Drama Khun Sa Beri Kesedaran Kepada Rakyat


Drama Khun:Sa Beri Kesedaran Kepada Rakyat - Cerita ni dah tamat pun dan bakal ada Khun:Sa 2, tapi nad baru nak kongsi pendapat berkenaan cerita Khunsa ni..hehehe. Lepas tengok Episod 1,terus tengok tak pernah tinggal pun sapai Episod 28. Kalau tertinggal pun, nad boleh tengok siaran ulangan dekat Astro On Demand. Selalunya kita tengok cerita cintan cintun, orang kaya kawin orang miskin, cerita kawin dua la, kawin senyap-senyap la, eh penat tau nak tengok cerita macam tu. Benda sama je. Bila Shahrulezad buat certa Khunsa ni, bagus sangat sebab bagi kesedaran dekat semua orang. 
Bagi nad, cerita macam ni memang perlu ditonjolkan. Baru la orang tau ni bukan cerita untuk promote LGBT atau apa-apa la. Khunsa ni berkenaan seorang yang istimewa mempunyai dua kemaluan. Jadi nak pastikan mereka cenderung kepada perempuan atau lelaki, perlu tengok cara mereka ke arah mana. Macam dalam cerita ni, ia lebih kepada keperempuanan tapi akibat salah bapanya yang inginkan anak lelaki telah melakukan kesilapan besar menyebabkan anak itu merana sampai ke tua


Drama Khun:Sa Beri Kesedaran Kepada Rakyat 
Kalau tengok gambar ni, nad ingat ni semua adik beradik yang berlakon, atau keluarga tau, tapi rupanya, gamabr ni menujukkan Cik Khun dari kecik sampaila, remaja, dewasa dan tua. Patutla tengok pelik bebenor kalau dia tunjuk semua keluarga, sebab muka kakak takda, ada muka mak je..haha. Lepas perhati baru faham. Cik Khun kan sama wajah macam mak dia, jadi adalah watak Nadia Aqilah lagi sekali masa dewasa untuk Cik Khun masa di usia dewasa

Khunsa (atau KHUN:SA : Che Khun Che Nisa) ialah sebuah siri televisyen best Malaysia 2024 terbitan Radius One yang diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin (Budak Ijat)

Sinopsis Khun:Sa
Apabila budak ijat mencari sebuah cerita untuk didramakan, dan muncul seorang bernama Naem meminta supaya cerita makciknya yang Khunsa untuk didramakan

Wan Jusoh yang tidak boleh menerima takdir dengan kelahiran anak bongsunya sebagai khunsa telah memilih untuk membesarkan anaknya itu sebagai seorang lelaki

Namun, Che Khun membesar dan cenderung kepada sifat kewanitaan menjadikan Wan Jusoh marah

Kehadiran Zaiton yang kini menjadi ibu tiri kepada mereka sering memperlakukan mereka dengan teruk. Pelbagai cabaran dan rintangan yang berlaku sepanjang Che Khun membesar sehingga dewasa dek kerana kesalahan bapanya yang menentukan jantinanya secara langsung buta

Di akhir drama Khunsa menunjukan watak Che Nisa dan watak lain tergantung selepas yang mana Che Nisa (Nadia Aqilah) ditahan polis selepas membunuh Azlan meskipun dilakukan oleh Naem/Ahmad untuk melindungi ibunya, kemudian Ezad @ Shah (Megat) mengetahui bahawa Naem tu adalah Ahmad. Bagaimanapun penonton akan tertanya pengakhiran Che Nisa,Bakri dan lain-lain di usia tua dan kisah Ahmad Naem

Watak utama
Keluarga Wan JusohAzhan Rani sebagai Wan Jusoh (episod 1-20)Mikael Noah sebagai Che Khun (7 Tahun) (episode 5-15)Mhia Firdaus sebagai Che Khun (14 Tahun) (episod 16-20)Amalina Arham sebagai Che Nisa (21 Tahun) (episode 21-24)Nadia Aqilah sebagai Munah / Che Nisa (35 Tahun) (episod 25-28)Farah Ahmad sebagai Che Nisa (50 Tahun) (episod 1 [sebagai suara cameo]/bersambung dalam musim 2)Putri Qaseh Izwandy sebagai Che Timah (10 Tahun) (episode 1-14)Putri Jannah Izwandy sebagai Che Timah (17 Tahun) (episode 15-17)Ayu Ayuni Sebagai Che Timah (27 Tahun) (episod 11-16)Salsa Cella sebagai Che Midah (8 Tahun) (episod 1-5Fara Nadiah sebagai Che Midah (15 Tahun) (episode 5-16)Zizi Hazirah sebagai Che Midah (23 Tahun) (episod 16-20)Emelda Rosemila sebagai Che Midah (30 Tahun)Haura Jamalullail sebagai Che Ani (7 Tahun) (episod 1-5)Kiky Hannah sebagai Che Ani (14 Tahun) (episode 15-17)Dina Allysha sebagai Che Ani (20 Tahun) (episode 17-18)Rasya Dean sebagai Che Ani (28 Tahun) (episode 22)
Keluarga Long Hassan & Long HawaJeri Jamalullail sebagai Long HassanLaila Nasir sebagai Long HawaRafique Iskandar sebagai Bakri (7 Tahun)Muhsin Nadzli sebagai Bakri (14, 21 & 35 Tahun)Fauzi Nawawi sebagai Bakri (50 Tahun) (bersambung dalam musim 2)
MemperkenalkanEzu Hashim sebagai TuyahZarif Ghazzi sebagai NaemDanny Soda sebagai Juki (Marzuki)
Watak PembantuSherry Alhadad sebagai ZaitonMegat Sharizal sebagai EzadZarina Zainoordin sebagai SarimahFizzy Aziz sebagai KhairulNoorkhiriah sebagai Noor MarliaElfriena sebagai ZaidaHisham A. Karim sebagai En. HishamAlyssa Lee sebagai Mei LinZam Azmi sebagai ShahAzrul Anuar sebagai AzrulAzrul Zaidi sebagai Ustaz MalekJosiah Hogan sebagai Azlan (35 Tahun)Shiqin Kamal sebagai Siti (20 & 35 Tahun)Elly Suhaili sebagai Kak PahDanieal Aidid sebagai Marzuki
AsramaKhaled sebagai Azlan (14 Tahun)Qistina Khaled sebagai Siti (14 Tahun)Azzal Amaliz sebagai FuadAdam Ikmal sebagai WafiEwan Fauzi sebagai HairiEj Lee sebagai AziziEen Efendi sebagai Cikgu SamsiahSahronizam Noor sebagai Cikgu SulaimanHilmi Zerain sebagai Lutfi
1. Drama Khunsa mendapat sokongan dan nasihat daripada pakar kesihatan bertauliah dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dari segi agama supaya memastikan jalan cerita realistik dan tidak bercanggah sahsiah

2. Idea drama ini bermula pada 2020 apabila Shahrulezad ingin mencari kelainan cerita manfaat dan kesedaran kepada masyarakat, malah beliau lari fenomena drama Nur. Namun projek drama Khunsa hanya digerak pada 2022 katanya drama 28 episod pernah ditolak oleh sebuah stesen TV atas alasan tertentu hanya Astro sahaja luluskan

3. Sherry Al Hadad pertama kali membawa watak jahat bagi mencari kelainan selepas beliau membawa watak komedi yang sinonim dirinya

4. Lokasi penggambaran dijalankan di sebuah rumah replika terletak di Paya Wetland, Dengkil manakala selebihnya di Kuala Lumpur dan Kuala Kangsar, Perak
5. Mhia Firdaus yang membawa watak Che Khun (14 - 20Tahun) adalah anak kepada pengarah Pitt Hanif (nama sebenar Firdaus Hanif) dan ibunya Farah Ahmad yang mainkan watak sama untuk umur 50 an

Cerita Khun:Sa sangat unik
Bagi nad cerita ini memnag elok dipertontonkan. Casting yang sangat SEMPURNA. Semua pelakon hebat-hebat belaka dan takda yang kayu pun even pelakon kanak-kanak. Cerita zaman dulu seorang bapa yang garang. Bapa dulu-dulu memang garang ye. Pelakon kanak-kanak, sampai dah besar peganag watak kakak-kakak memang terbaik, pertahankan adik yang tidak bersalah. Suka cara kakak marah dekat abah mereka

Paling tak sangka lakonan Zaiton iaitu Sherry Alhadad. Ingatkan akan jadi ibu tiri yang baik, tapi rupanya lagi kejam disebabkan, muka Cik Khun sama dengan arwah ibunya. Wan Jusoh pun masih sayangkan isterinya, berkahwin dengan Zaiton sebab untuk menjaga anak sahaja. Teruk ye, mana taknya Zaiton lagi kejam

Paling sedih, Cik Khun bila dah remaja nak masuk asrama, jumpa dengan Zaiton, nampak emosi Zaitun yang dia dah banyak buat salah dekat Cik Khun

Kesian Cik Khun dari kecik sampai dewasa ada sahaja masalahnya. Sampaila masuk penjara sebab nak pertahankan anak angkatnya tu. Geram ye dengan anak angkatnya tu, Ahmad

Paling kelakar dalam cerita ni, Tuyah dan adiknya Sarimah. Dua beradik yang suka menyibuk hal orang lain. Ending diaornag kena ambik dengan alien..hahahaha. Macam tak logik tapi entahla..hahaha. 
Cara makeup diaorang zaman dahulu pun menjadi

Tapi tak bestnya kenapa ada Khun:Sa ke dua? Kenapa tak habiskan. Arghh geram dekat situ. Katanya Khun:Sa 2 keluar bulan puasa tahun depan. Oii lama oii. Tak sabar nak tau kesudahan Cik Khun selepas tua

Drama ni memang berlainan dengan drama lain. Penagrah dia memang terkenal dalam pembikinan seperti ini. Bagus sangat. Ini yang sepatutnya jadi acuan untuk semua penulis skrip dan pengarah dalam  Malaysia. Bukan karya syok sendiri tangkap muat palysafe manjang

Tahniah Budak Ijat. We appricate your efforts


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.miszrockers.com/2024/05/drama-khunsa-beri-kesedaran-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Dapat Dipertahan Lagi Dua Wakil Rakyat Bersatu Memang Terlucut Keahlian Secara Automatik

Tak Dapat Dipertahan Lagi Dua Wakil Rakyat Bersatu Memang Terlucut Keahlian Secara Automatik

papar berkaitan - pada 9/5/2024 - jumlah : 126 hits
Sementara Bersatu sudah memutuskan akan menghantar surat kepada enam Ahli Parlimen dan seorang Adunnya yang telah mengkhianati parti berkaitan status keahlian masing masing pada minggu depan dua daripada mereka dianggap sudah pun sah terluc...
Rakyat Takde Hak Memilih Perdana Menteri

Rakyat Takde Hak Memilih Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 9/5/2024 - jumlah : 161 hits
Rakyat takde hak memilih perdana menteri ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be 2PeKdMAtBVU src in org https www youtube com embed 2PeKdMAtBVU wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube com embe...
Anwar Ibrahim Terima Mandat Rakyat

Anwar Ibrahim Terima Mandat Rakyat

papar berkaitan - pada 9/5/2024 - jumlah : 293 hits
Anwar Ibrahim terima mandat rakyat ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be 4tzj0yBMaLU src in org https www youtube com embed 4tzj0yBMaLU wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube com embed 4tzj...
Sudah Tiba Masa Rakyat Malaysia Bertegas Dalam Isu Kesihatan Awam Ppim Berita Harian 08 05 2024

Sudah Tiba Masa Rakyat Malaysia Bertegas Dalam Isu Kesihatan Awam Ppim Berita Harian 08 05 2024

papar berkaitan - pada 8/5/2024 - jumlah : 260 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa kerajaan menolak pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa 2005 Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata ia susulan penarikan balik vaksin COVID 19 di seluruh dunia selepas syarika...
10 Tip Cara Berjimat Cermat Bagi Rakyat Malaysia

10 Tip Cara Berjimat Cermat Bagi Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 14/5/2024 - jumlah : 161 hits
Tahukah anda terdapat banyak dalam menguruskan kewangan bagi rakyat Malaysia Disebabkan keadaan kewangan yang tidak stabil ramai ibu bapa pastinya mengalami kesukaran untuk memikirkan bagaimana untuk membiayai pelbagai keperluan seisi kelua...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


10 Petua Dapur Berguna Untuk Memudahkan Hidup

Christmas With Tears In 2024

Precious Metal Recycling Malaysia Turning Waste Into Value

Ifa Raziah Dan Roslan Shah Tidak Lagi Bersengketa

Bila Wanita Hilang Malu

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan