Drama Syahadat Cinta
JUDUL : SYAHADAT CINTAEPISOD : 26 episodTARIKH TAYANGAN : 28 Januari 2019WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 1:00 tengah hariSIARAN TV : Slot Galeri Famili, TV2 (RTM)PENGARAH : NurhalimPRODUKSI : MDAG Marketing Sdn BhdPELAKON : Sherie Merlis, Ezzaty Abdullah, Alif Hadi, Nurul Ain Tay, Taufik Hanafi, Roy Azman, Watie Sadali, Zila Bakarin, Hafizuddin Fadzil, Natasha Charmaine, Fezrul Khan, Syafie Naswip, Adam Shahz, Lisdawati, Khaty Azian, Shera Aiyob
WATAK PELAKON Sherie Merlis sebagai SakinahEzzaty Abdullah sebagai SarahAlif Hadi sebagai AidilTaufiq Hanafi sebagai HelmiSyafie Naswip sebagai Mohsin Natasha Charmaine sebagai Dayang SariWatie Sadali sebagai NorsiahZila Bakarin sebagai HatonHafizuddin Fadzil sebagai HasnolNasir Bilal Khan sebagai Ngah DimanAdam Shahz sebagai Buyong
SINOPSIS SYAHADAT CINTABergelar bekas banduan membuatkan Sakinah terpalit dengan gelaran itu seumur hidup. Bukan sedikit ujian yang perlu ditempuhi wanita gigih yang cekal meneruskan kelangsungan hidup demi membesarkan tiga orang anaknya. Dia nekad mahu mengubah jalan hidupnya menjadi usahawan berjaya dan dibanggakan semua
Ianya bermula apabila Sakinah tertekan dengan sikap suaminya, Safi yang ingin berkahwin dengan wanita lain iaitu Norsiah. Tekanan itu menyebabkan dia gagal berfikir dengan waras dan memandu laju yang kemudiannya menyebabkan dia terlibat dengan kemalangan yang meragut nyawa. Dia terpaksa menerima hukuman penjara tiga tahun. Tiga anaknya, Sarah, Yom dan Emran dijaga oleh Safi dan Norsiah. Malangnya mereka didera oleh Norsiah dan Sakinah pula diceraikan oleh Safi
Sarah anaknya yang sudah remaja mula memberontak. Dia bercinta dengan rakan sekolahnya, Aidil. Begitu pun hubungan mereka tidak direstui oleh, Haton ibu Aidil yang menyindir Sarah anak banduan. Aidil kemudiannya mengajak Sarah kahwin lari setelah keluarganya tidak setuju mereka berkahwin.
Setelah dibebaskan Sakinah berusaha mendapatkan hak penjagaan anak-anaknya. Namun malangnya dia dihantui Akmal, yang telah kehilangan orang tersayang akibat dilanggar Sakinah. Dia mengugut Sakinah membayar wang pampasan kepadanya dan memberi tempoh kepada Sakinah mencari duit
Keluarga Aidil menghantarnya bersekolah di Sarawak untuk memisahkannya dengan Sarah. Sakinah memujuk Sarah menumpukan perhatian terhadap pelajarannya. Aidil pula di sana berkawan dengan sepupunya, Dayang namun masih teringatkan Sarah
Sakinah ditawarkan kerja namun terpaksa menolaknya kerana tidak mahu timbul salah faham isteri kepada Haji Yeop yang menawarkannya kerja. Apatahlagi dengan status ibu tunggalnya
Pertemuan Sakinah dengan Kak Timah, rakan sewaktu di penjara dulu yang kini sudah menjadi pengusaha ladang berjaya. Dia terinspirasi dengan kejayaan Kak Timah. Hasrat Sakinah untuk membuka tanah hutan untuk dijadikan ladang ditentang abangnya, Nasir
Begitu pun Sakinah nekad dan membawa anak-anaknya bersama. Walaupun pada mulanya anak-anaknya mengambil masa menyesuaikan diri namun akhirnya mereka redha
Sakinah banyak mendapat bantuan daripada Kak Timah dan anaknya, Mohsin. Kehadiran guru sekolah Emran, Cikgu Helmi ke Kg. Syahadat juga banyak membantu keluarga itu
Sakinah mula menanam di ladangnya. Mohsin mula menyukai Sarah dan membantu selok belok mengusahakan tanaman kepada Sakinah.
Cikgu Helmi berterus-terang sukakan Sakinah tanpa mengetahui Sarah juga meminatinya. Aidil secara senyap menukarkan tempat pengajiannya ke universiti yang sama dengan Sarah untuk memujuk gadis itu. Malangnya Sarah menolak kerana hatinya berjaya dicuri Cikgu Helmi
Abdullah, yang melakukan kegiatan haram di hutan cuba menakut-nakutkan Sakinah dan pekerja-pekerjanya. Begitu juga dengan Mohsin yang diugut untuk dicederakan oleh Abdullah
Cikgu Helmi setuju meminang Sakinah. Sarah pula salah faham menyangkakan Cikgu Helmi memilihnya. Mohsin pula meminta ibunya menjodohkannya dengan Sarah. Kak Timah serba salah kerana sedar kekurang Mohsin yang tidak berpelajaran berbanding dengan Sarah
Satu hari ketika berkelah, Emran telah dipatuk ular tedung dan meninggal dunia. Sakinah tertekan hingga hilang ingatan. Cikgu Helmi dan Sarah cuba mengubati Sakinah. Pelbagai usaha dilakukan mereka. Satu hari Sarah menjumpai bukti ibunya sedang bercinta dengan Cikgu Helmi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.myinfotaip.com/2019/01/syahadat-cinta.html