Drama Kampung Semarah Padi Lakonan Sabri Yunus Zahiril Adzim


Drama bersiri Kampung Semarah Padi merupakan kesinambungan kepada telefilem Kampung Semarah Padi. Drama arahan Melissa Saila ini membariskan pelakon seperti Azhan Rani, Sabri Yunus, Zahiril Adzim, Pak Jabit, Imuda, Fauzuly Hamdan, Syed Zalihafe, Reen Rahim, Mona Allen, Sharifah Amani, Nadia Aqilah, dan ramai lagi. Jangan lupa saksikanya bermula 8 September ini, setiap Jumaat hingga Ahad pukul 7.00 malam di TV1.

JUDUL : KAMPUNG SEMARAH PADI
EPISOD : 26 episod
TARIKH TAYANGAN : 1 Julai 2020
HARI / MASA : Jumaat-Ahad, 7.00 malam
SIARAN : Slot Widuri (TV1,RTM)
PENGARAH : Melissa Saila
TERBITAN : Kus Semangat Aktor Sdn Bhd
PELAKON : Azhan Rani, Sabri Yunus, Zahiril Adzim, Pak Jabit, Imuda, Fauzuly Hamdan, Syed Zalihafe, Reen Rahim, Mona Allen, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Sheila Mambo, Sharifah Amani, Zarina Zainuddin, Nadia Aqilah, Ruzana Ibrahim, Safia Hanifah

WATAK PELAKON
Azhan Rani sebagai Wak
Sabri Yunus sebagai Tok Penghulu Siak
Zahiril Adzim sebagai Bustamam Hakim
Imuda sebagai Bambang Shah
Fauzuly Hamdan sebagai Ismadi Marzuki

SINOPSIS KAMPUNG SEMARAH PADI
Penduduk Kampung Semarah Padi kembali terkena sumpahan sejak zaman berzaman dan kali ini menerusi musim ketiga, drama bersiri arahan Melissa Saila ini bergelut dengan sumpahan baru muncul dan setiap orang yang memijak kaki ke kampung tersebut tidak akan dapat berhenti dari terus menari.

Mengisi slot Bidadari drama bersiri “Kampung Semarah Padi” musim ketiga ini meneruskan sumpahan yang berubah di atas sikap kepentingan diri manusia yang sering mengikut emosi masing-masing.

Disiarkan mulai 28 Mac ini, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 3.05 petang di TV1, 13 episod cerita ini dibintangi oleh Rosca, Sani Sudin, Dboy Hamdan, Khir Rahman, Sabri Yunus, Sheila Mambo, Anissa, Johan As'ari, dan Harun Hashim.

Kesinambungan ceritanya apabila Penghulu Siak bergaduh dengan Seman dan apabila Wak datang mereka bertiga dipanah petir lalu pengsan. Sebaik tersedar, Penghulu Siak sedar isterinya telah tiada. Wak menutup warungnya dan kembali ke bandar. Anaknya, Ismadi Marzuki mahu ikut Wak tetapi tidak jadi kerana malu dirinya masih lembut. Penghulu Siak asyik mengigau arwah isterinya suruh dia berkahwin. Ismadi Marzuki bekerja dengan Orang Kaya Kamdin di warungnya namun kemudiannya Orang Kaya Kamdin mahu membuka kelab malam dan menyuruh Ismadi Marzuki mencari penari perempuan.

Penghulu Siak pulang menemui ayah mertuanya dan meminta izin mengahwini Kiambang, adik arwah Tanjung. Kelab malam milik Orang Kaya Kamdin mula beroperasi. Ismadi Marzuki diarahkan tambah penari lalu dia mengupah orang lain mencari penari dari kampung sebelah. Orang Kaya Kamdin terus membeli tanah daripada orang kampung. Dia menutup jalan yang melalui tanah yang dibelinya dan mengenakan tol kepada sesiapa yang melintas. Seman memberi amaran kepada Orang Kaya Kamdin supaya menghentikan aktiviti tidak senonohnya supaya penduduk kampung tidak ditimpa bala. Sebaik sahaja Penghulu Siak melihat wajah Kiambang, dia terus pengsan sehingga ayah Tanjung memikirkannya sudah meninggal dunia.

