
Pasukan Bomba dan Penyelamat telah berkejar ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan dan mendapati satu kebakaran sedang berlaku melibatkan dua buah rumah yg bercantum (semi D).
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani, seorang kanak-kanak lelaki berumur sekitar 2 tahun dijumpai rentung manakala 5 orang cedera melibatkan dua lelaki dewasa, dua wanita dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan berumur 8 bulan.
Beliau turut menerima laporan telah berlaku dua letupan yang kuat dan ada saksi yang menyebut telah mendengarnya sehingga 10 kilometer.
Pengarah JBPM Pahang, Datuk Dr. Wan Mohammad Zaidi Wan Isa yang tiba ditempat kejadian sejurus kemudian memberitahu dalam satu sidang media di situ bahawa 2 unit rumah itu telah musnah keseluruhan bukan disebabkan oleh kebakaran sahaja tetapi oleh letupan.
“Apa yang kita sedang melihat (siasat) sekarang ialah mengapa terjadi begitu kuat letupan. Kita ada terjumpa silinder gas tetapi ada juga dijumpai bunga api.
Turut hadir di sidang media tersebut ialah Ahli Dewan Negeri (ADUN) Panching, Mohd Tarmizi Yahaya yang sebelum itu dibawa masuk ke tapak kawasan kejadian untuk diberi taklimat.
Beliau turut mendapati sebuah kenderaan hangus dan dua lagi rosak teruk.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |