Ds Najib Jawab Tuduhan Jahat Wsj Mereka Memang Sengaja Mahu Rosakkan Hubungan Baik Malaysia China



Saya ambil maklum tuduhan-tuduhan terbaru dari WSJ hari ini dan saya nak berikan beberapa fakta:

Tuduhan #1: rundingan sulit bagi membenarkan kapal tentera laut China berlabuh di dua pelabuhan Malaysia.

Malaysia ialah negara berkecuali dan kapal tentera dari mana-mana negara berhak dan sering berlabuh di pelabuhan-pelabuhan Malaysia. Ini ialah satu polisi yang sudah dilaksanakan selama berpuluh tahun.

Ini termasuk kapal-kapal perang dari Amerika Syarikat dan Rusia yang pernah berlabuh di Malaysia.

Sebagai contoh, kapal perang USS America berlabuh di Sepanggar, Sabah pada bulan Ogos 2017.

Pada 2004, Kapal USS Blue Ridge turut berlabuh di Pelabuhan Klang.

Tuduhan #2: China menawarkan untuk mengintip rumah dan pejabat wartawan yang menyiasat 1MDB di Hong Kong.

Seperti dilaporkan oleh WSJ ini juga tidak pernah berlaku.

Tuduhan #3: China menawarkan untuk menyelamat (bail-out) 1MDB.

Seperti dilaporkan oleh WSJ dan diketahui ramai, ini juga tidak pernah berlaku.  Malaysia terus berusaha dan berjanji menandatangani perjanjian penyelesaian dengan IPIC milik kerajaan Abu Dhabi untuk memastikan bahawa semua wang yang didakwa hilang dari 1MDB akan dikembalikan sebelum 31 Disember 2020.

Tuduhan #4: China menawarkan untuk menggunakan pengaruh mereka bagi memastikan Amerika Syarikat dan negara lain menggugurkan siasatan terhadap 1MDB.

Seperti dilaporkan oleh WSJ  juga, semua negara termasuk Amerika Syarikat tidak menghentikan siasatan mereka masing-masing di sebalik dakwaan itu.

Tuduhan #5: Projek-projek saluran paip gas adalah dianugerah kepada China dengan harga atas nilai pasaran.

Selama ini, tidak pernah ada tuduhan bahawa projek saluran paip gas adalah luar biasa tinggi harganya.

Projek saluran gas Trans-Sabah Pipeline yang dianugerahkan kepada syarikat China pada tahun 2016 yang panjangnya 662km bernilai RM4.06 bilion. 

Sebagai perbandingan, projek Sabah–Sarawak Gas Pipeline yang panjangnya 500km yang dianugerah kepada konsortium dari India pada tahun 2008 telah disiapkan dengan kos RM4.6 bilion.

Tuduhan #6: Projek ECRL dianugerahkan kepada syarikat China pada harga RM55 bilion adalah luar biasa tinggi.

Projek ECRL dicadangkan oleh East Coast Economic Region Development Council (ECERDC) sejak tahun 2007.

Pada tahun 2012 dan 2013, media tempatan  melaporkan kos untuk projek ECRL sudah dianggar antara RM50 bilion kepada RM70 bilion.

Walaupun Pakatan Harapan (PH) sering menuduh kos projek ECRL ialah di atas harga pasaran, dan ada yang mendakwa harga ECRL sebenar hanyalah RM30 bilion, mereka tidak pernah memberi sebarang bukti untuk menyokong dakwaan itu.

Saya pernah bertanya PH berulang kali untuk mendedahkan mana-mana laporan yang menyebut kos ECRL hanya RM30 bilion dan juga untuk mengeluarkan laporan feasibiliti  ECRL yang menunjukkan projek ECRL untung untuk negara namun tidak pernah sekalipun mereka menjawab.

Sebenarnya, angka RM30 bilion itu adalah kajian dibuat pada 2009 dan hanya untuk jarak 545km sahaja. Ia kemudiannya dilanjutkan kepada 620km.

Jajarannya juga berubah untuk menjadi lebih efisien dan mengelak dari pengambilan terlalu banyak tanah rakyat serta rumah mereka dan ia turut memerlukan pembinaan terowong sepanjang 50km merentasi Banjaran Titiwangsa.

