Dreamboard Tahun 2019 Doakan Ianya Jadi Kenyataan
Hi dear, Un masih dalam mood moody..hahah bukan juga moody..tapi rasa tak ada semangat nak buat apa-apa. Haishhh…syaiton betoii! Tapi semangat nak siapkan dreamboard 2019. Serius, lepas satu , satu kejadian menimpa. Bukanlah teruk pun, tapi buat otak ligat berfikir dan tidur tak lena. Ewahh! Dreamboard 2019 – hadiah dan harapan Kita bakal tinggalkan 2018. dah nak masuk tahun 2019, dreamboard Un 2019, setakat ini Un cuba penuhi 9 kotak wajib. Doakan ya, dreamboard Un berjaya dicapai dengan ilmu Lua yang Un belajar daripada Zuhairi Nopiah. LUA – Yang Un yakin boleh dapat Tapi, Un hanya boleh share apa yang Un rasa best untuk diterima. Lain-lain itu, aquabiarlah Un sendiri serahkan memorandum tersebut kepada Maha Pemberi Rezeki. Resah , tapi cuba buat yang terbaik Kadang kala, hidup ini ada kalanya kita rasa dah buat yang terbaik. Dah cuba laksanakan yang sepatutnya. Tapi, mana mungkin sebutir permata dapat dilahirkan tanpa tekanan yang kuat. Betul? Mengingat kisah ketika dibesarkan, Un seorang anak tunggal perempuan, dengan dua abang dan satu adik tempuh pelbagai dugaan dan cabaran. Bukanlah juga dugaan teruk, tetapi cabaran. Dari usia belasan tahun, Un dah belajar settlekan bil air, bil api di pejabat pos. Sehinggalah Un kini menjangkau usia 30an, sejak awal perkahwinan juga Un selesa uruskan semuanya sendiri. Pelbagai bil semua Un urus dengan modal daripada suami. 😃 Dulu masa belasan tahun, rasa tak sepatutnya Un buat. Tapi dah dewasa, baru tahu apa yang mak ayah Un ajar itu bagus. Un belajar berdikari. Sampaikan sekarang, prinsip Un mudah, kawan datang dan pergi. Masalah datang dan pergi. Siapa juga hadir dalam hidup kita takkan kekal, tapi apa yang ditinggalkan itu kekal. Jadi, walau apa juga peristiwa dalam hidup Un anggap ianya bagaikan burung yang hinggap sementara. Lepas selesai melabuhkan penat, ia terbang kembali mencari dunia. Cuma Un minta, doakan segala keresahan Un terbang bersama angin yang lalu. Un bersedia dengan apa jua yang datang selagi tidak menghancurkan hidup Un. Benarkanlah aku bahagia walau seketika. Ewah! Dan doakan dreamboard un tercapai. Amin.
The post Dreamboard Tahun 2019 ; Doakan ianya jadi kenyataan appeared first on UmmiNani.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://umminani.com/2018/12/dreamboard-harapan-dan-doa-2019/