Ismadi Marzuki membawa Dewi untuk bekerja dengan Orang Kaya Kamdin. Seman terus menentang kegiatan hiburan Orang Kaya Kamdin di kampung mereka. Ismadi Marzuki pula mencadangkan supaya Orang Kaya Kamdin menjadi penghulu tetapi dibantah Seman. Seman yang dicadang menjadi penghulu pula rupa-rupanya buta huruf. Muncul Alam, cucu kepada Penghulu Siak. Alam cuba membantu Dewi yang tidak mahu bekerja dengan Orang Kaya Kamdin lagi.

Orang Kaya Kamdin mahu mengusir Alam sebaliknya Seman mahu Alam menggantikan datuknya sebagai penghulu namun ditolak Alam kerana yakin Penghulu Siak masih hidup. Alam mengajar di kelas dewasa untuk orang-orang kampung. Seman sanggup bertanding jawatan penghulu kerana tidak mahu jawatan itu jatuh ke tangan Orang Kaya Kamdin yang giat berkempen terutamanya kepada pengunjung kelabnya.

Penghulu Siak sedar dari pengsan dan setuju berkahwin dengan Kiambang. Alam telah menemui buku Undang-undang Tubuh Kampung Semarah Padi. Penghulu Siak dan Kiambang yang telah berkahwin pulang ke Kampung Semarah Padi. Seman menarik diri menjadi calon penghulu. Alam menjelaskan bahawa Orang Kaya Kamdin tidak layak menjadi penghulu kerana dia orang luar setelah dia membaca Undang-undang Tubuh yang ditemuinya. Orang Kaya Kamdin menukar rancangan supaya Ismadi Marzuki menjadi calon penghulu tetapi bersyarat.

Dalam perjalanan ke Kampung Semarah Padi, Kiambang merajuk dan ingin kembali ke kampungnya. Ismadi Marzuki telah menjadi penghulu dan mengambil alih rumah yang ditinggalkan oleh Penghulu Siak. Orang Kaya Kamdin menyuruh Penghulu Ismadi Marzuki mengutip cukai jalan dan menyerahkan kepadanya. Dewi berkerja dengan Orang Kaya Kamdin semula sebagai penyanyi kelab malam. Setelah sampai di rumahnya, Kiambang telah dinasihati oleh ayahnya supaya mendengar cakap suami.

Penghulu Ismadi Marzuki tidak mahu melayan aduan orang-orang kampung. Hubungan Dewi dan Alam sukar diterima kerana tidak setaraf dengan Alam yang dihormati oleh orang-orang kampung. Penghulu Siak bertolak balik namun ketika hampir sampai, Kiambang sekali lagi merajuk. Penghulu Ismadi Marzuki mula menggunakan kuasanya dan tidak mempedulikan arahan Orang Kaya Kamdin. Alam mahu meninggalkan Kampung Semarah Padi setelah kecewa dengan Dewi.

Wak kembali ke Kampung Semarah Padi untuk mencari Ismadi Marzuki. Wak ketawa besar apabila tahu anaknya dilantik jadi penghulu. Wak memaksa anaknya itu pulang menemui ibunya. Dewi bersedih kerana terpaksa berpisah dengan Alam disebabkan darjat yang berbeza. Penghulu Siak dan Kiambang bertolak balik sekali lagi dan kali ini ditemani oleh Pak Kundur. Orang Kaya Kamdin berhasrat menjadi penghulu setelah ketiadaan Ismadi Marzuki.

Setelah sampai ke Kampung Semarah Padi, Kiambang bertukar putih sementara Pak Kundur pula menjadi pemarah. Orang Kaya Kamdin kecewa dan menukar kelab malamnya kepada gelanggang silat. Dia mengadakan majlis sambutan kepulangan Penghulu Siak di gelanggang silatnya dengan pertunjukan silat diikuti dengan nyanyian dan tarian. Penghulu Siak dan Kiambang pun ikut menari.

Pak Kundur bertolak balik ke kampungnya. Orang Kaya Kamdin kecewa aktiviti hiburannya tidak dapat dijalankan sejak Penghulu Siak pulang. Penghulu Siak menyiasat aduan terhadap Orang Kaya Kamdin. Kiambang merajuk dan mahu melarikan diri tetapi sebaik sahaja dia menghampiri perahu, badannya bertukar hitam semula. Orang Kaya Kamdin datang menemui Penghulu Siak dan meracun fikirannya dengan mengatakan dia terlihat Kiambang berjalan di waktu malam.

Orang Kaya Kamdin mempunyai muslihat memfitnah Penghulu Siak dengan ibu Dewi, Mimin hingga menimbulkan cemburu Kiambang. Mimin membantah usaha Alam mahu meminang Dewi. Penghulu Siak memberi persetujuannya untuk menyerahkan segala masalah keselamatan kampung kepada Orang Kaya Kamdin. Cemburu Kiambang semakin menjadi-jadi, dia cuba melarikan diri tetapi perahu yang dinaikinya tidak bergerak dan kulitnya menjadi hitam kembali.

Ibu Mimin dan Dewi tidak dapat pulang ke kampung kerana perahu yang dinaiki mereka tidak bergerak. Berita Kiambang adalah hantu Mak Tanjung tersebar menyebabkan orang kampung ketakutan. Penghulu Siak dan Kiambang ke rumah Ibu Mimin kerana Kiambang mahu meminta maaf daripadanya. Orang Kaya Kamdin mahu menghalau Penghulu Siak dari kampung itu kononnya Penghulu Siak telah berkahwin dengan hantu.

Dewi gembira emaknya sudah merestui hubungannya dengan Alam. Penghulu Siak setuju keluar dari kampung itu setelah kecewa dengan orang kampung. Dia melarang Alam daripada menuntut bela. Niat Penghulu Siak untuk keluar dari kampung itu tidak tercapai kerana perahunya juga tidak bergerak apabila ditolak ke dalam air. Akibatnya dia terpaksa tinggal di sebuah rumah kecil yang terpencil. Dewi mengajak Alam pulang ke kampung asalnya tetapi Alam tidak mahu kerana ada tugas yang belum diselesaikan lagi di situ. Orang Kaya Kamdin melantik dirinya sendiri menjadi penghulu di Kampung Semarah Padi.

Orang Kaya Kamdin menghidupkan semula kelab malam miliknya dan bagi meraikan perlantikannya sebagai penghulu, dia mengadakan pesta tari-menari sampai ke pagi. Alam datang mengamuk dan semua yang sedang menari bertempiaran melarikan diri. Dewi yang berada di rumah begitu risau takut Alam terbunuh semasa mengamuk. Alam bermimpi didatangi neneknya, Musalmah melarang dia daripada mengundang bencana ke Kampung Semarah Padi. Seman mengadu kepada Siak yang Alam sedang mengamuk tetapi Siak tidak mahu campur tangan. Siak memberitahu Kiambang yang bala sudah sampai dengan kedatangan guruh, petir, angin dan ribut.

Penduduk-penduduk Kampung Semarah Padi tidak dapat mengawal diri mereka dari terus menari. Orang kampung meminta Seman supaya mencari Penghulu Siak bagi menghentikan sumpahan yang dialami oleh mereka. Adakah Penghulu Siak akan memaafkan mereka bagi mengakhiri sumpahan itu?

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.kelimerah.com/2020/07/drama-kampung-semarah-padi-lakonan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Drama My Sweetheart Hannan Lakonan Hafidz Roshdi Eyka Farhana

Drama My Sweetheart Hannan Lakonan Hafidz Roshdi Eyka Farhana

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 1790 hits
Nantikan drama adaptasi novel My Sweetheart Hannan karya Nureen Mirza Menampilkan gandingan Hafidz Roshdi dan Eyka Farhana Akan datang di saluran RTM JUDUL MY SWEETHEART HANNANEPISOD 26 episodSIARAN TV RTMPENULIS NOVEL Nureen MirzaPENGARAH ...
Kim Heesun Joo Won Kembali Ke Dunia Lakonan Dalam Drama Sci Fi Serta Melodrama Alice Bermula Ogos Ini

Kim Heesun Joo Won Kembali Ke Dunia Lakonan Dalam Drama Sci Fi Serta Melodrama Alice Bermula Ogos Ini