Ia adalah fasa pertama projek ini dan telah menelan belanja RM46 bilion pada 2016 dan ia juga berikutan kesan daripada inflasi dan Ringgit yang lemah. Jika projek ini dibina tujuh tahun selepas ini, ia akan menelan belanja lebih tinggi. Contohnya, kos bagi projek PTMP Pulau Pinang melonjak daripada RM27 bilion kepada RM50 bilion.

Sebagai bandingan, apabila kerajaan Pakatan Harapan tegas untuk membuat projek mega seperti projek lebuhraya Pan-Island Link 1 (PIL-1) sepanjang 19.5km yang dulunya dianggarkan menelan kos RM7.5 bilion (RM385 juta bagi setiap km) dan kini kos dikatakan sudah meningkat ke RM9 bilion (RM461 juta setiap km) walaupun penduduk-penduduk Pulau Pinang membantah projek ini kerana ia melibatkan kos terlalu tinggi dan tidak diperlukan.

Kenyataan media bagi beberapa projek keretapi di rantau ini akan dapat memberikan gambaran yang baik di mana kedudukan kos ECRL berbanding di negara lain.

1. Keretapi laju menghubungkan lapangan terbang Suvarnabhumi, Don Mueang and U-Tapao di Thailand diluluskan pada 2018. US$7.2 bilion (RM29.5 bilion) bagi 260km = RM113 juta bagi setiap kilometer.

2. Keretapi laju menghubungkan Bangkok dengan daerah Nakhon Ratchasima diluluskan pada 2017. Kos US$5.5 bilion (RM22.6 bilion) bagi 250 km = RM90.2 juta setiap kilometer.

3. Keretapi laju Indonesia dari Jakarta ke Bandung diluluskan pada 2017. Kos US$5.9 bilion (RM24.2 bilion) bagi 250km = RM96.8 juta bagi setiap kilometer.

Perlu diingat bahawa perniagaan adalah dua hala. Selepas projek-projek ECRL dan saluran paip dianugerah pada akhir tahun 2016, eksport sawit dan getah kepada negara China telah melonjak naik dengan tinggi.

Pada tahun 2017, negara China naik menjadi negara pengimport minyak sawit kedua terbesar dari Malaysia berbanding tempat ke-4 untuk tahun sebelumnya.

Untuk tahun 2017 juga, negara China menjadi negara pengimport getah tertinggi dari Malaysia dan jauh berbeza juga dari tempat ke-4 terbesar untuk tahun 2016.

Pada pendapat saya, Malaysia perlu berhati-hati untuk mengelakkan negara terlibat di dalam hal-ehwal geopolitik antara dua kuasa besar hanya berdasarkan laporan dari media dan jangan mudah untuk menuduh negara lain kerana ianya akan merugikan untuk negara.

Sumber  : FB Page Najib Razak

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sgtnews.blogspot.com/2019/01/ds-najib-jawab-tuduhan-jahat-wsj-mereka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sekitar Kes Pembunuhan Di Malaysia Pelaku Memang Ada Niat

Sekitar Kes Pembunuhan Di Malaysia Pelaku Memang Ada Niat

papar berkaitan - pada 31/12/2023 - jumlah : 243 hits
Mohd Jamilul Anbia Md Denin amp Muhammad Saufi Hassanam hmetro com myAMIDON menyifatkan pelaku mempunyai perasaan peri kemanusiaan yang amat nipis Kuala Lumpur Masyarakat Malaysia sering digambarkan sebagai masyarakat beradab kaya dengan bu...
Penyokong China Bengang Tak Mampu Kalahkan Malaysia Sekali Lagi

Penyokong China Bengang Tak Mampu Kalahkan Malaysia Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 24/12/2023 - jumlah : 264 hits
Sebilangan penyokong China menzahirkan perasaan malu selepas melihat pasukan mereka gagal menandingi kekuatan Malaysia sekali lagi Aksi persahabatan antara pasukan China dan Malaysia B 23 berlangsung di Shanghai China sebagai persediaan men...
Hiburan Mohon Jasa Baik Rakyat Malaysia Keadaan Kritikal Selepas Ditidurkan Senario Mohon Doakan Hamdan Kembali Pulih

Hiburan Mohon Jasa Baik Rakyat Malaysia Keadaan Kritikal Selepas Ditidurkan Senario Mohon Doakan Hamdan Kembali Pulih

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 232 hits
Difahamkan kini keadaan ahli kumpulan Senario Hamdan dalam keadaan kritikal selepas dirinya ditidurkan dan susulan itu ahli Senario yang lain iaitu Apek Yassin Azlee Wahid dan Ilya memohon orang ramai mendoakan rakan mereka sembuh Dapat dil...
Huawei Terbangkan 400 Peminat Bertuah Dari Seluruh Dunia Termasuk Malaysia Ke Songshan Lake China Ada Apa Ni

Huawei Terbangkan 400 Peminat Bertuah Dari Seluruh Dunia Termasuk Malaysia Ke Songshan Lake China Ada Apa Ni

papar berkaitan - pada 22/12/2023 - jumlah : 213 hits
Kita dah selalu tengok jenama jenama besar beri hadiah bagi menghargai pengguna atau peminat mereka Tapi jarang jarang kita lihat ada jenama yang mengumpulkan peminat dari seluruh dunia di satu tempat kan Baru baru ini jenama peranti elektr...
Kuat Betul Takdir Mereka Yoo Jaesuk Puji Keutuhan Hubungan Song Jihyo Lee Kwangsoo

Kuat Betul Takdir Mereka Yoo Jaesuk Puji Keutuhan Hubungan Song Jihyo Lee Kwangsoo

papar berkaitan - pada 18/12/2023 - jumlah : 222 hits
Walaupun jauh di mata kini namun hubungan antara Song Ji hyo dan Lee Kwang soo terus berkekalan BACA Dalam episod terbaru Pinggyego Yoo Jae suk telah menghoskan majlis anugerah pertama bagi meraikan kesemua episod yang ditayangkan di salura...
Kawan Baik Dulu Netizen Pelik Hubungan Lee Dongwook Song Jihyo Kelihatan Kekok Kini

Kawan Baik Dulu Netizen Pelik Hubungan Lee Dongwook Song Jihyo Kelihatan Kekok Kini

papar berkaitan - pada 18/12/2023 - jumlah : 227 hits
Siapa yang sudah sekian lama meminati K Drama pastinya tahu bahawa Song Ji hyo dan Lee Dong wook merupakan rakan baik ARTIKEL BERKAITAN Keduanya pernah bertemu dalam drama The Fugitive Of Joseon pada 2013 dan terus mengekalkan hubungan akra...
Jadual Keputusan Malaysia Vs China B 23 Perlawanan Persahabatan Tier 2 Tahun 2023

Jadual Keputusan Malaysia Vs China B 23 Perlawanan Persahabatan Tier 2 Tahun 2023

papar berkaitan - pada 23/12/2023 - jumlah : 309 hits
Musim bola sepak tempatan kini sudah menutup tirai Penyokong dan peminat bola sepak tanah air terutamanya perlu menunggu sehingga Mei tahun hadapan baru musim baru bermula Ini bermakna hampir 5 bulan kita tidak disajikan dengan aksi bola se...
Malaysia Mampu Lalui Kejutan Ekonomi Luar Jangka Rafizi

Malaysia Mampu Lalui Kejutan Ekonomi Luar Jangka Rafizi

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 149 hits
Kedudukan fiskal negara berada dalam keadaan kukuh dan mampu melalui sebarang kejutan ekonomi luar kawalan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli bagaimanapun berkata beliau bertanggungjawab membina lantai lebih kukuh bagi memastikan rakyat Malaysia ...
Fahmi Port Ban Clear Signal Malaysia Doesn T Recognise Israel

Fahmi Port Ban Clear Signal Malaysia Doesn T Recognise Israel

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 175 hits
The government s decision to ban Israeli owned ships from entering Malaysia gives a clear signal that the country does not recognise Israel and will not collaborate with them in any way including in economy said Communications Minister Fahm...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord