Spring Turns To Spring - Korean Drama Review
Berbanding drama lain yang mempunyai genre yang sama, drama ini memberi penjelasan yang mudah kenapa diorang boleh bertukar badan, kiranya tak ada unsur mistik atau misteri yang terlibat. Hal ini membuatkan penonton lebih mudah untuk memahami jalan cerita sebab ianya dijelaskan secara straight to the point. Memang enjoy menonton drama Korea Spring Turn To Spring ni sebab lawak habis especially bila Kim Bo Mi yang merupakan seorang announcer dan juga wartawan yang mempunyai personaliti yang garang, tegas , gila - gila dan bercita – cita tinggi tertukar badan dengan Lee Bom yang merupakan bekas pelakon popular yang kini menjadi suri rumah serta mempunyai personaliti yang lemah – lembut, penyayang, kaya – raya dan mempunyai seorang anak perempuan yang sudah remaja serta suaminya terlibat dalam politik. Part paling best bila Lee Yu Ri yang melakonkan watak yang tegas, garang dan gila – gila bertukar jadi lemah – lembut hahaha, suara dia halus je bila jadi lemah – lembut, adorable dan comel habis hehehe. Pujian buat Lee Yu Ri dan Uhm Ji Won yang berjaya melakonkan watak mereka dengan baik sekali, bukan senang nak berlakon jadi garang sekejap pastu lemah lembut pulak secara berselang – seli dan banyak kali dalam drama ini.
Simpton dan tanda – tanda awal ketika diorang nak bertukar badan tu pun diterangkan dengan jelas, diorang akan menggaru – garu seluruh badan kemudian bersin dan kemudian jeng jeng jeng, bertukarlah mereka berdua hehe. Selain itu aku juga suka melihat lakonan Kim Nam Hee sebagai Heo Bom Il dalam drama ini, cara dia bercakap pun best ada slang orang putih gitu maklumlah saintislah katakan. Nampak Kim Nam Hee banyak berlakon watak komedi pula sekarang, bermula dalam drama ini diikuti drama Search WWW. Siapa boleh lupa watak jahat yang dilakonkan Kim Nam Hee ini dalam drama popular Mr. Sunshine iaitu sebagai ketua tentera Jepun yang kejam. Selain Kim Nam Hee, pelakon Son Eun Seo juga turut cuba keluar dari zon selesanya dengan membawa watak jahat. Bagi yang dah tengok drama Voice, Voice 2 dan Voice 3 ni pasti akan kenal dengan Son Eun Seo ni sebab dia berlakon dalam ketiga – tiga season drama Korea Voice tu. Dalam drama ini Seo Eun Seo akan melakonkan watak Choi Seo Jin yang merupakan kawan dan juga pembantu peribadi Lee Bom tapi dalam masa yang sama turut ada hubungan sulit dengan suami Lee Bom iaitu Park Yeon Cheol lakonan Choi Byung Mo. 
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |