Less Than Evil - Korean Drama Review

Salah satu penjenayah yang paling dia nak tangkap adalah Jang Hyung Min (Kim Gun Woo) yang merupakan pembunuh bersiri yang kini menjadi pendakwaraya. Jang Hyun Min ini juga adalah penyebab Bae Yeo Wool hilang dan Woo Tae Suk yakin kemungkinan besar Bae Yeo Wool dah mati dibunuh oleh Jang Hyung Min namun mayatnya masih tidak dijumpai. Geram dengan Jang Hyung Min yang masih bebas, Woo Tae Suk membuat satu rancangan licik untuk menangkap Jang Hyun Min dan berazam akan membunuh Jang Hyun Min dengan tangannya sendiri. Dalam masa yang sama Woo Tae Suk turut menghadapi masalah dengan isterinya Kim Hae Joon yang ingin bercerai dengan Woo Tae Suk. Satu -satunya cara untuk Woo Tae Suk menyelamatkan rumahtangganya adalah dengan berhenti kerja kerana Kim Hae Joon tidak menyukai kerja Woo Tae Suk yang berbahaya itu. Jang Hyun Min kemudiannya koma dan Woo Tae Suk ingin berhenti kerja, namun tiba - tiba Woo Tae Suk dinaikkan pangkat pula dan mempunyai satu team khas yang akan diketuainya. Hal ini menyebabkan rumahtangga Woo Tae Suk makin bermasalah, dalam hal yang lain Woo Tae Suk dan pasukannya menyiasat satu kes baru mengenai kematian sepasang suami isteri yang dibunuh. Anak pasangan tersebut iaitu Eun Sun Jae (Lee Seol) yang juga merupakan seorang wartawan menjumpai mayat ibu bapanya yang dibunuh dan melaporkan perkara tersebut pada polis.
Ketika sesi soal siasat, Woo Tae Suk mendapati yang Eun Sun Jae sebenarnya seorang psychopath dan yakin Eun Sun Jae adalah suspek utama kes pembunuhan tersebut. Ketika memprovoke Eun Sun Jae, Woo Tae Suk sangat terkejut bila mendapati barang peribadi Bae Yeo Wool itu dimiliki oleh Eun Sun Jae. Awalnya Woo Tae Suk ingat Eun Sun Jae yang membunuh Bae Yeo Wool, namun Eun Sun Jae memberitahu yang dirinya mengalami kemalangan dan kemudian wajahnya berubah akibat dibedah selepas kemalangan tersebut. Akhirnya Woo Tae Suk membuat ujian DNA ke atas Eun Sun Jae dan sangat terkejut apabila mengetahui Eun Sun Jae sebenarnya adalah Bae Yeo Wool. Eun Sun Jae telah hilang ingatan dan langsung tidak mengingati apa - apa mengenai Bae Yeo Wool. Woo Tae Suk makin rasa bersalah pada Eun Sun Jae kerana dia yakin yang dirinya adalah penyebab kepada nasib malang serta punca Eun Sun Jae berubah menjadi psychopath. Woo Tae Suk kemudian menghentikan siasatannya terhadap kes pembunuhan ibu bapa angkat Eun Sun Jae itu kerana tak sanggup nak tengok Eun Sun Jae / Bae Yeo Wool masuk penjara. Selepas itu keadaan mula makin rumit dan kacau bilau apabila Jang Hyun Min dan Eun Sun Jae bertemu, tambah - tambah dua - dua pun psychopath dan Woo Tae Suk terperangkap di tengah - tengah dua orang psychopath ni hehehe.
Keadaan makin parah bila Jang Hyun Min berjaya melepaskan diri dari pemantauan polis dan berazam ingin membuat Woo Tae Suk terus menderita dengan membunuh orang - orang yang dekat dengan Woo Tae Suk. Apa yang berlaku seterusnya? Dapatkah Eun Sun Jae memaafkannya setelah ingatannya kembali? Adakah benar Eun Sun Jae membunuh ibu bapa angkatnya itu? Adakah Eun Sun Jae dan Woo Tae Suk mampu berbaik semula setelah semua rahsia terbongkar? Apa salah Woo Tae Suk pada Bae Yeo Wool itu? Itu adalah serba sedikit sinopsis drama Korea Less Than Evil ini. Walaupun Eun Sun Jae seorang psychopath tapi aku suka dengan karakternya yang bijak, berani, tenang, gila - gila dan tidak lembik. Malah dia slumber dan berani berdepan dengan Jang Hyun Min yang pernah cuba untuk membunuhnya dulu. Eun Sun Jae sentiasa ingin tahu mengenai kisah silamnya dulu, namun Woo Tae Suk tak nak beritahunya, maka dia terpaksa mencari Jang Hyun Min dan memaksanya untuk menceritakan perkara sebenar serta perkaitan antara mereka. Selain tu nampak Eun Sun Jae ni juga macam ada hati pada Woo Tae Suk tapi awalnya aku tak pasti sangat sampailah ke episod akhir baru aku sure yang Eun Sun Jae memang crush pada Woo Tae Suk tapi Woo Tae Suk pula berbeza, dia cuma rasa amat bersalah pada Eun Sun Jae saja. Tapi aku suka juga tengok Eun Sun Jae yang sentiasa ambil berat dan menolong Woo Tae Suk untuk menangkap penjenayah lain. 
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |