Dua Belas Per Dua Belas Tamat Disember
DUA BELAS PER DUA BELAS TAMAT DISEMBER | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum semua. Hihi. HUJUNG TAHUN pun tiba. Dan hari ini dah masuk hari terakhir dibulan Disember. Bulan bermula cuti sekolah. Ada ramai yang mengadakan majlis itu ini. Terutama walimatulurus. Walau pun dah hujung sangat. Tetap ada lagi yang adakan majlis. Selagi ada waktu, gunakan.
365 HARI. Alhamdulillah. Syukur hingga hujung tahun diizin Allah menikmati itu ini. Masa dan hari-hari yang dilalui juga salah satu bentuk nikmat dan rezeki yang Allah swt pinjamkan pada pc. Walau kadang ada yang sangat dimanfaatkan dan ada juga masa dan hari berlalu begitu sahaja dan seperti disia-siakan. Allahu.
Hujung tahun menjadi satu lembaran kesimpulan untuk sepanjang tahun. Biasanya akan ada banyak rangkumannya untuk dikaji dan untuk dikenang juga. 365 hari. Satu jumlah yang banyak dan besar juga untuk pc. Banyak perkara boleh bokeh kita lakukan dan boleh Allah swt izini terjadi juga.
2022. Sambutan Aidilfitri pertama setelah dua tahun kita semua berada dalam gelombang pandemik COVID19 dan tidak dibenarkan bebas ke mana-mana termasuklah pulang ke kampung bersama-sama keluarga. Aidilfitri terkejut jugakan. Rezeki sabar dua tahun. Allah swt hadiahkan kejutan.
8 Syawal, 9 Mei, hari ibu, Allah ambil mama kembali ke pangkuanNya. Pada usia 65 tahun mama kembali kepada PEMILIK HAKIKINYA. Allah beri peluang kami beraya bersama-sama. Nangis bermaafan sungguh-sungguh. Cerita itu ini. Namun sekejap. Berat. Hancur hati. Gelap pandangan. Tapi itu hakikat hidup yang bernyawa. PC RINDU MAMA. SANGAT-SANGAT. Allah, mohon santuni mama ku. Al Fatihah.
Sekarang pc pun dah ada di kampung. Dah balik kampung. 31 Oktober pc gerak pindah balik kampung. Maknanya dah dua bulan pc di kampung. MasyaAllah. Gembira bercampur sedih. Gembira dekat dengan babah. Sedih mama dah tak ada. Sebelum ni babah ziarah pusara mama sendiri. Sekarang kami pergi sama-sama. Sebelum ni tunggu balik kampung baharu pc ziarah pusara mama, tapi sekarang pc boleh pergi dengan kerap. Aamiin.
Esok mula halaman baharu. Hitungan pertama ditahun 2023. SubhanaAllah. Semoga hidup di dunia hingga di akhirat kelak sentiasa dalam rahmat Allah swt.
NOTA PC : Selamat tahun baharu 2023
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.perducinta.com/2022/12/dua-belas-per-dua-belas-tamat-disember.html