Tak lama kemudian Cha Joo Hyuk bertemu dengan cinta pertamanya di zaman kolej iaitu Lee Hye Won (lakonan Kang Han Na) yang merupakan anak orang kaya dan sangat cantik. Hye Won memberitahu Cha Joo Hyuk yang dirinya ada hati pada Cha Joo Hyuk ketika mereka sama - sama berada di kolej dulu. Selepas itu Cha Joo Hyuk mula berasa menyesal kerana berkahwin dengan Woo Jin serta tidak mengorat Hye Won dengan bersungguh - sungguh di masa lalu. Akhirnya Cha Joo Hyuk mendapat peluang untuk kembali ke masa silam iaitu di hari pertama dia berjumpa dengan Woo Jin. Cha Joo Hyuk berazam untuk mengubah masa silamnya supaya masa kininya juga berubah. Akhirnya apa yang dihajatinya tercapai kerana isterinya kini sudah berubah dan bukan lagi Seo Woo Jin tapi Lee Hye Won. C.Joo Hyuk berasa sangat gembira kerana hidupnya berubah, malah dirinya juga tidak susah lagi kerana telah menjadi menantu orang kaya gitu. Apa yang perlu dilakukan Joo Hyuk adalah hanya menjaga hati Hye Won dan mengikut segala cakapnya supaya mereka sentiasa bahagia. Namun hidup Cha Joo Hyuk mula jadi huru - hara bila Seo Woo Jin kini bekerja di tempat yang sama dengan C.Joo Hyuk. Walaubagaimanapun Seo Woo Jin tidak ingat apa - apa mengenai dirinya yang pernah menjadi isteri C.Joo Hyuk.
Lebih parah bila kawan baik Cha Joo Hyuk turut jatuh hati pada Seo Woo Jin, apa yang bakal berlaku seterusnya?. Itu adalah serba sedikit sinopsis drama Familiar Wife ini. Latar tempat drama ini banyak di bank, iaitu tempat C.J.Hyuk dan S.Woo Jin bekerja. C.J.Hyuk bekerja di bahagian loan manakala Seo Woo Jin bekerja di bahagian Direct Banking. Lagu tema / OST Familiar Wife ini biasa - biasa saja bagi aku sebab tak ada lagu yang benar - benar buat aku minat gitu. Banyak perubahan yang berlaku bila Cha Joo Hyuk berjaya menukar sejarah hidupnya. Perubahan juga turut berlaku dalam hidup orang - orang di sekeliling Cha Joo Hyuk seperti adiknya dan kawan - kawan baiknya serta Seo Woo Jin juga. Seo Woo Jin kini seorang yang yakin diri, berani, sentiasa tersenyum dan bekerjaya. Ini adalah kali pertama aku melihat Jang Seo Jo melakonkan watak yang happy go lucky dan sedikit komedi iaitu sebagai Yoon Jong Hoo yang merupakan kawan baik C.Joo Hyuk lakonan Ji Sung. Sebelum ini dia selalu melakonkan watak serius seperti dalam drama Money Flower. Bila tengok drama ni, penonton dapat melihat macam mana gaya pekerja bank bekerja serta situasi - situasi yang tidak dijangka yang perlu dihadapi mereka.
Agak kesian jugalah bila tengok Cha Jyuk mula menyesal dengan sikapnya pada Seo Woo Jin dulu. Aku suka dengan nasihat Cha Joo Hyuk pada kawan - kawannya mengenai isu tentang suami perlu menghargai isteri, sangat berguna nasihat tu terutama untuk kaum lelaki. Antara scene favorite aku dalam drama ini adalah ketika Yoon Jong Ho tahu perkara sebenar dan benar - benar marah pada Cha Joo Hyuk. Manakala C.Joo Hyuk yang ketika itu menumpang di rumahnya merasakan dirinya perlu keluar dari rumah itu sebab rasa bersalah dan Jong Ho juga melayannya dengan dingin. Tapi Jong Ho menghalang Cha Joo Hyuk keluar dari rumahnya kerana tak sanggup tengok Cha Joo Hyuk susah. Paling rare bila Jong Ho siap angkat beg C.Joo Hyuk masuk ke rumahnya semula. Wah memang sedih scene ni plus terharu tengok hubungan persahabatan diorang ni. Aku paling annoying scene Cha Joo Hyuk jual mahal dengan Seo Woo Jin tu, Seo Woo Jin dah buat macam - macam untuk dekat dengan Cha Joo Hyuk tapi C.Joo Hyuk nak menjauhkan diri pula. Walaubagaimanapun ending drama Korea Familiar Wife ini memang happy ending gitu.
Aku rasa memang berbaloi tengok drama ini, sebab ada banyak pengajaran plus drama ni ada Ji Sung dan Han Ji Min kot, memang kena tengok sebab diorang berdua pelakon hebat. Apa pun aku bagi 8/10 bintang untuk drama ini.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |