Dr Noor Hisham Tolong Jawab Surat Kepada Muhyiddin Cukuplah Abah Anak Anak Derita



Saya baca warkah Dr Tachdijan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bertajuk ‘Cukuplah abah, anak-anak derita’ dengan cukup teliti. Meskipun ia bukan ditujukan kepada saya, namun sebagai Ketua Pengarah Kesihatan saya perlu faham apa yang ‘anggota KKM’ ini cuba sampaikan, tidak kiralah apa pangkat, gred atau profesion mereka. Saya terfikir juga, apabila dikatakan doktor adalah seorang pakar di Kementerian Kesihatan (KKM), secara terus ia lebih menarik perhatian semua pihak untuk membacanya. Seorang doktor pakar di KKM pastinya beretika dan mempunyai kredibiliti. Itu yang saya harapkan daripada pakar KKM.
Saya harus akui, saya merasa kesal. Dalam warkah tersebut, jelas doktor telah mendedahkan identiti seorang pesakit kepada umum dengan merujuk kepada individu ternama di Sabah yang dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE). Untuk makluman doktor, ini menyalahi tata etika seorang doktor perubatan. Kerahsiaan pesakit adalah keutamaan dalam kerjaya perubatan dan KKM sentiasa menekankan perkara ini.
Saya harap ini bukanlah satu kebiasaan yang doktor amalkan kerana KKM sememangnya bergantung kepada Pegawai Perubatan Pakar untuk mendidik Pegawai Perubatan dan Pegawai Perubatan Siswazah.
Doktor juga agak arif dengan selok-belok di HQE, namun mungkin perlu menyemak kembali protokol pengendalian Individu Dalam Siasatan (patient under investigation, PUI) yang disahkan Covid-19 ke hospital Covid-19. Kes yang sememangnya telah disahkan status jangkitan sebagai positif dan didapati stabil akan dimasukkan terus ke wad Covid-19.
Protokol sama digunakan untuk semua kes, tanpa mengira status kes dalam masyarakat. Kemungkinan ada situasi di mana kes perlu menunggu katil dikosongkan di wad Covid-19. Ini mungkin berlaku dari semasa ke semasa.
Sememangnya jumlah kes Covid-19 semakin meningkat, terutama di Sabah. Setiap hari saya sendiri bentangkan data kes harian setiap hari di pelbagai platform termasuk dalam mesyuarat harian bersama perdana menteri dan juga sidang media sekitar pukul enam petang. Kini kedua-duanya dijalankan secara telesidang.
Saya juga telah menerangkan tindakan-tindakan yang dilakukan kerajaan bagi memastikan terdapatnya kapasiti ujian di makmal-makmal, peningkatan jumlah katil bagi kes-kes Covid-19 agar ianya mencukupi, pembelian peralatan dan pengagihan alat bantuan pernafasan dan sebagainya. Lihat sahaja infografik yang saya muat naik. Ia amat mudah untuk difahami.
Pada awalnya petugas di Kota Kinabalu digerakkan untuk membantu hospital di daerah timur Sabah serta pusat-pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 berisiko rendah. Kemudian KKM gerakkan pula petugas kesihatan daripada seluruh negeri ke Sabah. Mereka turut ditempatkan di hospital-hospital di Kota Kinabalu bagi menggantikan lompong keperluan petugas di sana.
Sememangnya tidak dinafikan ia lebih mencabar apabila petugas Kesihatan juga dijangkiti Covid-19 sama ada daripada komuniti, tempat kerja, rakan setugas atau semasa pengendalian kes Covid-19.
Mereka perlu dimasukkan ke hospital untuk rawatan, dan kontak rapat perlu dikuarantin. Namun begitu, pujian harus diberi kepada pihak Pengurusan HQE dan juga Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sabah. Pelan mobilisasi diteruskan, perkhidmatan berjalan dan situasi dijangka bertambah baik. Petugas Kesihatan terus cekal bertugas sementara lebih ramai pasukan bantuan perubatan tiba.
Pandangan doktor mengenai bekalan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) adalah bernas. Perancangan awal perlu dibuat dan bekalan perlu dipantau rapat. KKM terus memastikan PPE mencukupi di semua hospital seluruh Malaysia, termasuk di HQE.
Di sini juga saya lampirkan status bekalan PPE untuk negeri Sabah. Kelulusan pusat telah diterima pada 2 Oktober bagi permohonan perolehan secara darurat untuk PPE untuk Sabah. Kesemuanya telah dirancang baik oleh agensi pusat, KKM dan juga JKN Sabah. Sistem pangkalan data pusat yang kita bangunkan semasa gelombang satu dan dua Covid-19 telah mengajar kita untuk lebih bersedia.
Saya bersyukur kerana KKM tidak sendirian dalam usaha ini. Malah mustahil bagi KKM bergerak sendiri menangani Covid-19. Agensi-agensi pusat yang lain telah bergerak seiring dengan KKM, terlalu banyak pihak jika hendak saya sebut satu persatu.
Begitu juga kerajaan-kerajaan negeri sehingga ke peringkat daerah. Termasuk juga pihak swasta, badan bukan Kerajaan (NGO), badan-badan pertubuhan dan semua lapisan masyarakat.
Semua pihak bersatu hati melandaikan keluk penularan semasa gelombang kedua. Pendekatan yang diambil adalah the “whole of government, the whole of society approach”. Sering ditanya oleh negara luar mengenai perkara ini. Saya bangga mengatakan: “We use whole of government, the whole of society approach”.
Namun kita boleh buat lebih baik lagi. Saya seru semua pihak, janganlah kita terus menunding jari dan saling menyalahkan. Marilah kita tumpukan tenaga dan usaha kita dalam menentang musuh kita yang sama iaitu Covid-19, sambil kita berdoa dan bertawakkal kepada Ilahi.

DR NOOR HISHAM ABDULLAH
Ketua pengarah kesihatan Malaysia.
MR :  Kerajaan PN walaupunbaharu,jangan dilihat sebelah mata sebab dibelakangnya terdapat pegawai yang hebat dan diberi peranan bukan macam PH dulu  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/10/dr-noor-hisham-tolong-jawab-surat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cukuplah Abah Anak Anak Derita Warkah Pakar Kkm Kepada Pm

Cukuplah Abah Anak Anak Derita Warkah Pakar Kkm Kepada Pm

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 496 hits
Semasa saya menulis warkah ini terdapat 400 pesakit positif Covid 19 di Hospital Queen Elizabeth hospital rujukan tertiari Sabah di Kota Kinabalu termasuk merawat Ketua Menteri Sabah Semua pesakit bukan Covid 19 yang tidak mempunyai penyaki...
Hantaran Di Twitter Hanya Peringatan Kata Noor Hisham

Hantaran Di Twitter Hanya Peringatan Kata Noor Hisham

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 318 hits
147 total views 147 views today Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan hantaran Twitternya pada awal pagi tadi hanyalah bertujuan menasihati rakyat Malaysia bukannya memberi bayangan perintah kawalan pergerakan akan di...
Rugi Tak Baca Komen Padu Respon Kepada Status Fb Dato Noor Hisham Ini

Rugi Tak Baca Komen Padu Respon Kepada Status Fb Dato Noor Hisham Ini

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 417 hits
Komen salah seorang pengguna FB Dato Noor Hisham i beg to differ Peningkatan kes Covid 19 Yang melompat parti sehingga menyebabkan kerajaan Negeri jatuh ialah ahli politik Yang mengadakan pilihanraya sewaktu musim Covid 19 pun ahli politik ...
My Tweet To Stay At Home Just A Reminder Nothing More Says Noor Hisham

My Tweet To Stay At Home Just A Reminder Nothing More Says Noor Hisham

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 257 hits
Health director general Dr Noor Hisham Abdullah wants people not to let their guard down as the number of Covid 19 cases increases PUTRAJAYA Health director general Dr Noor Hisham Abdullah said his tweet earlier this morning only served as ...
Peningkatan Kes Covid 19 Noor Hisham Saran Orang Ramai Duduk Di Rumah

Peningkatan Kes Covid 19 Noor Hisham Saran Orang Ramai Duduk Di Rumah

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 373 hits
freemalaysiatoday com October 1 2020 7 44 PMMalaysia mencatatkan 260 kes baru Covid 19 hari ini dengan 259 daripadanya merupakan jangkitan tempatan PUTRAJAYA Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang ramai untuk du...
Dap Blames Dr Noor Hisham For Spike In Covid 19 Cases

Dap Blames Dr Noor Hisham For Spike In Covid 19 Cases

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 363 hits
Shafie Apdal should also have banned people from travelling to Sabah during the recent state election says DAP Klang MP Charles Santiago has joined the wave of criticism against the government following a major spike in Covid 19 cases sayin...
Sapulah Air Matamu Pandang Ke Depan Ayuh Landaikan Lekuk Sekali Lagi Dr Noor Hisham Titip Pesan Buat Frontliners

Sapulah Air Matamu Pandang Ke Depan Ayuh Landaikan Lekuk Sekali Lagi Dr Noor Hisham Titip Pesan Buat Frontliners

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 284 hits
Kadar jangkitan COVID 19 di negara ini kembali meningkat sejak akhir akhir ini Semalam adalah hari kedua mencatatkan kes tertinggi negara dengan 317 kes dan kesemuanya adalah penularan tempatan Boleh dikatakan kenaikan kes tersebut mungkin ...
Dr Noor Hisham No Use Crying Over Spilt Milk Unite Against Common Enemy Of Covid 19 Instead

Dr Noor Hisham No Use Crying Over Spilt Milk Unite Against Common Enemy Of Covid 19 Instead

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 307 hits
Where do we want to be we need to decide either to come together be united and be stronger to fight the common enemy or continue to cry over the spilled milk over and over when the numbers are increasing Our frontliners are already on the g...
Dr Noor Hisham Jalani Kuarantin Kendiri Di Rumah

Dr Noor Hisham Jalani Kuarantin Kendiri Di Rumah

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 290 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah kini menjalani kuarantin kendiri di rumahnya Bahagian Komunikasi Korporat kementerian itu mengesahkan kepada media bahawa Noor Hisham tidak akan mengadakan taklimat berkenaan Covid 19 di Putr...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor