Drama Aku Dia Dan Pinky Promise Naskah Anna Lee
Drama Aku, Dia Dan Pinky Promise Naskah Anna Lee | Bila dapat tau novel Aku, Dia Dan Pinky Promise akan diadptasi ke drama semangat terus membuak untuk laju-laju keluarkan dari draf setelah sekian lama. Memang naskah Anna Lee ni tak mengecewakan dan kenangan di zaman sekolah terus menggamit memori. Memang tak sempat nak tengok lagi drama ni sampai ke episod terkini sebab saya lebih suka layan di youtube sebab boleh menonton back to back dan kurang iklan
There's always someone better just around the corner, benarkah?
Barisan pelakonnya sememangnya terbaik terutama Syafie Naswip (Azri/Ray) dan Sweet Qismina (Siti Saleha), Adam Lee (Daniel), Faha Azhar (Amirul), Hakim Nordin (Suffian), Nelissa Edreena (Hanim), Ferqish (Lina), Sarah Dawud (Hajar), Rabaayati (Lela), Iman Zulkarnain (Shah Asnan), Ikram Juhari (Cikgu Ariffin), Farah Zanordin (Cikgu Kamariah), Farz Ridzwan (Cikgu Hazam), Fazlina Ahmad Daud (Mak Limah), Shyrim (En Kamil), Duerra Mitilda (Sara), Diya Lily (Shahira), Amisha (Nani).
Cukup menarik bila Syafie Naswip share IG story saya kat IG story dia dan interact di Twitter. Memang cukup suka dengan lakonan Syafie Naswip sejak dulu. By the way saya dah menonton di YT sampai episod 4 dan nanti nak sambung la.
Drama Aku, Dia Dan Pinky Promise Naskah Anna Lee
Novel Aku Dia dan Pinky PromisePenulis Anna LeeBil m/s 593Sal, gadis yang ingin kembali ke masa lalu untuk memperbetulkan banyak perkara antaranya ubah aliran, jangan ambil aliran Sains, jangan bercinta waktu sekolah - buang masa aje, jadi ulat buku - supaya lulus cemerlang dan 16 tahun kemudian..., jangan jadi pelajar popular - sebab akan muncul musuh yang kita sendiri tak tahu apa sebab dia benci kita, jangan berkawan dengan Shahira - si talam dua muka, buat baik dengan Cikgu Hazam - dia akan jadi abang ipar, jangan sesekali ikut fesyen 90an ketika bergambar - sebab 16 tahun kemudian orang akan gelak terguling guling tengok gaya rambut kau orang, jangan tergilakan mana-mana artis lelaki pada zaman tu - sebab rata-rata sekarang dia tak popular, tak kacak, tenggelam dan ..boroi, jangan sesekali terpikat dengan pelajar lelaki popular kerana comel atau kacak - sebab 16 tahun akan datang, dialah lelaki paling hampeh dan langsung tak kacak, cari Daniel - hasut dia jangan jadi model
Daniel tunangnya yang dikenali secara tidak sengaja di pusat membeli belah, kacak dan glamor. Kekadang muncul perasaan aneh seperti merindui seseorang tapi bukan Daniel malah dia terasa seperti ada seseorang sedang menunggunya
Dikejutkan dari tidur dan banyak perkara berubah. Katanya emak dia dah dua hari tak ke sekolah tapi seingat dia baru semalam dia balik dari Melaka. Bertemu kembali ayahnya yang telah lama meninggal membuat dia sebak serta hilang kerinduan dan bertekad untuk lebih menghargainya. Adiknya Sara masih kecil dan bukan masih belajar di UK. Sal telah kembali ke tahun 1998
Sedar tentang apa yang berlaku tapi Sal tidak berani untuk mengatakan yang dia telah berada di masa depan. Antara perkara yang dia nyatakan kepada Lina dan Hanim yang hujung bulan dua nanti kedai ABC Mak Limah akan tutup dan dia berpindah setelah kematian anaknya. Mereka yang sering menjadi pelanggan memang cukup dikenali Mak Limah sampai Mak Limah nak kenenkan anaknya kepada Sal
Setelah berbincang dengan mak, ayah dan pihak sekolah, Sal berjaya bertukar ke aliran sastera, ditempatkan dikelas Mawar, kelas paling akhir, bermasalah dan ramai penyangak. Kehadiran Sal di kelas Mawar semestinya tidak disenangi Suffian, Hajar dan lebih lebih lagi Azri. Pelik bila Sal langsung tidak mengingati Azri! Menurut Hanim, Azri adalah ketua samseng dan pernah berada satu kelas sewaktu di tingkatan satu. Hubungan Sal dan Azri tidak baik kerana Azri menuduh Sal menjadi pemerhati oleh Cikgu Hazam dan berusaha menyakiti Sal. Segalanya berubah bila Sal membantu Azri sewaktu dia menyorok di tandas wanita dan mulai hari tu termeterai Pinky Promise Azri menjadi si guardian angel
Azri mengatakan Sal ingin menjadi nujum pak belalang sampai suka membuat ramalan. Malah Sal memberitahu niatnya untuk berjumpa Mak Limah supaya berpesan kepada anaknya tu supaya tak naik motor. Saat Azri mengatakan kalau jadi apa-apa pada dirinya, adakah Sal akan sedih, tiba-tiba Sal diserbu berdebar. Kenapa dia tidak mengingati Azri, mungkin sesuatu yang buruk berlaku kepada Azri sebab tu dia tak pernah mendengar kisah Azri selepas habis sekolah
Pelbagai kejadian berlaku dimana Azri menyelamatkan Sal yang diminta menyimpan kaset Siti Nurhaliza, nota teori hubungan berkaitan Cikgu Ariffin, Cikgu Kamariah dan Cikgu sampai dipanggil oleh pengetua, membonceng moto Azri untuk dia berjumpa Daniel hingga Sal dapat merasakan Azri marah padanya
"kau memang tak pernah pandang dengan hati. Tak pernah nampak apa yang ada sekeliling kau - Azri
"kau memang tak pernah pandang dengan hati. Tak pernah nampak apa yang ada sekeliling kau" - Azri
"Kau tahu tak aku penat nak kejar bola tu! kau ingat mudah ke nak kejar satu benda yang orang lain juga nak kejar?"sebab aku minat, sebab dari dulu sampai sekarang aku suka. Tapi aku tak pernah menang dan sekarang aku dah penat. Masalahnya bilal aku dah penat bola tu pula asyik datang dekat aku. Tapi bila aku cuba nak ambil..ada aje yang halang" Azri
"Macam mana aku nak pandang dengan hati kalau memang masa depan aku dengan dia""Tapi aku datang nak tengok kau. Tolong hadiahkan kemenangan untuk aku supaya hati aku tenang" - Sal
Sejarah penting bagi Sal bila Cikgu Hazam berjumpa Kak Nora ketika kakaknya menjemput sewaktu dia pitam dan dia boleh merasa lega kerana Cikgu Hazam menjadi abang iparnya dan dia memiliki an anak-anak buah yang cerdik dan comel.
Bab 16 - memang sebak giler bila baca dan misteri pengirim kad terungkai bila Azri mengaku dialah si pengirim tapi Sal langsung tidak ingat.
"10 tahun dari sekarang , aku akan pinang kau. Tak kisahlah sekarang kau nak bercinta denga siapa pun" - Azri
"Kalau kau tak datang meminang macam mana? - Sal
"Aku mesti datang" - Azri
Kalau kau tak datang juga? Itu maknanya kau dah ada pilihan lain - Sal
Tak..aku akan datang . Tak akan ada pilihan lain lagi. Kalau aku tak datang, maknanya..aku dah tak ada di dunia ini lagi - Azri
Memang sebak gila bila Sal meminta Azri datang meminangnya pada reunion 15 tahun akan datang. Hubungan terbuka tapi masih ada rasa cemburu di hati Sal bila melihat Lela merapati Azri. Peristiwa Sal dianiya dan Azri cuba menggantikan tempat Sal namun Sal tidak gentar
Kisah cinta ada suka dan duka, Azri yang protective, Azri yang kuat cemburu, Azri yang manja namun kasih terlerai kerana keduanya masih muda, Sesungguhnya perpisahan itu amat menyakitkan tapi usia terlalu muda tapi bagi Sal kalau dah jodoh tidak akan ke mana
Ingatan terhadap helmet yang Sal tengok di kedai ABC menghantui dia dan bila ditanya Harun mengatakan itu helmet yang dipinjam dari anak Mak Limah. Bila nama Azri disebut, Sal menjadi tidak menentu, Bayangan Azri terbayang dan bisikan 'I love you' kedengaran seiring dengan jeritan Lina dan Hanim
Terlantar dalam koma Sal, mendengar setiap apa yang dikatakan, tentang kawan pejabat, tentang kawan sekolah yang datang menziarah tapi dia hanya ingin kembali ke tahun 1998. Suara lelaki yang tidak dikenali yang memanggilnya sayang, mengurut hingga dia rasa sangat selesa membuat dia berdebar dan akhirnya Sal sedar selepas dua minggu dia koma. Banyak perkara yang buat Sal antara lupa dan ingat dan pesakit amnesia retrograde boleh mengingati perkara yang berlaku sebelum kemalangan
Bila masuk Bab 33 memang sedih bila Sal benar-benar sedar Azri adalahlelaki yang dia cinta dan telah tiada itupun selepas 16 tahun!
Jodoh mereka memang kuat setelah berbelas tahun dan walau Sal mengalami amnesia kali pertama dan amensia kali kedua serta pelbagai dugaan yang dilalui, mereka bersatu jua. Memang boleh jatuh cinta dengan Azri si ketua samseng, pandai melukis apatah lagi dia kapten hoki pasukan sekolah dan dia sanggup buat apa saja untuk Sal. Kenapa Sal tidak ingat pada Azri
Garapan yang penuh teka teki membuat sesiapa pun teruja membaca untuk mendapatkan jawapan. Azri kemalangan dan mati? Mak Limah tunjuk kubur Azri...ahhh memang sakit dada baca dan kemudian muncul Ray pelukis buta yang berbakat besar, punya nama di luar negara yang berperwatakan seperti Azri, sentuhannya yang menenangkan. Bersama Ray, Sal merasa selesa dan bersama Ray dia dapat merasa bayangan Azri. Simpati juga pada Daniel bila Saleha masih berbelah bagi walau lagi 2 minggu untuk bernikah. Menerima lukisan sebagai hadiah perkahwinan membuat Saleha nekad ke Paris mencari Ray
Memang layan membaca naskah Anna Lee yang mengisahkan Saleha, Azri, Hanim, Suffian, Daniel dan rakan-rakan zaman sekolah memang buat saya tersenyum terkenang kisah lama walau saya bersekolah di Air Panas Girls School tapi jiran kam sekolah lelaki High School Setapak, punya cerita yang seakan...ahhh indahnya zaman persekolahan dulu
Sinopsis
Siti Saleha berumur 33 tahun. Tidak miliki kerjaya yang membanggakan dan mempunyai tunang yang mengecewakan. Dia mengharapkan satu keajaiban berlaku, membawa dia kembali ke alam persekolahan dan membaiki segala kesilapan lalu. Andai diberi peluang pulang ke masa lampau ada 10 senarai yang dia ingin ubah. Tapi, dalam 10, hanya dua impian yang penting untuk dia perbaiki.Pertama, ubah aliran sains ke sastera. Supaya di masa depan dia dapat memberi tumpuan pada kerjaya yang diminatinya.
Kedua, cari Daniel! Hasut Daniel, tunang masa depannya, supaya jangan jadi model, tetapi jadi doktor atau ahli perniagaan agar masa depan mereka terjamin.
Tanpa disangka-sangka, satu kejadian telah membawa Saleha merentas masa, kembali ke tahun 1998. Saleha berjaya ubah aliran dengan memasuki kelas sastera dan dia juga berjaya mencari Daniel. Namun, kemunculan Azri yang terkenal sebagai ketua samseng sekolah membuatkan rancangan Saleha huru-hara.
“Cikgu Hazam hantar kau jadi pemerhati ke?”“Kau tak pandai beza ke dua perkataan, belajar dan pemerhati? Kau faham maksudnya, kan?”
Saleha hairan, Azri tak pernah wujud di masa lampaunya dan tak wujud di masa depannya, jadi kenapa sekarang tiba-tiba Azri muncul? Siapakah Azri sebenarnya? Apakah kaitan Azri dengan kehidupannya? Dapatkah dia mengubah sejarah lalu? Adakah hajatnya itu terbaik untuk dirinya?
“Perpisahan menjadikan cinta kita semakin kuat, hati kita semakin jelas. Masa tu, aku akan kembali pada kau.”“Aku akan tunggu kau.”“Aku akan cari.”
Kalau korang nak baca komen pembaca novel ni boleh jengah kat https://www.goodreads.com/book/show/22654542-aku-dia-dan-pinky-promise
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.iamfuzy.com/2020/02/drama-aku-dia-dan-pinky-promise-naskah.html