Draf Pinda Akta Berkait Pemandu Mabuk Dihantar Ke Jabatan Peguam Negara


BernamaWee Ka Siong berkata, draf pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenakan
hukuman lebih berat kepada mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol,
dadah atau memandu secara melulu akan dibentangkan kepada Kabinet dalam 2
minggu lagi.PUTRAJAYA: Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenakan hukuman lebih berat kepada mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah atau memandu secara melulu, adalah usaha merentasi kepentingan kaum, agama serta politik yang pasti mendapat sokongan, kata Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong.
Beliau berkata, hasil kajian ke atas lebih 345,000 responden mendapati 94% menyokong hukuman sedia ada “diberatkan”, iaitu berkaitan denda, penjara serta hilang kelayakan lesen memandu.
Katanya, beliau turut menerima khidmat pesanan ringkas daripada rakan pembangkang yang menyokong pindaan akta itu supaya hukuman ditingkatkan lagi.
Dalam temu bual khas sempena 100 hari perkhidmatannya sebagai menteri pengangkutan di kementeriannya baru-baru ini, Wee berkata, Kementerian Pengangkutan sudah mengemas kini semua seksyen berkaitan dan menyenaraikan apa yang perlu dipinda bagi rang undang-undang (RUU) itu nanti.
“Draf bagi pindaan akta itu juga telah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara sebelum dibentangkan di mesyuarat Kabinet dalam masa 2 minggu lagi dan Dewan Rakyat pada sesi Julai ini.”
Wee Ka SiongUndang-undang sedia ada memperuntukkan individu yang memandu dalam keadaan mabuk dikenakan tindakan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan.
Bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian pula, pesalah boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 dan penjara maksimum 12 bulan di bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Wee berkata, walaupun terdapat desakan daripada orang ramai agar pemandu mabuk dikenakan hukuman mati atau di bawah Seksyen 302 (membunuh), namun masyarakat tidak harus terburu-buru dalam soal itu, sebaliknya perlu bertindak mengikut lunas undang-undang.
Katanya, jika Seksyen 302 digunakan, ia perlu dibuktikan di mahkamah yang pemandu mabuk itu ada niat membunuh.
“Kita tidak mahu mereka terlepas kerana niat itu tidak dapat dibuktikan. Kena ikut lunas undang-undang, betul kita geram, tapi kita tidak boleh ambil tindakan secara melulu.”
Beliau berkata, kerajaan sedia menurunkan had kandungan alkohol yang dibenarkan, iaitu ketika ini ditetapkan pada 35 mikrogram alkohol dalam 100mm nafas: 80 miligram alkohol dalam 100mm darah atau 107 miligram alkohol dalam 100mm air kencing.
“Banyak negara yang menggunakan had minimum ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), iaitu 0.05g/dl dan ada juga mahu kandungan alkohol pemandu pada paras 0%, namun ia perkara yang sukar kerana jika kita minum ubat batuk contohnya, akan ada bacaan alkohol, oleh itu perkara ini akan diperhalusi.”
Katanya, kerajaan juga sedang menyemak semula dari segi perundangan untuk memastikan soal kebajikan waris mangsa kemalangan akibat pemandu mabuk mencukupi dan terbela.
Sementara itu, Wee berkata, perancangan terdahulu Kementerian Pengangkutan seperti mewajibkan pemasangan kerusi keselamatan untuk kanak-kanak dalam kenderaan tidak akan dibatalkan, tetapi pendekatan yang digunakan akan dikaji semula.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/draf-pinda-akta-berkait-pemandu-mabuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Pemandu Mabuk Dalam Politik Negara

Dap Pemandu Mabuk Dalam Politik Negara

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 257 hits
AMAT canggung bekas Timbalan Menteri Pertahanan yang juga bekas mahasiswa Sains Politik menelah kesilapan hala tuju PAS Sudah tentulah strategis DAP itu menempelak PAS kerana tidak memilih haluan seperti PAN sekutu rapatnya Jika Chin Tong m...
Kes Pemandu Mabuk Jangan Terburu Buru Pinda Hukuman Mati

Kes Pemandu Mabuk Jangan Terburu Buru Pinda Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 352 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Pengangkutan belum mencadangkan pindaan akta ke atas undang undang sedia ada membabitkan pemandu mabuk termasuk hukuman jenayah di bawah Kanun Keseksaan
Polis Akan Mengadakan Op Mabuk Di Seluruh Negara Untuk Kesan Pemandu Mabuk Bukit Aman

Polis Akan Mengadakan Op Mabuk Di Seluruh Negara Untuk Kesan Pemandu Mabuk Bukit Aman

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 461 hits
Polis akan mengadakan Op Mabuk di seluruh negara bagi mengesan pemandu yang disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol lapor Bernama melalui ciapan dia laman Twitter Polis akan mengadakan Op Mabuk di seluruh negara untuk kesan pemandu mabuk ...
Isu Pemandu Mabuk Kerajaan Pn Jangan Sekadar Janji Pinda Apj 1987

Isu Pemandu Mabuk Kerajaan Pn Jangan Sekadar Janji Pinda Apj 1987

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 225 hits
Mohammed Firdaus JohariKerajaan PN jangan hanya sekadar menabur janji untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 sepatutnya mengambil langkah segera bagi meminda akta tersebut melalui sidang Parlimen yang seharusnya diadakan tanpa lengah De...
Pemandu Mabuk Langgar Pekerja Alam Flora Dituduh Membunuh Tak Diberi Ikat Jamin

Pemandu Mabuk Langgar Pekerja Alam Flora Dituduh Membunuh Tak Diberi Ikat Jamin

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 338 hits
Perkembangan terkini kes pemandu mabuk yang menyebabkan kematian Irwan Herman penyelia di Alam Flora iaitu Teoh Kian Peng hari ini telah ke Mahkamah Majistret bagi bacaan pertuduhan membunuh Pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes...
Makin Manjadi2 Dengan Pemandu Mabuk

Makin Manjadi2 Dengan Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 334 hits
Dalam kejadian jam 1 30 pagi itu mangsa dikenali sebagai Mohamed Zaili Mohamed berusia 44 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Asisten ...
Isu Panas Hukum Pemandu Mabuk Bunuh Abah Mama Kami Luahan Anak Mangsa Jadi Yatim Piatu

Isu Panas Hukum Pemandu Mabuk Bunuh Abah Mama Kami Luahan Anak Mangsa Jadi Yatim Piatu

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 297 hits
Khairizul dan Zuriana maut selepas dilanggar pemandu mabuk dalam insiden Februari lalu BUTTERWORTH Trauma dan marah setiap kali mendengar berita kemalangan maut yang berpunca daripada pemandu mabuk membuatkan lima beradik yatim piatu terken...
Amir Isma Gesa Siasat Pegangan Agama Ideologi Pemandu Mabuk

Amir Isma Gesa Siasat Pegangan Agama Ideologi Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 273 hits
Oleh Siti Hafidah Abd GhaffarBimbang amal fahaman radikal guna alasan mabuk untuk membunuh BANGI Pihak berkuasa diminta mengambil tindakan sewajarnya berhubung insiden kemalangan jalan raya membabitkan pemandu mabuk yang dilihat semakin men...
Cedera Retak Tempurung Kepala Dilanggar Pemandu Mabuk Suspek Larikan Diri Berjaya Ditahan

Cedera Retak Tempurung Kepala Dilanggar Pemandu Mabuk Suspek Larikan Diri Berjaya Ditahan

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 331 hits
KANGAR Seorang penunggang motosikal cedera termasuk retak tempurung kepala selepas dirempuh pemandu warga emas yang mabuk di Jalan Raja Syed Saffi Bintong malam tadi Dalam kejadian jam 10 malam mangsa Bishamhadi Mohamad Hasbi 41 dikatakan s...
Cerita Foto Sepanjang Minggu

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Saya Harap Isu Aliff Aziz Tak Jejaskan Saya Cari Rezeki Di Malaysia Aaron Aziz

They Travelled For Hours To Celebrate Raya With Us

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Akhyar Cedera Dipukul Dompet Telefon Bimbit Disamun

Drama My Stolen First Kiss

Emy Yusuf Feat Driant Kenyang Beraya Chord

Dani Kurama Sumpah Kali Ini Chord

Kedai Mamak Sorok Minyak Masak And Then

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement