Top 21 Drama Korea Terbaik 2019


Top 21 Drama Korea Terbaik 2019
Patutnya entry ni aku buat masa hujung bulan Disember 2019 tu atau pun awal Januari hari tu tapi tak sempat buat sebab ada beberapa drama Korea yang aku tak habis tengok. Jadi bila dah habis tengok semua drama dalam list aku tu, barulah boleh senaraikan drama korea terbaik untuk tahun 2019 mengikut pilihan dan citarasa aku. Semua senarai drama di bawah ini mengikut citarasa aku semata - mata ye, kalau korang tak setuju dengan pilihan drama kat bawah ini tak boleh buat apalah kan hehehe. Tapi korang boleh juga share drama korea kesukaan korang untuk tahun 2019 di ruangan komen entry ini nanti k. Apapun memang pening nak susun drama - drama di bawah ini mengikut tahap kesukaan aku hahaha. Apa pun semua drama di bawah ini adalah drama yang tamat episodnya pada tahun 2019 ye. Manakala drama - drama lain yang tamat episodnya pada Januari 2020 tak masuk dalam senarai ini okey. Jadi bagi yang mencari drama - drama Korea yang best untuk ditonton bolehlah try rujuk entry ini dan pilih drama mana yang korang rasa nak tonton nanti.
21) VIP
Pelakon: Jang Na Ra, Lee Sang Yoon, Lee Chung Ah, Pyo Ye Jin, Kwak Sun Young, Shin Jae Ha dan ramai lagi.
Suka tengok Jang Na Ra dalam drama ni, plus drama ni agak misteri juga sebab penonton kena teka siapa wanita tersebut yang dikatakan ada skandal dengan watak lakonan Lee Sang Yoon itu. Kalau nak baca sinopsis penuh drama ini boleh klik sini➔ Sinopsis Drama Korea VIP
20) Secret BoutiquePelakon: Kim Sun Ah, Jang Mi Hee, Go Min Si, Kim Jae Young dan ramai lagi. Walaupun tajuk drama ni Secret Boutique tapi drama ini berkisarkan tentang dendam okey. Mengisahkan Jenny Jang yang ingin membalas dendam pada Kim Yeo Ok kerana telah mencuri identiti ibunya serta mengambil tempat ibunya sebagai menantu orang kaya. Malah Kim Yeo Ok turut cuba membunuh Jenny Jang ketika Jenny Jang masih kecil. Namun Jenny terselamat dan duduk di rumah anak yatim. Setelah Jenny remaja, dia bertemu lagi dengan Kim Yeo Ok dan secara kebetulan Kim Yeo Ok mengambilnya bekerja sebagai orang gaji di rumahnya. Atas kebijaksanaan Jenny Jang dia berjaya mengubah statusnya dari orang gaji kepada orang penting dalam syarikat Kim Yeo Ok. Drama ini ada elemen suspen dan misteri gitu.
19) Love Affairs In The AfternoonPelakon: Lee Sang Yeob, Park Ha Sun, Ye Ji Won, Jo Dong Hyuk, Jung Sang Hoon dan ramai lagiMerupakan remake dari drama Jepun tapi ending versi drama Korea agak berbeza sebab lebih happy ending gitu. Suka tengok Lee Sang Yeob dalam drama ni sebab dia sangat adorable dan sweet okey hehe. Bagi yang cepat emosi maybe tak sesuai tengok drama ni, sebab jalan ceritanya berkisarkan suami orang ada affair dengan isteri orang, kontroversi sangat hahaha. Drama ini menerangkan dengan jelas sebab kenapa seseorang itu boleh berlaku curang pada pasangan mereka serta kesan dan akibat yang perlu ditanggung selepas curang tu
18) The Tale Of NokduPelakon:  Jang Dong Yoon, Kim So Hyun, Kang Tae Oh, Jung Joon Ho, Jo Soo Hyang dan ramai lagi.Di permulaan cerita sampailah ke pertengahan cerita, drama ini agak lawak sebenarnya, tambahan lagi drama ni bergenre romantik komedi juga. Cantik pula Jang Dong Yoon ni bila dia menyamar jadi perempuan, lawak pun lawak. Di pertengahan cerita drama ini mula start jadi serius dan suspen plus tak sangka Kang Tae Oh boleh bawa watak jahat dengan baik sekali.
17) Sky CastlePelakon: Yum Jung Ah, Yoon Se Ah, Oh Na Ra, Kim Seo Hyung, Kim Hye Yoon, Kim Bo Ra, Kim Byung Chul dan ramai lagi. Boleh klik tajuk drama ini untuk baca review penuh drama ini ye..Drama ni memang popular dan mendapat rating yang tinggi gitu, nak tahu lebih lanjut boleh baca review drama ni yang dah aku buat okey.
16) Arthdal ChroniclePelakon: Song Joong Ki, Jang Dong Gun, Kim Ok Vin, Kim Ji Won, Park Hae Joon dan ramai lagi..Drama yang berbajet besar, no wonderlah storylinenya unik habis tapi endingnya memang tergantung, pastu tak ada kepastian sama ada drama ini ada season 2 atau tidak.
15) The Fiery PriestPelakon: Kim Nam Gil, Kim Sung Kyun, Lee Honey, Go Joon, Keum Sae Rok, Kim Hyung Mook dan ramai lagi. Sila klik tajuk drama ni untuk baca review The Fiery Priest ini yer..Drama ni lawak habis dan paling penting drama ini akan ada musim kedua gitu yeayyy..
14) Class Of Lies Pelakon: Yoon Gyun Sang, Keum Sae Rok, Jun, Choi Kyu Jin, Han So Eun, Kim Myung Ji dan ramai lagi. Sila klik tajuk drama ini untuk baca review penuh drama Korea Class Of Lies ini.Walaupun drama ni berkisarkan tentang pelajar sekolah tapi drama ni suspen juga dan ada unsur misteri gitu..
13) EncounterPelakon: Park Bo Gum, Song Hye Kyo, Jang Seung Jo, Cha Hwa Yeon dan ramai lagi. Sila klik tajuk drama ni untuk baca review penuh drama Korea Encounter ini.Jalan cerita drama Korea Encounter ni simple tapi nice and sweet, lokasi shooting yang cantik serta dibarisi pelakon popular memang antara sebab aku suka dengan drama ni.
12) Less Than EvilPelakon: Shin Ha Kyun, Lee Seol, Park Ho San, Kim Gun Woo, Baro, Bae Da Bin dan ramai lagi. Sila klik tajuk drama ini untuk baca review penuh drama Korea Less Than Evil ini.Drama Less Than Evil ni memang suspen, ada plot twist dan syok layan drama ni..
11) Designated Survivor : 60 Days Pelakon: Ji Jin Hee, Heo Jun Ho, Kang Han Na, Lee Joon Hyuk, Bae Jong Ok, Son Seok Koo, Choi Yoon Young, Lee Moo Saeng dan ramai lagi.Best gak layan drama ni, suspen gitu berkisarkan Park Moo Jin yang merupakan menteri alam sekitar dan antara menteri yang termuda gitu. Namun sesuatu terjadi bila Blue House telah dibom dan semua menteri dan presiden telah mati. Hanya Park Moo Jin yang hidup dan dia terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai presiden Korea selama 60 Hari. Pelbagai cabaran yang perlu dilaluinya serta dia juga perlu membuat pilihan yang tepat untuk sesuatu keputusan. Di samping perlu membuktikan dirinya pada mereka yang memandang rendah pada kemampuannya. Hope ada season 2 gitu, suka tengok hubungan baik Park Moo Jin dengan semua kakitangannya tu, sweet je.
Top 10 Drama Korea Terbaik 2019
10) He Is PsychometricPelakon: Jin Young (Got7), Shin Ye Eun, Kim Kwon, Kim Da Som, Lee Seung Joon dan ramai lagi.Drama ni best, aku tak begitu suka dengan kisah cinta watak utama drama ini sebab lebih tertarik dengan storyline drama ini terutamanya yang membabitkan watak Kang Sung Mo yang misteri gitu. Agak sedih sebenarnya drama ni huhuhu
9) Graceful FamilyPelakon: Im Soo Hyang, Lee Jang Woo, Bae Jong Ok, Lee Gyu Han, Kim Jin Woo dan ramai lagi. Sila klik tajuk drama ini untuk baca review penuh drama Korea Graceful Family ini.Antara drama Korea yang best untuk ditonton. Drama ini suspen dan ada banyak plot twist gitu serta drama ini juga turut mendapat rating yang tinggi.
8) Voice 3 : City Of AccomplicesPelakon: Lee Ha Na, Lee Jin Wook, Park Byung Eun, Son Eun Seo, Kwon Yool dan ramai lagi. Sila klik tajuk drama ini untuk baca review penuh drama Korea Voice 3 ini.Semua siri drama Voice dari season 1 hinggalah season 3 memang semuanya best. Suka tengok hero dan heroin drama ni sebab diorang nampak sepadan sangat. Untuk musim ketiga ini, endingnya sad ending okey huhuhu..
7) Extraordinary YouPelakon: Kim Hye Yoon, Ro Woon, Lee Jae Wook, Lee Na Eun, Jung Gun Joo dan ramai lagi.Syok layan drama ni, jalan ceritanya unik dan best serta dibarisi dengan pelakon - pelakon muda yang berbakat.
6) Big IssuePelakon: Joo Jin Moo, Han Ye Seul, Kim Hee Won, Park Sun Im, Cha Soon Bae dan ramai lagi. Sila klik tajuk drama ini untuk baca review penuh drama Korea Big Issue ini.Jo Jin Moo dan Han Ye Seul nampak serasi betul dalam drama ini yang memfokuskan tentang dunia paparazzi gitu. Best layan drama ni, suspen gitu..
5) Doctor PrisonerPelakon: Namgoong Min, Kwon Nara, Kim Byung Chul, Choi Won Young, Park Eun Seok, Kim Jung Nan, Jang Hyun Sung dan ramai lagi. Sila klik tajuk drama ini untuk baca review penuh drama Korea Doctor Prisoner ini okey.Walaupun bergenre medical drama, tapi jalan ceritanya memang wow, suspen dan ada banyak plot twist gitu. Terbaik dan lakonan para pelakon pun mantap.
4) VagabondPelakon: Lee Seung Gi, Bae Suzy, Shin Sung Rok, Lee Ki Young, Moon Jeong Hee, Lee Kyoung Young, Jang Hyuk Jin dan ramai lagi.Merupakan drama aksi suspen yang best untuk ditonton. Dibarisi oleh pelakon popular serta jalan ceritanya menarik dan ada plot twist gitu. Sayangnya ending drama ini tergantung dan tak pasti sama ada akan ada season 2 atau tidak.
3) Hotel Del LunaPelakon: IU, Yeo Jin Goo, Shin Jung Keun, Bae Hae Sun, P.O, Kang Mi Na, Seo Yi Sook, Lee Do Hyun dan ramai lagi.  Sila klik tajuk drama ini untuk baca review penuh drama Korea Hotel Del Luna ini.Antara drama popular untuk tahun 2019, jalan cerita unik, pelakon best, OST pun best, pendek kata semua best. 
2) Memories Of The AlhambraPelakon: Hyun Bin, Park Shin Hye, Park Hoon, Kim Eui Sung, Lee Seung Joon, Min Jin Woong, Han Bo Reum dan ramai lagi. Sila klik tajuk drama ini untuk baca review drama Korea Memories Of The Alhambra ini ye.Korean Drama Memories Of The Alhambra ini disiarkan pada penghujung tahun 2018 tapi tamat episodnya pada bulan Januari 2019. Jadi aku anggap drama ni dalam tahun 2019 gitu. Drama ni memang terbaik, jalan ceritanya amazing, unik dan lain dari yang lain. Pelakon pun best, semuanya perfect kecuali endingnya saja yang tergantung dan open ending gitu. 
1) When The Camellia BloomsPelakon: Gong Hyo Jin, Kang Ha Neul, Kim Ji Suk, Oh Jung Se, Yum Hye Ran, Son Dam Bi, Kim Kang Hoon, Ko Du Shim, Lee Jung Eun dan ramai lagi.Jeng-jeng jeng pada pendapat aku inilah drama terbaik untuk tahun 2019. Sebab aku pilih drama ni jadi top 1 gitu sebab jalan ceritanya yang menyentuh hati gitu, endingnya pun takde tergantung bagai, happy ending. Drama ni serba - serbinya lengkap, ada sweet, ada pengajaran, ada kelakar, ada misteri, ada suspen, ada plot twist, ada cintan - cintun. Pendek katanya drama ni memang best giler, plus rating drama ini juga tinggi okey serta drama ini dan para pelakonnya turut menang besar dalam 2019 KBS Drama Awards gitu. Macammana pulaa dengan list drama Korea pilihan korang? sama macam aku tak?
Jom Baca Ini juga ➔ Top 15 Drama Korea Terbaik 2018 Pilihan Miss Banu➤ Top 16 - Best Korean Drama Of 2017⏩ Top 15 Drama Korea 2016 Pilihan Aku
(Blog Miss Banu Story)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mulan-sahbanu.blogspot.com/2020/02/top-21-drama-korea-terbaik-2019.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sinopsis Drama Encounter Drama Korea

Sinopsis Drama Encounter Drama Korea

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 595 hits
Sinopsis Drama Encounter Drama Korea Song Hye kyo sebagai Cha Soo hyunPark Bo gum sebagai Kim Jin hyukSinopsis Drama Enconter Drama Korea Mengisahkan kehidupan seorang janda yang pada mulanya hidup penuh dengan kesengsaraan Kehidupan sehari...
Itaewon Class Antara Drama Korea Menarik Bulan Februari Ini

Itaewon Class Antara Drama Korea Menarik Bulan Februari Ini

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 671 hits
Bulan Januari telah pun meninggalkan kita kini Februari pula bakal memberikan beberapa drama Korea menarik buat kaki kaki K Drama Jika anda meminati Park Seo Joon jangan lupa saksikan drama terbarunya Itaewon Class yang telah memulakan taya...
Ini Dia 3 Nama Yang Jadi Kontributor Terbaik Desember 2019 Yuk Intip Profil Singkat Mereka

Ini Dia 3 Nama Yang Jadi Kontributor Terbaik Desember 2019 Yuk Intip Profil Singkat Mereka

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 207 hits
Saya merasa beruntung menjadi salah satu penulis Hipwee Saya dapat membagikan perasaan yang saya curahkan dalam bentuk tulisan
Entri Terbaik Bulan November Dan December 2019

Entri Terbaik Bulan November Dan December 2019

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 383 hits
Entri Terbaik Bulan November Dan December 2019 Assalamualaikum Hai maaf lama Cik Ash tak update entri dekat blog ni Hampir terlupa nak kongsikan rutin harian entri terbaik untuk 2 bulan tahun 2019 dekat blog ni Nak buat macam mana sekarang ...
Ketagihan Korea Drama Buat Ayda Jebat Jadi Macam

Ketagihan Korea Drama Buat Ayda Jebat Jadi Macam

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 614 hits
Anda tahu tak apa persamaan mereka yang suka tonton drama Korea Kalau korang nak tau kebanyakan yang tengok drama Korea memang susah nak berhenti bila dah start layan episod satu Betul tak Masalahnya pulak penerbit drama Korea ni memang pan...
Indeks Harga Pengguna 2019 Turun 0 7 Peratus Terbaik Dalam Tempoh 10 Tahun

Indeks Harga Pengguna 2019 Turun 0 7 Peratus Terbaik Dalam Tempoh 10 Tahun

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 298 hits
KAJANG 30 JAN Indeks Harga Pengguna yang membandingkan 552 barangan utama pengguna di negara ini mencatatkan penurunan sehingga 0 7 peratus pada tahun lalu kata Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail Menteri perdagangan dalam negeri dan hal e...
Hilang Sejak Juni 2019 Keberadaan Helikopter Mi 17 Belum Ditemukan

Hilang Sejak Juni 2019 Keberadaan Helikopter Mi 17 Belum Ditemukan

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 155 hits
Keberadaan helikopter MI 17 yang hilang saat penerbangan rute Oksibil Sentani Kabupaten Jayapura Papua pada 28 Juni 2019 lalu hingga kini belum berhasil ditemukan
Jumlah Kadar Pendapatan Peratus Bonus Tabung Haji Th 2019 2020

Jumlah Kadar Pendapatan Peratus Bonus Tabung Haji Th 2019 2020

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 268 hits
Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pd 19 Januari 2020 jam 09 49 PM Lembaga Tabung Haji dijangka akan mengumumkan bonus thnan
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Tiga Lelaki Bakar Anak Kucing Diburu Polis

Banjir Besar Dubai 2024 Ustaz Azhar Idrus

Lirik Lagu Cinta Setandan Pisang Eda Ezrin Den Manjo

Home Detention Najib Keputusan Lembaga Pengampunan Atau Bukan

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Puasa Tarwiyah 2024 Maksud Hari Tarwiyah Hukum Berpuasa



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


The Friendly S Music Pub By Kvadrat Architects In Astana Kazakhstan

Kunjung Marhaban Aidilfitri 2024

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal