Dua Individu Didenda 25 Juta Baht Di Thailand Kerana Langgar Peraturan Hak Cipta Liga Premier


BANGKOK, 3 Dis (Bernama) — Dua pengendali penstriman haram diperintahkan membayar ganti rugi lebih 25 juta baht kerana melanggar peraturan hak cipta Liga Premier Inggeris di Thailand.
Kedua-dua mereka seorang lelaki warganegara British berusia 42 tahun dan seorang wanita rakyat Thai berumur 36 tahun, mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan di Mahkamah Tinggi Thailand, Jumaat lepas.
Mereka didakwa di bawah Seksyen 29 (3) dan Seksyen 69 Akta Hak Cipta (melanggar peraturan hak cipta dengan menyiarkan untuk keuntungan komersial dan memintas langkah-langkah perlindungan teknologi).
Selain daripada itu, kedua-dua mereka didakwa di bawah Seksyen 8 Akta Jenayah Berkaitan Komputer (memintas data) dan Seksyen 66 Akta Penyiaran dan Televisyen (menjalankan perniagaan penyiaran tanpa kebenaran) dan Seksyen 70 (mengimport, menjual, menawarkan untuk menjual atau memasang set kotak atas untuk melanggan penyiaran) dan Akta Perniagaan Asing (menjalankan perniagaan yang tidak dibenarkan ke atas warga asing).
Panel tiga hakim yang diketuai Payon Chuichai memerintahkan kedua-dua mereka membayar ganti rugi yang besar berjumlah 15 juta baht selain daripada hampir 7 juta baht dalam wang yang dirampas kerajaan.
Mahkamah juga memerintah mereka membayar lebih 3 juta baht dan tidak dipenjarakan tetapi tidak boleh mengulangi kesalahan yang sama dalam tempoh tiga tahun setengah bagi jenayah berkaitan menjalankan operasi secara haram.
Pada Mei 2017, Jabatan Siasatan Khas Thailand dan dibantu Liga Premier menahan dua lelaki British dalam siri serbuan besar-besaran di sebuah kediaman di Bangkok. Seorang wanita Thai tempatan ditahan kemudian.
Bagaimanapun, seorang daripada warga British yang diberkas itu melanggar jaminan dan waran tangkap telah dikeluarkan ke atasnya  juga ke atas beberapa suspek lain.
Dalam satu kenyataan, Liga Premier berkata defendan mengaku bersalah kepada  pelbagai kesalahan yang timbul daripada membekalkan penyiaran haram, termasuk mengendalikan satu rangkaian cetak rompak utama seluruh Asia.
Ia berkata pelbagai laman sesawang yang diuruskan dari Bangkok di bawah sepanduk ThaiExpat.tv dan domain gabungan, menyediakan akses kepada strim perlawanan Liga Premier yang tidak sah di seluruh Asia Tenggara termasuk Indonesia, Singapura, Vietnam dan Malaysia.
“Mereka juga bertanggungjawab menjual peranti penstriman haram, yang sudah siap dimuat turun dengan aplikasi yang membolehkan penyiaran program bola sepak Liga Premier,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Perkhidmatan Perundangan Liga Premier Kevin Plumb berkata kes ini adalah satu daripada pampasan terbesar untuk jenayah berkaitan cetak rompak di Thailand dan merupakan  amaran keras kepada sesiapa yang terlibat dalam pembekalan strim haram Liga Premier.
“Sikap dan penerimaan terhadap pengendali seperti ini di Asia sudah berubah, yang merupakan berita baik untuk peminat yang menonton kandungan Liga Premier menerusi saluran yang sah.
Mereka yang tidak sependapat, sepatutnya sedar melanggan perkhidmatan yang dijalankan oleh kumpulan jenayah terancang bermaksud mereka berhadapan risiko, bukan sahaja kandungan siaran hilang apabila perkhidmatan itu tergendala oleh tindakan undang-undang tetapi juga mendedahkan mereka kepada ancaman penipuan dan perisian hasad,” katanya.
Beliau berkata Liga Premier komited untuk memburu semua yang terlibat dalam menyediakan akses  haram kepada kandungan program liga itu dan gembira kerana mahkamah dan pendakwa raya kerana menyedari dan menyokong kepentingan memerangi cetak rompak.
“Jabatan Siasatan Khas Thailand, ialah satu daripada pasukan anti cetak rompak utama yang kami bekerjasama dan kami berterima kasih kepada mereka dan pendakwa raya kerana sokongan mereka dalam melakukan pendakwaan ke atas kes ini,” katanya.
Sumber: BERNAMA
The post Dua Individu Didenda 25 Juta Baht Di Thailand Kerana Langgar Peraturan Hak Cipta Liga Premier appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/12/04/dua-individu-didenda-25-juta-baht-di-thailand-kerana-langgar-peraturan-hak-cipta-liga-premier/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yusri Che Lah Dua Wakil Dalam Liga Premier Perkara Positif Buat Bola Sepak Kelantan

