Dr M Satu Juta Bukan Penduduk Asal Diberi Kewarganegaraan



Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menyorot bahawa satu juta bukan penduduk asal negara ini diberi kewarganegaraan selepas mencapai kemerdekaan.

Kenyataan itu dibuat dalam catatan di blognya, tanpa mengulas lanjut, sebagai menyatakan kekecewaan apabila Kongres Maruah Melayu disifatkan sebagai perkauman.

"Apabila bekas tanah jajahan Eropah memperoleh kemerdekaan, ramai yang mendiskriminasi bukan penduduk asal. Ada yang terpaksa meninggalkan negara ini. Ada yang diserang dengan ganas.

"Perkara itu tidak jadi di negara ini. Bukan penduduk asal diterima sebagai warganegara. Malah, satu juta bukan penduduk asal diberi kewarganegaraan walaupun mereka tidak layak.

"(Justeru) saya rasa kecewa apabila memikirkan bahawa penduduk asal tidak diwajarkan berkumpul di negara mereka sendiri tanpa dituduh sebagai perkauman.

"Dan sudah tentu, saya akan dilabel sebagai perkauman kerana menulis seperti ini," katanya.

Semasa Kongres Maruah Melayu awal bulan ini, Dr Mahathir mendapat kritikan selepas berkata bahawa orang Melayu telah menerima orang luar sebagai warganegara sebagai pertukaran untuk kemerdekaan dari British.

Ketika Tanah Melayu mendapat kemerdekaan pada Ogos 1957, kewarganegaraan Persekutuan Tanah Melayu diberi mengikut dua kategori iaitu kewarganegaraan automatik dan kewarganegaraan melalui naturalisasi.

Kewarganegaraan automatik meliputi penduduk di sembilan negari Kesultanan, warga British yang dilahirkan di Pulau Pinang atau Melaka dan telah tinggal dalam Persekutuan selama 15 tahun terus-menerus, warga British yang dilahirkan di Persekutuan dan bapanya dilahirkan di Persekutuan atau tinggal selama 15 tahun terus-menerus, warga yang dilahirkan di Persekutuan dan bertutur dalam bahasa Melayu serta mengikut adat istiadat Melayu dalam kehidupan sehari-hari dan sesiapa juga yang dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu di mana kedua ibu bapanya dilahirkan serta telah tinggal selama 15 tahun berterusan.

Melalui proses naturalisasi (secara memohon) pula seseorang itu boleh menjadi warganegara sekiranya dilahirkan di Persekutuan dan telah tinggal sekurang-kurangnya selama 8 tahun daripada 12 tahun di Persekutuan Tanah Melayu sebelum permohonan dibuat dan telah tinggal di Persekutuan selama 15 tahun daripada 20 tahun sebelum ia membuat permohonan.

Sementara itu, dalam catatan blognya petang ini, Dr Mahathir berkata beliau menghadiri kongres itu kerana beliau seorang Melayu.

"Adalah perkara biasa dalam negara berbilang kaum ini untuk rakyat mengekalkan pengenalan diri mereka dengan negara asal mereka walaupun selepas berada di Malaysia dan memegang kewarganegaraan mereka selama tiga generasi. Mereka tidak mahu kehilangan identiti kaum mereka.

"Mereka memperlihatkan pautan etnik ini melalui bahasa, budaya, sekolah dan organisasi etnik mereka. Mereka sering mengadakan mesyuarat yang terbatas kepada kumpulan etnik mereka. Kadang-kadang saya akan dijemput untuk merasimikan pertemuan-pertemuan ini dan diminta memberi ucaptama," tambahnya.

Tambah Dr Mahathir, dalam kepelbagaian kaum di Malaysia, etnik diiktiraf sebagai sah dan wajar.

Sedangkan, katanya negara-negara berbilang kaum lain menyaksikan bukan penduduk asal perlu mengenali diri mereka seperti penduduk asal sepenuhnya.

"Mereka mengamalkan bahasa dan budaya penduduk asal dan memutuskan hubungan mereka dengan negara asal mereka. Mereka juga menukar nama mereka.

"Ini adalah ukuran toleransi penduduk asal di Malaysia bahawa perhimpunan yang terhad kepada kumpulan etnik yang berbeza diterima sebagai kebiasaan," katanya.

Justeru, Dr Mahathir berkata beliau terkejut apabila disaran tidak menghadiri kongres Melayu, yang dianjurkan bersama oleh empat universiti awam, untuk membincangkan maruah bangsa.

Dr Mahathir turut mengakui bahawa ada "pandangan ekstrem" dilontarkan pada kongres berkenaan, namun, secara keseruluhan kongres itu "seimbang".

"Jelas mereka prihatin terhadap kemungkinan mereka kehilangan maruah, apa pun maksudnya. Seperti biasa ada pandangan yang ekstrem tetapi pada keseluruhannya, ia seimbang.

"Tidak bolehlah kumpulan etnik lain boleh mengadakan perhimpunan untuk membincangkan urusan mereka, orang Melayu pula tidak dibolehkan, dan dituduh bahawa perhimpunan mereka adalah perkauman.

"Dan kini ada permintaan agar individu Melayu yang memulakan kongres itu dipecat kerana menghadirinya," katanya.

[Baca berita asal]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/10/dr-m-satu-juta-bukan-penduduk-asal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertengahan Oktober Program Satu Juta Rumah Lampaui Target

Pertengahan Oktober Program Satu Juta Rumah Lampaui Target

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 188 hits
Direktorat Jenderal Penyediaan Perumahan Kementerian Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat melaporkan pembangunan rumah yang terdata dalam Program Satu Juta Rumah hingga 14 Oktober 2019 telah mencapai angka 1 002 317 unit
Rm550 Juta Dana Pinjaman Penanaman Semula Pekebun Kecil Sawit

Rm550 Juta Dana Pinjaman Penanaman Semula Pekebun Kecil Sawit

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 198 hits
October 11 2019 7 46 PMKUALA LUMPUR Kerajaan memperuntuk RM550 juta untuk dana pinjaman penanaman semula untuk pekebun kecil tanpa cagaran pada kadar faedah 2 0 peratus setahun untuk tempoh 12 tahun termasuk empat tahun moratorium ke atas p...
Belanjawan 2020 Kerajaan Memperuntukkan Rm50 Juta Untuk Pembangunan Ekosistem 5g

Belanjawan 2020 Kerajaan Memperuntukkan Rm50 Juta Untuk Pembangunan Ekosistem 5g

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 632 hits
Rangkaian 5G dijangka akan digunakan secara meluas dalam beberapa tahun akan datang Selari dengannya hari ini kerajaan mengumumkan peruntukkan sebanyak RM50 juta dalam usaha mengalakkan pembangunan produk dan perkhidmatan berkaitan ekosiste...
Belanjawan 2020 Skmm Memperuntukkan Rm250 Juta Untuk Menaiktaraf Akses Jalur Lebar Di Sabah Dan Sarawak

Belanjawan 2020 Skmm Memperuntukkan Rm250 Juta Untuk Menaiktaraf Akses Jalur Lebar Di Sabah Dan Sarawak

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 604 hits
Sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memastikan bahawa semua rakyat Malaysia mendapat akses kepada sambungan Internet yang berkualiti tinggi Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan bahawa SKMM akan memperuntukkan RM250 juta un...
Pro Kontra Tiket Pulau Komodo Rp 14 Juta Luhut Ingin Seperti Jurassic Park Pelaku Wisata Tak Sepakat

Pro Kontra Tiket Pulau Komodo Rp 14 Juta Luhut Ingin Seperti Jurassic Park Pelaku Wisata Tak Sepakat

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 332 hits
Para pelaku wisata di Labuan Bajo khawatir hal ini bikin turis asing enggan datang ke sana jika tiketnya 14 juta rupiah
Sumbangan Sempena Deepavali Ceriakan Penduduk Estet

Sumbangan Sempena Deepavali Ceriakan Penduduk Estet

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 290 hits
Oleh AminjiKEMAMAN 31 Oktober Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Estet Jabor Perasing telah berjaya menganjurkan program penyampaian sumbangan untuk penganut agama Hindu bersempena dengan perayaan Hari Deepavali Majlis yang berlangsung pada...
Salurkan Bantuan Baiki Kerosakan Rumah Penduduk

Salurkan Bantuan Baiki Kerosakan Rumah Penduduk

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 240 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Studi 63 Persen Penduduk Tak Miliki Tabungan Jika Saat Ini Kehilangan Pekerjaan

Studi 63 Persen Penduduk Tak Miliki Tabungan Jika Saat Ini Kehilangan Pekerjaan

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 127 hits
Studi GoBear Financial Health Index menyebutkan bahwa 43 persen orang Indonesia tidak memiliki tabungan yang cukup selama enam bulan apabila mereka kehilangan pekerjaan Hal itu merupakan akibat dari lemahnya kesadaran soal keuangan di kalan...
Belanjawan 2020 Rm10 Juta Diperuntukkan Kepada Mdec Untuk Melatih Usahawan Mikro Digital Media Sosial

Belanjawan 2020 Rm10 Juta Diperuntukkan Kepada Mdec Untuk Melatih Usahawan Mikro Digital Media Sosial

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 652 hits
Antara pekerjaan yang tidak wujud sedekad yang lalu ialah usahawan digital yang menjana pendapatan sepenuhnya di atas talian Kini ramai menggunakan media sosial sebagai platform perniagaan pilihan kerana ia mudah digunakan lengkap dengan si...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Enam Bulan Tanpa Gaji Hafiz Mahamad Aina Utamakan Pekerja Lebih Dari Diri Sendiri

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk