bukan saja terhadap dasar-dasar PH, malah juga kepada kepimpinan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.


Untuk itu, PH khususnya Bersatu dilihat sedaya upaya cuba untuk mengelakkan kekalahan daripada datang menimpa.


PENGUMUMAN - Dengan tujuan memberi lebih keselesaan kepada pembaca, blog ini akan berpindah sepenuhnya ke WordPress bermula 1 Mac 2019. Blog boleh dilayari melalui Shahbudindotcom.net. Terima kasih.


Berdasarkan persaingan sengit yang ditunjukkan oleh UMNO sehingga ini, tambahan lagi setelah mendapat semangat daripada kemenangan di Cameron Highlands, tidak dinafikan Bersatu masih berada di belakang untuk menggapai kemenangan.


Lantaran itu, diharapkan melalui dua langkah itu - memberi bantuan sara hidup RM100 kepada orang bujang dan pengumuman mekanisme baru berkaitan tol - sokongan pengundi kepada calon Bersatu, Aiman Zainali akan segera meningkat.


Malangnya, maaf cakap, kedua-dua usaha yang dilakukan kerajaan itu setakat ini langsung tidak membantu atau mampu menambah undi.


Bantuan RM100 yang diberi kerajaan kepada orang bujang lebih menjadi perlecehan di mana-mana kerana jumlahnya adalah sama seperti bantuan kepada budak-budak sekolah yang diberi sebelum ini.


Selain itu, ketika era BN, jumlah bantuan sara hidup atau BR1M untuk orang bujang adalah berjumlah RM450 dan seperti BR1M yang lain, ia sering dianggap sebagai rasuah oleh pemimpin-pemimpin PH, termasuk Tun Mahathir sendiri.


Soalnya, kenapakah setelah memberhentikan bantuan itu, tiba-tiba kerajaan mahu memberinya semula?


Lebih-lebih lagi di ketika sedang berlangsungnya masa kempen PRK Semenyih, tidakkah kerajaan terfikir mereka juga sedang melakukan rasuah untuk mendapatkan undi?


Sudahlah begitu, jumlah yang diberi pula jauh lebih kecil dan tidak sepadan dengan keperluan orang bujang untuk memberi sesuatu untuk diri mereka.


Langkah mahu memperkenalkan mekanisme baru tol, buat permulaan di empat lebuhraya di Lembah Kelang sebagaimana yang diumumkan semalam, turut membuatkan ramai tidak puas hati dengannya.


Pengenalan caj kesesakan pada waktu puncak selama enam jam dengan kadar tol sama seperti sedia ada, manakala potongan 30 peratus pada waktu lainnya dan percuma antara 11 malam hingga 5 pagi, dianggap langsung tidak memenuhi janji manifesto yang mahu memberi tol percuma sepenuhnya.


Yang nyata, langkah ini selain mengundang kecaman dan sindiran, undi yang diharapkan datang bersamanya juga nampaknya tidak mungkin menjadi kenyataan.


Melaluinya kerajaan dilihat tidak benar-benar ikhlas serta jujur hendak menunaikan janji yang mereka sendiri lafazkannya.


Lalu, apa lagi usaha kerajaan selepas ini?


Apakah kedatangan Tun Mahathir sendiri ke Semenyih pada 28 Februari nanti akan menyaksikan lebih banyak janji dan gula-gula ditawarkan kepada pengundi? (ShahbudinHusin 24/02/2019)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/02/dua-pancingan-undi-yang-tidak-menjadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah Ketentuan Takdir Untuk Beristeri Dua Lelaki Ini Kongsi Kisah Berpoligami Di Facebook Dan Tak Sangka Menjadi Viral

Dah Ketentuan Takdir Untuk Beristeri Dua Lelaki Ini Kongsi Kisah Berpoligami Di Facebook Dan Tak Sangka Menjadi Viral

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 525 hits
Alhamdulillah telah berlangsung ijab kabul saya yang kedua pada 2 Nov 2018 Sudilah membaca coretan ini untuk manfaat semua Hari ini cukup seminggu selepas majlis berlalu Pelbagai reaksi dan respon yang kami terima maka hari ini kami akan be...
Berundur Rombak Atau Undi Tak Percaya

Berundur Rombak Atau Undi Tak Percaya

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 501 hits
Syahmi Minhad Ini 3 isu politik yang hangat diperdebatkan orang ramai minggu ini Tiga situasi ini sedang dihadapi Tun Dr Mahathir Mohamad individu yang mengambil alih jawatan perdana menteri bermula 10 Mei 2018 Minggu lepas bertiup kencang ...
Undi Tak Percaya Mustahil

Undi Tak Percaya Mustahil

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 290 hits
Ini 3 isu politik yang hangat diperdebatkan orang ramai minggu ini Tiga situasi ini sedang dihadapi Tun Dr Mahathir Mohamad individu yang mengambil alih jawatan perdana menteri bermula 10 Mei 2018 Minggu lepas bertiup kencang khabar angin m...
Pas Ada Maklumat Undi Tidak Percaya Tun M

Pas Ada Maklumat Undi Tidak Percaya Tun M

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 296 hits
Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan tegas mempertahankan tindakan parti itu menyatakan sokongannya kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Malah katanya PAS mempunyai maklumat terdapat usaha pihak tertentu dalam ...
Mukhriz Bossku Tidak Gugat Ph Pengikut Bukan Undi Semenyih

Mukhriz Bossku Tidak Gugat Ph Pengikut Bukan Undi Semenyih

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 356 hits
SEMENYIH Imej Bossku yang dibawa bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak semasa berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih tidak menggugat peluang Pakatan Harapan untuk mempertahankan kerusi itu Timbalan Presiden ...
Tidak Wujud Cubaan Beli Undi Muhyiddin

Tidak Wujud Cubaan Beli Undi Muhyiddin

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 441 hits
Timbalan Presiden Pakatan Harapan Tan Sri Muhyiddin Yassin diiringi calon Pakatan Harapan PRK N 24 Semenyih Muhammad Aiman Zainali bercakap kepada media selepas menunaikan solat Jumaat sempena Pilihan Raya Kecil N 24 Semenyih di Masjid Kamp...
Prk Semenyih Undi Ph Hanya Tonik Gemukkan Dap Annuar Musa

Prk Semenyih Undi Ph Hanya Tonik Gemukkan Dap Annuar Musa

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 363 hits
Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata pengundi di Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih harus sedar bahawa setiap undi yang diberikan kepada Pakatan Harapan adalah merupakan tonik bagi menggemukkan Dap Justeru jelas ...
Undi Tidak Percaya Terhadap Tun M Bukan Khayalan Ini Jawapannya Viralhancing

Undi Tidak Percaya Terhadap Tun M Bukan Khayalan Ini Jawapannya Viralhancing

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 528 hits
Ini 3 isu politik yang hangat diperdebatkan orang ramai minggu ini Tiga situasi ini sedang dihadapi Tun Dr Mahathir Mohamad individu yang mengambil alih jawatan perdana menteri bermula 10 Mei 2018 Minggu lepas bertiup kencang khabar angin m...
Undi Cucu Atoq Jalan Sesak Selesai 24 Jam

Undi Cucu Atoq Jalan Sesak Selesai 24 Jam

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 365 hits
Cucu Atoq ni mungkin ikhlas nak bantu rakyat Tetapi jika berniat untuk menipu rakyat supaya mengundi diri mereka tidak sesuai lagi masa Hanya orang tua tua saja yang boleh buat begitu Atoq berjanji macam macam dari langit sampai ke Bumi tah...
Lynas Leads Non China Heavy Rare Earths Production At M Sian Facility

Hiburan 50 Hospital Malaysia Diiktiraf Hospital Terbaik Dunia 2025 Ini Senarai Mengikut Ranking Dari Atas

Nasi Goreng Kerabu Sedap Lain Macam Senang Pula Tu

New Ai And Accessibility Updates Across Android Chrome And More

Perlis Nelayan Maut Dipanah Petir Ketika Pukat Udang

Tersentuh Sebab Surah Maryam

Pizza Time

Don T Be Surprised If Nurul Izzah Becomes Malaysia S First Female Pm Her Mother Had Come Close


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pertandingan Video Ulasan Buku Bahasa Melayu 2025

Tarikh 16 Mei Yang Diingati

Zooey Deschanel S Legs And Feet In Tights 83 No Shoes

Apa Berlaku Selepas Berpantang 44 Hari

Gara Gara Perancang Tidak Bersesuaian 34 Hari Turun Darah

Tehyeash Cafe Baling Kedah