Yusri Che Lah Dua Wakil Dalam Liga Premier Perkara Positif Buat Bola Sepak Kelantan

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 426 hits
Ketua jurulatih Kelantan Yusri Che Lah menyifatkan kehadiran Kelantan United FC dalam saingan Liga Premier 2020 merupakan perkembangan yang baik buat bola sepak Kelantan Kelantan United yang merupakan juara Liga M3 dinaikkan pangkat ke Liga...
Thailand Dapat Kuota 2 2 Saingan Liga Juara Juara Asia 2021

Thailand Dapat Kuota 2 2 Saingan Liga Juara Juara Asia 2021

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 210 hits
Peningkatan yang dicatatkan dalam ranking pertandingan kelab Konfederasi Bola Sepak Asia telah memberikan pengkhabaran ceria buat Thailand apabila kuota 2 2 bakal diberikan kepada kelab daripada negara jiran itu bagi saingan Liga Juara Juar...
Sudah Digaji Rp51 Juta Stafsus Milenial Diperbolehkan Punya 5 Asisten

Sudah Digaji Rp51 Juta Stafsus Milenial Diperbolehkan Punya 5 Asisten

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 201 hits
Baik aturan gaji Rp 51 juta dan lima asisten juga berlaku untuk tujuh staf khusus Jokowi yang berasal dari kalangan milenial Meskipun mereka nantinya tidak akan bekerja secara full time atau sehari penuh dan tak diharuskan datang ke Istana ...
Jawaban Istana Soal Gaji Stafsus Milenial Rp51 Juta Mereka Kerja 1x24 Jam

Jawaban Istana Soal Gaji Stafsus Milenial Rp51 Juta Mereka Kerja 1x24 Jam

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 226 hits
Aturan gaji sendiri tertuang dalam Peraturan presiden Nomor 144 tahun 2015 tentang besaran hak keuangan bagi Staf Khusus Presiden Staf Khusus Wakil Presiden Wakil Sekretaris Pribadi Presiden Asisten dan Pembantu Asisten
Kerja Tak Full Time Staf Khusus Milenial Jokowi Dapat Gaji Rp51 Juta

Kerja Tak Full Time Staf Khusus Milenial Jokowi Dapat Gaji Rp51 Juta

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 245 hits
Namun mereka bisa memberikan masukan kapan saja Jokowi mengaku sudah memberikan target kepada ketujuh staf khusus kalangan milenial tersebut
Napi Nigeria Jalankan Bisnis Penipuan Daring Di Penjara Raup Untung Usd 1 Juta

Napi Nigeria Jalankan Bisnis Penipuan Daring Di Penjara Raup Untung Usd 1 Juta

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 153 hits
Selama di penjara Hope Olusen Aroke bekerja sama dengan kaki tangannya untuk melakukan penipuan yang menargetkan korban di berbagai negara
Sepanyol Dakwa Bapa Saudara Presiden Syria Ubah Wang Haram 600 Juta Euro

Sepanyol Dakwa Bapa Saudara Presiden Syria Ubah Wang Haram 600 Juta Euro

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 240 hits
Sepanyol dakwa bapa saudara presiden Syria ubah wang haram 600 juta euro Dikemas kini 33 minit yang lalu Diterbitkan pada 23
Gasak Uang Nasabah Bank Rp 61 Juta Bandit Spesialis Pecah Ban Mobil Ditangkap

Gasak Uang Nasabah Bank Rp 61 Juta Bandit Spesialis Pecah Ban Mobil Ditangkap

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 237 hits
Polisi menangkap tersangka pada tanggal 1 Oktober lalu Kelompok ini terdiri dari lima orang Namun polisi baru menangkap satu tersangka dan empat lainnya masih menjadi DPO Pelaku ditangkap berinisial K Sementara polisi masih memburu empat la...
Demokrat Stafsus Jokowi Gaji Rp 51 Juta Terserah Kalian Deh

Demokrat Stafsus Jokowi Gaji Rp 51 Juta Terserah Kalian Deh

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 198 hits
Wasekjen Demokrat Jansen Sitindaon merasa heran dengan tugas dan fungsi yang diberikan Jokowi kepada staf khusus tersebut Sebab Jokowi bilang pada milenial itu tidak ada tugas yang khusus
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri