Dua Anak Nelayan Lemas Dapat Pampasan Rm38 556




OTHMAN Abdul Latiff (tengah) menyampaikan replika cek berjumlah RM38,556.00 kepada Muhammad Danial Ikmal dan Nur Diyana Basirah pada Program Penyerahan Pampasan SKSPS Perkeso di Taman Nelayan, Tanjung Dawai, Merbok, Sungai Petani hari ini.


SUNGAI PETANI: Dua anak kepada nelayan yang lemas di muara sungai di Jeti Pengkalan Segantang Garam, Merbok di sini baru-baru ini menerima wang pampasan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) berjumlah RM38,556.

 

Mereka menerima pampasan itu di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

 

Nelayan terbabit, Allahyarham Zulkifli Mohamad, 52, ditemui lemas pada 20  September lalu selepas bot yang dinaiki bersama abangnya,Jaafar, 57, dilanggar oleh sebuah bot lain di tempat kejadian dua hari sebelum itu.

 

Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Othman Abdul Latiff berkata, dua orang anak mangsa, Muhammad Danial Ikmal, 18, dan Nur Diyana Basirah, 15, akan menerima pampasan itu sebanyak RM250 setiap bulan sehingga umur mereka mencapai 21 tahun.

 

“Bapa mereka, Allahyarham Zulkifli telah mencarum skim itu bermula pada 15 Ogos 2020 sehingga 14 Ogos 2021 ketika menjadi nelayan,” katanya.

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Penyerahan Pampasan SKSPS di Taman Nelayan Tanjung Dawai di sini semalam.

 

Turut hadir Ketua SKSPS Perkeso, Azhar Md. Nazri, Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), Azrin Shah Ismail, Pengarah LKIM Kedah, Hamdan Mamat dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai, Hanif Ghazali.

 

Othman memberitahu, sehingga ini, seramai 42,000 daripada 98,000 nelayan dari seluruh negara telah menyertai skim caruman tersebut.

 

Jelasnya, nelayan boleh menyertai skim itu dengan potongan elaun bantuan sara hidup nelayan sebanyak RM157.20 setahun.

 

“Sehubungan itu, nelayan yang belum berbuat caruman itu, perlu melakukannya supaya anggota keluarga boleh mendapat manfaat yang sama jika berlaku pelbagai perkara tidak diingini ketika keluar ke laut nanti,” katanya lagi.

 

Pada program itu, Othman juga menyampaikan sumbangan sebanyak RM1,500 melalui Skim Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan kepada seorang balu, Mawar Suriyarni Rasli, 33, selepas suaminya, Mokta Hasim, 48, meninggal dunia pada 19 Mei lalu akibat ditimpa besi ketika menangkap ikan di laut.

 

-UTUSAN



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/09/dua-anak-nelayan-lemas-dapat-pampasan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Beranak Dikhuatiri Lemas

Dua Beranak Dikhuatiri Lemas

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 256 hits
DUA BERANAK DIKHUATIRI LEMAS MUAR Dua beranak yang juga nelayan dikhuatiri lemas semasa menangkap ikan bersama sama dua lagi nelayan di Tanjung Emas Sungai Muar di sini hari ini Dalam kejadian kira kira pukul 3 30 petang Zainal Jerman 61 da...
Nelayan Yang Hilang Di Tanjung Dawai Ditemui Lemas

Nelayan Yang Hilang Di Tanjung Dawai Ditemui Lemas

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 306 hits
ALOR SETAR Mayat seorang nelayan yang dilaporkan hilang pada hari Jumaat setelah jatuh ke muara Tanjung Dawai Sungai Petani dekat sini ditemui hari ini Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komandan Ahmad Faizal Ahmad berkata mayat Zulkifli Moha...
Kapal Diterjang Badai Dua Nelayan Di Aceh Hilang

Kapal Diterjang Badai Dua Nelayan Di Aceh Hilang

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 290 hits
Ia menjelaskan sebelum diterjang badai pada Sabtu siang sekira Pukul 12 00 WIB siang korban berangkat melaut dengan bersama dua kapal nelayan lainnya dari Meulaboh Aceh Barat
Jagalah Anak Tiri Tanpa Harap Apa Apa Bila Faezah Elai Kongsi Bukan Mudah Jadi Ibu Tiri

Jagalah Anak Tiri Tanpa Harap Apa Apa Bila Faezah Elai Kongsi Bukan Mudah Jadi Ibu Tiri

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 367 hits
Selebriti popular Faezah Elai berkongsi cabaran bergelar ibu tiri terutamanya apabila perlu berdepan dengan pelbagai persepsi umum dengan status tersebut Menurut Faezah kredibiliti seseorang ibu tiri sering dipertikai sekiranya terjadi sesu...
Manzoor Mahu Anak Buah Kekal Fokus Buru Gelaran Juara Liga Premier

Manzoor Mahu Anak Buah Kekal Fokus Buru Gelaran Juara Liga Premier

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 300 hits
Keyakinan Pulau Pinang semakin memuncak dalam pemburuan gelaran juara Liga Premier buat kali pertama selepas cemerlang dengan rekod bersih tanpa kalah dalam lapan perlawanan setakat ini Skuad kendalian Manzoor Azwira Abdul Wahid kekal di ta...
Selamat Hari Lahir Anak Bujang Ibu

Selamat Hari Lahir Anak Bujang Ibu

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 363 hits
SELAMAT HARI LAHIR ANAK BUJANG IBU Sebenarnya bestday anak bujang cikla ni semalam tapi baru hari ni sempat nak buat special entri pasal ni Maafkan ibu nak Biar lambat asalkan ingat kan Hihi Kenangan melahirkan Ammar ni paling cikla tak bol...
Anis Matta Dulu Tolak Dinasti Politik Tapi Kini Dukung Anak Dan Menantu Jokowi Di Pilkada

Anis Matta Dulu Tolak Dinasti Politik Tapi Kini Dukung Anak Dan Menantu Jokowi Di Pilkada

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 316 hits
Terminologi tidak ada keputusan politik yang abadi dan semua hanya menunggu waktu untuk berubah nampaknya memang benar adanya Hal tersebut setidaknya dicerminkan oleh Ketua Umum Partai Gelombang Rakyat Indonesia Anis Matta soal pandangannya...
Panjang Dan Unik Ini Makna Angka 1453 Yang Ada Di Nama Anak Ammar Zoni Dan Irish Bella

Panjang Dan Unik Ini Makna Angka 1453 Yang Ada Di Nama Anak Ammar Zoni Dan Irish Bella

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 391 hits
Dari arti nama sang anak tersebut terlihat betapa besar doa dan harapan Ammar dan Irish untuk buah hatinya itu
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Free Sample Libresse Knowyourv

Cara Mengoptimalkan Konsumsi Listrik Dalam Operasional Percetakan Sehari Hari

Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Civil Servants Advised To Exercise Caution With Quick Loans

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Jalan Jalan Dataran Pontian

Fire Destroys House And Seven Vehicles In Hulu Besut

Pas Open To Reunion With Umno If Latter S Leadership Changes

Dosa For Breakfast

Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Perry Feat Zee Avi Romantisa Chord