Dua Maut Kemalangan Di Sungkai




IPOH: Dua maut dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta di Jalan Kampung Klah Baru, Sungkai kira-kira 90 kilometer dari sini, pagi ini.

 

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Perak berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Mohamed Tahir Junus, 64, dan Nor Aini Mohd Sam, 56, kedua-duanya beralamat di Rumah Awam 2, Jalan Ketoyong, Tanjung Malim.

 

Katanya pihak bomba menerima panggilan mengenai kemalangan melibatkan sebuah Perodua Myvi dengan Proton Saga BLM itu pada pukul 11.04 pagi, sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bidor serta Slim River dikejarkan ke lokasi.

 

“Apabila sampai di lokasi, anggota mendapati terdapat dua orang dalam Proton Saga BLM tersepit dan meninggal dunia, manakala pemandu Myvi yang parah dikejarkan ke Hospital Slim River. Operasi tamat pada 1.45 tengah hari,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, maklumat lanjut mengenai kemalangan tersebut akan diberikan dalam masa terdekat.

 

Sementara itu, Wan Azharuddin mengesahkan kedua-dua mangsa yang maut iaitu Mohamed Tahir dan Nor Aini adalah suami isteri, yang tidak bekerja.

 





Katanya pemandu Perodua Myvi yang parah dikenali sebagai Muhammad Ridhwan Ismail, 22, beralamat di Kampung Padang Tembak, Teluk Intan, juga telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Slim River.

 

Menurut Wan Azharuddin, kemalangan dipercayai berlaku semasa Muhammad Ridhwan dalam perjalanan dari Subang Jaya, Selangor menghala ke Teluk Intan.

 

“Apabila tiba di lokasi kemalangan, mangsa disyaki hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung secara depan-depan dengan Proton Saga BLM, yang dinaiki suami isteri berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Beliau berkata waris mangsa telah dimaklumkan mengenai kejadian, dan kedua-dua kenderaan terlibat dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk pemeriksaan, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

-- BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/10/dua-maut-kemalangan-di-sungkai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gara Gara Cuba Elak Ular Dua Beranak Maut Kemalangan Dengan Kenderaan 4x4

Gara Gara Cuba Elak Ular Dua Beranak Maut Kemalangan Dengan Kenderaan 4x4

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 313 hits
DUNGUN Gara gara cuba mengelak seekor ular seorang peneroka bersama anaknya maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda Kemalangan itu berlaku di kilometer 61 Jalan Jerangau Jabor pada kira k...
Dua Maut Seorang Parah Kemalangan

Dua Maut Seorang Parah Kemalangan

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 300 hits
DUA MAUT SEORANG PARAH KEMALANGAN SUNGKAI Dua maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Kampung Klah Baru di sini jam 11 pagi tadi membabitkan Proton Saga dan Perodua Myvi Dalam kejadian itu mangsa dalam Proton Saga Mohamed Tahi...
Rider Grab Maut Dalam Kemalangan Ketika Mencari Rezeki Untuk Isteri Bakal Anak Pertama

Rider Grab Maut Dalam Kemalangan Ketika Mencari Rezeki Untuk Isteri Bakal Anak Pertama

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 675 hits
Seorang penghantar makanan maut selepas terbabit dalam kemalang yang berlaku di Manjalara Kepong pada petang Jumaat 23 Oktober 2020 Mangsa Muhammad Badrul Hisyam Mohd Saufi 21 meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motosikal terlanggar ...
Suspek Kes Pecah Rumah Maut Kemalangan Ngeri Akibat Di Gilis Dek Beberapa Kenderaan

Suspek Kes Pecah Rumah Maut Kemalangan Ngeri Akibat Di Gilis Dek Beberapa Kenderaan

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 1283 hits
IPOH Seorang suspek kes pecah rumah di Kedah maut dalam kemalangan ngeri selepas digilis beberapa kenderaan setelah terjatuh daripada motosikal yang ditunggangnya di Kilometer 295 8 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berdekatan susur kelu...
Belum Pape Dah Kiok Kah Biadab Polis Siasat Tweet Hina Arwah Anggota Tentera Maut Dalam Kemalangan

Belum Pape Dah Kiok Kah Biadab Polis Siasat Tweet Hina Arwah Anggota Tentera Maut Dalam Kemalangan

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 415 hits
Kebiadapan seorang pengguna Twitter yang menghina kematian seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia dalam kemalangan di Johor Bahru mengundang kemarahan netizen nbsp Individu yang menggunakan nama Raja Farah Sofea itu memuat naik kenyat...
Ibu Meninggal Selepas Terlibat Kemalangan Ustaz Ebit Sayu Lihat Tangisan Dua Beradik Ini Ketika Datang Melawat

Ibu Meninggal Selepas Terlibat Kemalangan Ustaz Ebit Sayu Lihat Tangisan Dua Beradik Ini Ketika Datang Melawat

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 399 hits
332 total views 115 views today Tidak dapat bayangkan perasaan seseorang yang kehilangan orang tercinta terutamanya ibu yang disayangi pergi buat selama lamanya Tambahan pula anak anak ini baru sahaja kehilangan ibu kerana terlibat dalam ke...
Pelajar Lelaki 14 Tahun Maut Kemalangan

Pelajar Lelaki 14 Tahun Maut Kemalangan

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 359 hits
Oleh ASLIZA MUSA TANJUNG MALIM Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun maut setelah motosikal yang ditunggangnya melanggar belakang treler di Kilometer 104 Jalan Ipoh Kuala Lumpur dekat Slim River di sini hari ini Dalam kejadian pada pukul ...
Lelaki Maut Kereta Rempuh Pokok

Lelaki Maut Kereta Rempuh Pokok

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 249 hits
LELAKI MAUT KERETA REMPUH POKOK PASIR GUDANG Seorang lelaki maut selepas kereta Proton Persona dipandunya melanggar sebatang pokok di Jalan Besar di sini hari ini Ketua Polis Daerah Seri Alam Superitendan Ismail Dollah berkata dalam kejadia...
New Ai And Accessibility Updates Across Android Chrome And More

Pizza Time

Aktiviti Serahan Memorandum Bantahan Perjanjian Pandemik Dasar Digital Negara Kepada Suhakam Ppim 16 05 2025

Media Sosial Makin Toksik Apa Jadi Macam Mana Nak Handle

Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment

Perkara Yang Jangan Di Lakukan Ketika Bercuti Di China

Hari Guru 2025

Jangan Segala Hal Diceritakan Di Sosial Media Jangan Semua Perkara Diceritakan Di Live


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tahniah Anakanda Nur Aina Insyirah Binti Suhaimi

Keratan Anak Pokok Rose Jepun Dah Sampai

Mengapa Folder Hadiah Perpisahan Penting Untuk Acara Rasmi

Terengganu Satu Dari Tiga Remaja Alami Obesiti

Lawat Siti Jamumall Tindakan Rakan Diselar Netizen Yang Penting Rakam Dulu

Kpn Gerak Program Arkib Komuniti Mahu Masyarakat Jadi Penjaga Sejarah