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 344 hits
Pasti ramai yang sudah merindui untuk melihat drama lakonan Joo Won selepas drama terakhirnya iaitu My Sassy Girl ditayangkan pada tahun 2017 kan Jangan bersedih kerana pelakon ini bakal kembali dengan drama terbaru bertajuk Alice pada 28 O...
Drama Bila Cupid Jatuh Cinta Lakonan Aiman Hakim Oktovia Manrose

Drama Bila Cupid Jatuh Cinta Lakonan Aiman Hakim Oktovia Manrose

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 1128 hits
Drama bersiri Bila Cupid Jatuh Cinta akan menemui penonton mulai 4 Julai 2020 setiap Sabtu pukul 9 malam di TV3 Dibintangi oleh Aiman Hakim Oktovia Manrose Ikmal Amry Bella Dowanna dan ramai lagi JUDUL BILA CUPID JATUH CINTAEPISOD 10TARIKH ...
Drama Misteri Dalam Dunia Selari Train Bawa Kisah Pembunuhan Bersiri Lakonan Yoon Siyoon Dipuji

Drama Misteri Dalam Dunia Selari Train Bawa Kisah Pembunuhan Bersiri Lakonan Yoon Siyoon Dipuji

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 502 hits
Selepas dunia selari dalam The King Eternal Monarch kini OCN pula bawa tema yang sama dengan elemen fantasi dan misteri menerusi drama Train yang pasti akan membuatkan penonton tak senang duduk bagi menyelesaikan misterinya Sinopsis Train S...
Drama Jalan Sesat Ke Syurga Lakonan Aaron Aziz Elizad Sharifuddin

Drama Jalan Sesat Ke Syurga Lakonan Aaron Aziz Elizad Sharifuddin

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 1990 hits
Nantikan drama bersiri Jalan Sesat Ke Syurga di slot Tiara Astro Prima Dibarisi pelakon seperti oleh Aaron Aziz Elizad Sharifuddin Jalaludin Hassan Aleza Shadan dan ramai lagi Drama terbitan Nuansa Sdn Bhd arahan bersama Osman Ali dan Shuha...
Drama Pengantin 1 Malam Lakonan Nazim Othman Fizo Omar Afifah Nasir

Drama Pengantin 1 Malam Lakonan Nazim Othman Fizo Omar Afifah Nasir

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 895 hits
Nantikan drama adaptasi novel Pengantin Satu Malam karya Sophilea di slot Akasia TV3 Menyaksikan gandingan pelakon Nazim Othman Amelia Henderson Fizo Omar dan Afifah Nasir Drama terbitan A10 Alliance Sdn Bhd arahan Eoon Shuhaini Akan datang...
Drama Memoir Kamila Lakonan Aedy Ashraf Atikah Suhaime

Drama Memoir Kamila Lakonan Aedy Ashraf Atikah Suhaime

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 876 hits
Drama bersiri Memoir Karmila arahan Bahri Umar bakal mengisi slot Widuri di TV1 Dibintangi oleh Aedy Ashraf Atikah Suhaime Fahad Iman Ikmal Amry dan ramai lagi Drama Memoir Karmila akan ditayangkan bermula 28 Mei 2020 setiap Khamis hingga A...
Drama Isteri Untuk Diiktiraf Lakonan Redza Rosli Elvina Mohamad Janna Nick Dayana Roza Sheila Rusly

Drama Isteri Untuk Diiktiraf Lakonan Redza Rosli Elvina Mohamad Janna Nick Dayana Roza Sheila Rusly

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 960 hits
Nantikan drama bersiri Isteri Untuk Diiktiraf adaptasi daripada novel karya Nurfaza Alisya Dibintangi oleh Redza Rosli Elvina Mohamad Janna Nick Dayana Roza Sheila Rusly dan ramai lagi Diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd dibawah arahan Azm...
Drama Hilang Yang Kembali Lakonan Aqasha Emelda Rosemila

Drama Hilang Yang Kembali Lakonan Aqasha Emelda Rosemila

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 858 hits
Nantikan drama bersiri Hilang Yang Kembali yang dibintangi oleh Aqasha Emelda Rosemila Nafiz Muaz Azhan Rani dan ramai lagi Drama terbitan Padi Pictures arahan Amor Rizan Akan menghiasi slot Samarinda TV3 mulai 20 Ogos setiap Isnin hingga K...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan