Dua Beradik Berpelukan Di Tingkat Atas Rumah Terbakar Berjaya Diselamatkan Bomba
Dua beradik berpelukan di tingkat atas rumah terbakar berjaya diselamatkan Bomba. Dalam satu insiden mendebarkan di Taman Sri Kota, Kuala Kedah, dua kanak-kanak ditemui dalam keadaan kaku berpelukan oleh anggota bomba selepas rumah mereka terbakar.
Dua Beradik Berpelukan Di Tingkat Atas Rumah Terbakar Berjaya Diselamatkan Bomba
Kredit foto: Kosmo
Menurut Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Zulkifli Abd. Azis, beliau bersama seorang lagi anggota menyusup masuk ke tingkat atas rumah yang sedang marak untuk menyelamatkan dua beradik yang dipercayai terperangkap dalam sebuah bilik.
“KAMI DAPATI MEREKA BERDUA HANYA BERPELUKAN TANPA MENANGIS, MUNGKIN TERKEJUT. MASA KAMI SAMPAI, KAKAKNYA BERSUARA PERLAHAN – KATANYA, ‘BOMBA DAH SAMPAI’, MACAM LEGA SANGAT DIA NAMPAK KAMI,” KATANYA KETIKA DITEMUI DI TEMPAT KEJADIAN.
Kedua-dua mangsa, seorang kanak-kanak perempuan berumur empat tahun dan adik lelakinya berusia tiga tahun, berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan. Mereka ditemui dalam keadaan tenang walaupun berada dalam situasi yang sangat mencemaskan.
Kredit foto: Kosmo
Zulkifli menjelaskan, mereka naik ke tingkat atas dengan mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE) selepas dimaklumkan ada mangsa masih berada dalam rumah.
Sementara itu, Penolong Penguasa Bomba merangkap Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Wan Azizul Hakim Wan Jaafar, memaklumkan bahawa panggilan kecemasan diterima pada jam 10.16 pagi sebelum jentera dan anggota dihantar ke lokasi kejadian.
Beliau turut memaklumkan kebakaran melibatkan sebuah rumah teres berkembar dua tingkat, dengan kemusnahan dianggarkan sekitar 70 peratus.
“KEBAKARAN TURUT MEMUSNAHKAN SEBUAH KERETA PROTON SAGA DAN LAPAN BUAH MOTOSIKAL,” JELASNYA.
Punca kejadian masih dalam siasatan, dan pihak bomba sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti sebab sebenar kebakaran berlaku. Syukur, dua beradik itu selamat walaupun nyaris menjadi mangsa tragedi.
Sumber: Sinar Harian dan Kosmo
Baca artikel lain juga:
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
The post Dua Beradik Berpelukan Di Tingkat Atas Rumah Terbakar Berjaya Diselamatkan Bomba appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/dua-beradik-berpelukan-di-tingkat-atas-rumah-terbakar-berjaya-diselamatkan-bomba/