Dr M Mula Hilang Sokongan Pkr Dap


Durie Rainer Fong
-May 14, 2020 11:36 AM

Presiden Warisan Shafie Apdal mahu menggerakkan usul undi percaya terhadap Dr Mahathir Mohamad di Dewan Rakyat. (Gambar Bernama)
KOTA KINABALU: Soalan timbul mengenai PKR dan DAP yang dilihat tidak menyatakan sokongan terhadap usul Dr Mahathir Mohamad untuk menggulingkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin melalui undi tidak percaya.

Dua penganalisis politik berkata mereka bingung dengan tindakan PKR dan DAP yang berdiam diri terhadap cadangan Mahathir serta usul Presiden Warisan Shafie Apdal yang gagal mengemukakan resolusi undi percaya terhadap bekas perdana menteri itu, yang juga pengerusi PPBM dan puak dalam parti tersebut masih bekerjasama dengan gabungan Pakatan Harapan.

Arnold Puyok dari Universiti Malaysia Sarawak berkata ramai orang tertanya-tanya mengapa Shafie, yang partinya bukan dalam gabungan PH tetapi mesra dengan gabungan itu, bertindak mengemukakan usul yang memihak kepada Mahathir ketika ia seharusnya dilakukan oleh seseorang dari PKR atau DAP.

“Saya juga bingung,” kata Puyok kepada FMT. “Tetapi saya fikir DAP mahu mengelak daripada dilihat sebagai parti bukan Melayu yang menentang orang Melayu.”

Muhyiddin mengetuai gabungan yang terdiri daripada Umno, PAS, GPS dan puaknya di dalam PBBM.

Sementara bagi PKR, Puyok berkata, beliau dapat memahami parti itu mengambil pendekatan berhati-hati dalam hal yang berkaitan Mahathir.

Menyentuh mengenai Presiden PKR Anwar Ibrahim yang bercita-cita untuk menjadi perdana menteri, beliau membuat spekulasi parti itu tetap membiarkan pilihannya terbuka.

Beliau tertanya-tanya adakah Shafie dan Mahathir memainkan peranan yang diselaraskan dan PKR serta DAP merancang sesuatu yang besar.

Tony Paridi Bagang berkata beliau berminat untuk menafsirkan tindakan PKR dan DAP yang berdiam diri terhadap gerakan menentang Muhyiddin sebagai kurangnya keyakinan mereka terhadap tindakan Mahathir.

“Tetapi ini hanya akan diketahui pada 18 Mei,” kata ahli akademik UiTM Sabah itu, merujuk kepada tarikh persidangan Dewan Rakyat yang akan datang.

Beliau berkata seseorang juga dapat melihat situasi itu sebagai persaingan segi tiga antara Muhyiddin, Mahathir dan Anwar.

Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof minggu lalu menerima usul Mahathir mengenai undi tidak percaya terhadap Muhyiddin.

Bagaimanapun, beliau menolak surat Shafie yang meminta usul undi percaya terhadap Mahathir, dengan berkata ia bertentangan dengan peruntukan perlembagaan mengenai kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam melantik perdana menteri.

Bagang berkata, parti Shafie ketika ini mungkin menjadi mangsa keadaan dalam persaingan antara Mahathir dan Muhyiddin.

Bagang berkata surat tersebut mula menghantui presiden Warisan itu walaupun Shafie berkata dalam usul berkenaan beliau tidak mempersoalkan kuasa Agong.

Antara mereka yang menyerang Shafie adalah bekas menteri persekutuan Abdul Rahman Dahlan dari Umno. Beliau mencabar Shafie meletakkan jawatan sebagai ketua menteri Sabah.

Bagang berkata beliau percaya usul Shafie adalah sebahagian daripada usaha menyerang Muhyiddin dari beberapa arah.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/05/dr-m-mula-hilang-sokongan-pkr-dap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemuka Dokumen Sokongan Hilang Pekerjaan Dalam Rayuan Bpn

Kemuka Dokumen Sokongan Hilang Pekerjaan Dalam Rayuan Bpn

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 319 hits
Pemohon boleh membuat rayuan bagi pertimbangan semula Bantuan Prihatin Nasional dengan mengemukakan dokumen sokongan yang membuktikan kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri S...
Ph Hilang Sokongan Majoriti Jika Usul Undi Tak Percaya Gagal

Ph Hilang Sokongan Majoriti Jika Usul Undi Tak Percaya Gagal

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 481 hits
Dunia berperang COVID 19 ahli politik Malaysia pula sibuk catur kuasa BANGI Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal menghadapi ujian untuk mendapat keyakinan Ahli Parlimen negara ini sekiranya usul undi tidak percaya dikemukakan Tun ...
Penyertaan Mantan S U Pkr Dan Pan Disambut Baik

Penyertaan Mantan S U Pkr Dan Pan Disambut Baik

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 319 hits
HARAKAHDAILYKLUANG PAS Kawasan Kluang menerima permohonan daripada dua orang mantan Setiausaha daripada PAN dan PKR pada 26 Mac serta 2 Mei Abdul Halim Sailan mantan Setiausaha PAN Kawasan Kluang manakala pada 2 Mei 2020 pula Fauzi Toed man...
Go Join Pn Pkr Man Tells Harapan Leaders Dreaming Of Gov T With Bersatu

Go Join Pn Pkr Man Tells Harapan Leaders Dreaming Of Gov T With Bersatu

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 290 hits
Pakatan Harapan leaders who continue to dream of regaining power by joining forces with Bersatu should join Perikatan Nasional said PKR Youth secretary Ahmad Syukri Che Ab Razab He said this in response to Amanah deputy president Salahuddin...
Pkr Menteri Kewangan Wakili Rakyat Atau Bank

Pkr Menteri Kewangan Wakili Rakyat Atau Bank

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 351 hits
MALAYSIAKINI Pemimpin PKR hari ini menyasarkan menteri kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berhubung perubahan prosedur moratorium pinjaman sewa beli dan pembiayaan islamik berkadar tetap yang diumumkan Bank Negara semalam Dalam satu kenyataa...
Tindakan Pkr Senarai Hitam Ngo Tak Demokratik Jumud

Tindakan Pkr Senarai Hitam Ngo Tak Demokratik Jumud

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 287 hits
KUANTAN Tindakan Parti Keadilan Rakyat menyenarai hitam dan mengarahkan ahli mereka agar tidak terlibat dengan NGO jelas melanggar prinsip demokrasi di negara ini Demikian ditegaskan oleh Zakaria Abdul Hamid pada satu kenyataan medianya Men...
To Accept Or Not To Accept Bersatu Amanah Pkr In Honour Debate

To Accept Or Not To Accept Bersatu Amanah Pkr In Honour Debate

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 334 hits
PKR Youth secretary Ahmad Syukri Che Ab Razab s said the call to readmit Bersatu into Pakatan Harapan is dishonourable after Amanah deputy president Salahuddin Ayub who is also the party s Johor chief made the proposal which has sparked a t...
Pkr Youth Condemns Salahuddin S Insensitive Intolerable Idiocy

Pkr Youth Condemns Salahuddin S Insensitive Intolerable Idiocy

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 306 hits
KTemoc Konsiders Earlier I had posted in which I mentioned Amanah s Salahuddin Ayub coo ing seductively a la Doraemon to Mahathir s Parti PRIBUMI in Johor to return to Harapan While I could understand why a small party like Amanah as repres...
Pm Hargai Sumbangan Pengorbanan Penjawat Awam

Kes Penyakit Kulit Meningkat Di Gaza Akibat Gelombang Haba

Pegawai Awam Lanjut Pengajian Akan Dapat Insentif Hpa Anwar

Servis Cetak Table Name Tag Untuk Semua Jenis Majlis Keraian

Pernah Tak Travel Dengan Beg Plastik Kotak2

Kerusakan Moral Di Era Modern Sebab Sebab Dan Bahayanya

Eaaci Melancarkan Kempen Kesedaran Alergi Antibiotik Global

Badan Greges Tapi Tidak Demam Ini Penyebabnya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Why We Ve Been Told Time And Again Not To Speculate When Police Investigation Is Ongoing Yb Rafizi

Persib Bandung Lega Satu Grup Dengan Klub Asean Di Acl 2 2025 2026

Lautan Manusia Di Kompleks Sukan Keningau Malam 11 08 2025 Justice For Zara

Feruni Farah Mohan Loka Made Cipta Kelainan Jubin Melalui The Transformative Power Of Art

The Conjuring Last Rites Penghujung Satu Legasi Seram

Sal Priadi Malang Suantai Sayang Chord