Dr Noor Hisham Terima Penghargaan Antarabangsa Lagi


Pada pertengahan April lalu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dinamakan sebagai ‘antara doktor terbaik dunia’ oleh sebuah stesen televisyen China yang kagum dengan strategi beliau dalam menangani Covid-19 di Malaysia.
Enam bulan berlalu dan dengan Malaysia sedang mengharungi gelombang ketiga pandemik itu, reputasi beliau tetap gah.
Kali ini nama beliau dinyatakan dalam tajuk berita portal The Independent, Singapura yang dibaca: “Drs Noor Hisham, Bloomfield and Fauci – Covid’s heroic trio” (Dr Noor Hisham, Bloomfield dan Fauci – Trio Wira COVID).
Wacana itu ditulis oleh Tan Bah Bah, editor perunding portal berita tersebut dan juga merupakan bekas penulis kanan The Straits Times.
Dalam kolumnya ‘Sense And Nonsense’, Tan memulakan dengan: “Tidak dapat dinafikan, hero asal pandemik Covid-19 ialah mendiang Dr Li Wenliang, pakar Oftalmologi yang merupakan orang pertama memberi amaran kepada pihak berkuasa kesihatan di Wuhan tentang virus itu Disember lepas.
“Tatkala Beijing berjaya mengawal situasi di wilayah Hubei dan lain-lain kawasan di China, negara-negara lain yang bergelut menentang virus itu turut melahirkan wira masing-masing.
“Seorang daripada mereka memainkan peranan penting di sebuah negara yang akan menghadapi pilihan raya pada 3 November ini yang keputusannya bakal membawa kesan di seluruh dunia,” tulis Tan, merujuk kepada Dr Anthony Stephen Fauci, Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan Amerika Syarikat.
Seorang lagi ialah Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand Dr Ashley Bloomfield.
Tan seterusnya berkata, tiga pakar kesihatan awam negara itu kini menjadi perhatian antarabangsa, selain Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.
Mengenai Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia itu, Tan menulis: “Hampir setiap petang sejak beberapa bulan lepas, rakyat Malaysia setia menonton siaran langsung taklimat Covid-19 yang disampaikan oleh Dr Noor Hisham.
“Beliau tenang memperincikan perkembangan terkini, dan secara bersahaja saling beralih di antara bahasa Inggeris dan Melayu. Beliau merupakan jurucakap negara tentang usaha Malaysia membendung penularan virus itu.”
Tan juga berkata, usaha Dr Noor Hisham ‘tidak berhenti setakat itu. Beliau juga membuat hantaran Twitter dari hati.’
“Kita perlukan perpaduan untuk menentang pandemik ini, bukan saling bertelagah. Barisan hadapan kita berjuang di lapangan sejak 10 bulan lepas, 24/7. Keletihan mental dan fizikal kini dirasai. Sesetengahnya sudah bersedia untuk mengalah. Belajarlah dari Sabah,” demikian hantaran Twitter Dr Noor Hisham yang dipetik oleh Tan.
“Malaysia mengalami peningkatan mendadak sekarang disebabkan, antaranya pilihan raya Sabah,” kata Tan dalam artikelnya itu.
Tan juga berkata di New Zealand, individu yang setara dengan Dr Noor Hisham ialah Dr Bloomfield yang memenangi hati dan minda rakyat negara tersebut dengan kepimpinannya yang tenang sepanjang pelaksanaan sekatan.
Editor perunding itu turut menyifatkan Dr Fauci sebagai ‘tidak mudah gelabah’.
Artikel penuh boleh diakses menerusi https://theindependent.sg/drs-noor-hisham-bloomfield-and-fauci-covids-he….
The Independent yang bermula pada 9 Ogos 2013 merupakan platform berita yang dimiliki dan dioperasikan oleh wartawan, dan portal ini melaporkan isu-isu semasa, ekonomi dan politik di Singapura secara mendalam dan bebas. HM
Dr Noor Hisham dipuji oleh doktor di Amerika

The post Dr Noor Hisham terima penghargaan antarabangsa lagi appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/10/26/dr-noor-hisham-terima-penghargaan-antarabangsa-lagi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hampir 70 Kluster Di Selangor Tiada Kaitan Sabah Kata Noor Hisham

Hampir 70 Kluster Di Selangor Tiada Kaitan Sabah Kata Noor Hisham

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 179 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata 69 2 kes Covid 19 di Selangor baru baru ini tiada kaitan dengan individu pulang dari Sabah Katanya terdapat 18 kluster aktif di Selangor dan hanya 8 kluster ada kaitan dengan mereka y...
Noor Hisham In Sabah Fearful Locals Flee Medics Refuse To Get Admitted

Noor Hisham In Sabah Fearful Locals Flee Medics Refuse To Get Admitted

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 188 hits
Medical frontliners are facing challenges to contain Covid 19 in Sabah after some villagers reportedly hid from authorities Health Ministry director general Dr Noor Hisham Abdullah said medical frontliners had to seek help from the police t...
Pkpb Turunkan Kadar Jangkitan Di Selangor Dr Noor Hisham

Pkpb Turunkan Kadar Jangkitan Di Selangor Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 213 hits
PUTRAJAYA 20 OKT Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Selangor selama seminggu telah menunjukkan kesan positif dalam menurunkankan kadar jangkitan atau R naught Covid 19 di negeri itu Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor...
Noor Hisham Utama Cluster Now In Sixth Generation But Mall Covid 19 Clear

Noor Hisham Utama Cluster Now In Sixth Generation But Mall Covid 19 Clear

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 254 hits
COVID 19 Health director general Dr Noor Hisham Abdullah shared today that the Utama cluster the largest active cluster in Selangor has spread to six generations However he assured that the shopping mall where the cluster began was now clea...
Noor Hisham Jawab Kritikan Dr Zulkifli Pasal Data Mentah Tak Dikongsi

Noor Hisham Jawab Kritikan Dr Zulkifli Pasal Data Mentah Tak Dikongsi

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 190 hits
Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk hanya berkongsi data yang diproses dan bukannya data mentah dengan jabatan kesihatan negeri adalah bagi tujuan penyelarasan yang lebih baik kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah ...
Covid 19 News If The Source Is Not From Ismail Sabri Or Noor Hisham It S Fake News

Covid 19 News If The Source Is Not From Ismail Sabri Or Noor Hisham It S Fake News

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 322 hits
Malaysia s 2 Guns in the fight against Covid 19 When in doubt leave them others out updated But news from the police receiving an instruction from the Attorney General to take No Further Action against Cabinet minister Khairuddin Aman Razal...
Masih Belum Ada Ubat Boleh Rawat Covid 19 Noor Hisham

Masih Belum Ada Ubat Boleh Rawat Covid 19 Noor Hisham

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 318 hits
PUTRAJAYA Satu dunia masih mencari ubat bagi merawat pendemik Covid 19 kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Jelas beliau ubat ubatan yang digunakan setakat ini tidak dapat menyembuhkan pesakit Covid 19 secara berkes...
Berhenti Bertelagah Kita Perlu Bersatu Memerangi Covid 19 Dr Noor Hisham

Berhenti Bertelagah Kita Perlu Bersatu Memerangi Covid 19 Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 227 hits
Rakyat Malaysia perlu bersatu dan bersama dalam memerangi wabak koronavirus bukan bertelagah antara satu sama lain kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Menerusi posting di laman Facebook beliau hari ini Dr Noor Hish...
Pesanan Penting Daripada Tan Sri Dr Noor Hisham Dan Boboiboy

Pesanan Penting Daripada Tan Sri Dr Noor Hisham Dan Boboiboy

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 561 hits
Buat pertama kalinya Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham membuat kemunculan di kaca televisyen sebagai figura animasi 3D bagi menyampaikan satu pesanan yang amat penting untuk seluruh rakyat Malaysia Video pesanan khidm...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

The Evolution Of Adult Entertainment

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms

Kedah Akan Cipta Rekod Dengan Penutupan Mbi Kedah Melalui Saman

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe

Datuk Beraksi Di Pentas Peragaan Pada Usia 88 Tahun

Pemilik R R Didenda Rm30 000 Jual Petrol Bersubsidi Kepada Rakyat Thailand

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16