Dr M Digesa Tetapkan Tarikh Bersatu Beri Amaran Keluar Ph


Kow Gah Chie & Zikri KamarulzamanDiterbitkan Hari ini 11:02 tengahari

BERITA

Meskipun ketika sidang medianya semalam Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dilihat tersenyum mengumumkan bahawa Majlis Presiden PH sebulat suara bersetuju membenarkan beliau membuat keputusan bagi peralihan jawatan perdana menteri, tetapi difahamkan mesyuarat itu tegang.

Tiga sumber dari kedua belah pihak mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa PH terutama daripada Amanah dan DAP menggesa Dr Mahathir menetapkan tarikh bagi menyerahkan kuasa kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, pemimpin Bersatu dalam mesyuarat tersebut dikatakan telah memberi amaran bahawa Bersatu akan mempertimbangkan keluar PH sekiranya mereka terus menekan Dr Mahathir.

Berikutan kemenangan sejak pilihan raya umum lepas, PH dan sekutunya Warisan mempunyai 138 kerusi di Dewan Rakyat.

Jika Bersatu keluar, PH akan kehilangan 26 kerusi, meninggalkan kerajaan dengan hanya 112 kerusi.

Sekiranya sebahagian ahli parlimen PKR yang menyokong Dr Mahathir turut keluar PH, kerajaan akan jatuh.

Bagaimanapun, dua sumber yang rapat dengan pemimpin dalam mesyuarat itu berkata, Presiden Amanah Mohamad Sabu, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, tidak gentar dengan amaran dari pemimpin Bersatu yang berkata mereka akan keluar PH.

“Mat Sabu dengan tegas jawab, kami tak ada masalah, puluh tahun dah kami jadi pembangkang dan disambut dan disokong padu wakil DAP,” kata sumber itu.

Pada mesyuarat semalam juga, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, yang kini dilhat tidak sehaluan dengan Anwar, dikatakan memberikan sokongan agar Dr Mahathir dikekalkan sehingga habis penggal.

“Dia (Azmin) pun keluarkan cadangan untuk Tun (Dr Mahathir) kekal sepenggal,” kata salah satu sumber.

Menurut sumber ketiga yang berada dalam mesyuarat berkenaan, ketika para pemimpin berbalas hujah, Dr Mahathir tenang dan memberi sepenuh perhatian sepanjang mesyuarat itu.

“Dia tenang, dengar semua hujah…..dan berikan satu penyelesaian,” kata sumber.

Sumber itu turut menambah, Anwar kemudian cuba meredakan keadaan dengan meminta agar Dr Mahathir dibenarkan menentukan tarikh peralihan kuasa tersebut selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) yang akan berakhir pada bulan November.

Pada sidang media selepas mesyuarat tersebut, Anwar – yang dilihat duduk sebelah Dr Mahathir - mengulangi pendiriannya.

“Saya cadang Tun (Dr Mahathir) diberi peluang mentadbir negara dan tetapkan bila masa yang sesuai.

“Sementara itu saya kena bersabar,” katanya.

Selepas mesyuarat tersebut, Azmin sambil tersenyum berkata: “(Saya) senyum kerana perdana menteri tegas dalam menjamin kestabilan ekonomi dan politik."

Sementara itu, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang enggan memberikan ulasan apabila diminta pemberita.

Meskipun Anwar telah mengumumkan kedudukannya, namun ia tidak memberi jaminan bahawa penyokong Anwar akan berhenti menggesa Dr Mahathir melepaskan jawatan perdana menteri itu, genap dua tahun tempoh pemerintahannya.

Dr Mahathir sebelum ini pernah berkata beliau memerluka dua hingga tiga tahun sebagai perdana menteri. Dr Mahathir juga sebelum ini berulang kali menegaskan akan menyerahkan kuasa selepas Apec, tempoh selepas Apec yang dimaksudkannya.

Pada pilihan raya umum lalu, PH bersetuju melantik Dr Mahathir sebagai pemimpin dengan syarat beliau kemudian akan menyerahkan kuasa kepada Anwar yang ketika itu masih berada di dalam penjara


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/02/dr-m-digesa-tetapkan-tarikh-bersatu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersatu Putuskan Mereka Keluar Gabungan Pakatan Harapan

Bersatu Putuskan Mereka Keluar Gabungan Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 313 hits
Lagi berita yang mengejutkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia telah mengumumkan yang mereka keluar daripada Pakatan Harapan dan perkara ini diumumkan oleh Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataannya kepada media sebentar tadi...
Majlis Presiden Harus Tetapkan Tarikh Peralihan Kuasa Menjelang Mesyuarat 21 Fenruari Nanti

Majlis Presiden Harus Tetapkan Tarikh Peralihan Kuasa Menjelang Mesyuarat 21 Fenruari Nanti

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 282 hits
Hanya semalam ketika Tun Mahathir Mohamad memberi pengakuan kepada Anwar Ibrahim bahawa beliau sentiasa komited terhadap janji peralihan kuasa yang telah dipersetujuinya serta tidak terlibat sama sekali dengan sebarang komplot mengumpul tan...
Azmin Zuraida Dan Geng Keluar Pkr Dikatakan Akan Sertai Bersatu

Azmin Zuraida Dan Geng Keluar Pkr Dikatakan Akan Sertai Bersatu

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 384 hits
KUALA LUMPUR Bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas Naib Presidennya Zuraida Kamaruddin menyatakan hasrat menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia Selain itu sembilan lagi Ahli Parlimen PKR dari kumpulan Mohamed ...
Mahathir Dilantik Semula Mahathir Letak Jawatan Geng Azmin Bersatu Keluar Ph

Mahathir Dilantik Semula Mahathir Letak Jawatan Geng Azmin Bersatu Keluar Ph

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 455 hits
Apabila PM Dr Mahathir letak jawatan maka seluruh kabinet juga hilang jawatan Kini hak YDP Agong memlih Perdana Menteri baharu berdasarkan sokongan majoriti Ahli Parlimen Jika Dr Mahathir ada sokongan majoriti beliau boleh dilantik semula s...
Bersatu Keluar Ph

Bersatu Keluar Ph

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 425 hits
BANGI 30 Jamadilakhir 1441H Isnin Parti Pribumi Bersatu Malaysia hari ini mengumumkan keluar daripada Pakatan Harapan Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan keputusan itu dibuat Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU dalam mesyua
Sah Mahathir Letak Jawatan Sebagai Perdana Menteri Bersatu Juga Keluar Dari Pakatan Harapan

Sah Mahathir Letak Jawatan Sebagai Perdana Menteri Bersatu Juga Keluar Dari Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 474 hits
Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad disahkan telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan surat peletakan jawatan itu telah dihantar ke Istana Negara pada jam 1 tengah hari tadi Tun Dr Mahathir bin Mohamad telah menghantar s...
Bersatu Keluar Pakatan Harapan

Bersatu Keluar Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 294 hits
Suraya Roslansurayaroslan hmetro com myMUHYIDDIN Yassin FOTO arkib NSTPPARTI Pribumi Bersatu Malaysia membuat keputusan keluar daripada Pakatan Harapan hari ini Presidennya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata keputusan itu dibuat dalam Ma...
Mesyuarat Majlis Presiden 21hb Ini Mesti Mesti Dan Mesti Tetapkan Tarikh Serah Kuasa

Mesyuarat Majlis Presiden 21hb Ini Mesti Mesti Dan Mesti Tetapkan Tarikh Serah Kuasa

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 296 hits
Gambar hiasanHanya semalam ketika Tun Mahathir Mohamad memberi pengakuan kepada Anwar Ibrahim bahawa beliau sentiasa komited terhadap janji peralihan kuasa yang telah dipersetujuinya serta tidak terlibat sama sekali dengan sebarang komplot ...
Muhyiddin Umum Bersatu Keluar Ph

Muhyiddin Umum Bersatu Keluar Ph

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 249 hits
Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia mengumumkan keluar daripada Pakatan Harapan Menurut Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin keputusan itu dicapai dalam mesyuarat khas yang diadakan pada Ahad Loading Semua Ahl...
Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Perkasakan Ekonomi Melayu Harus Jdi Keutgamaan Bermula Dengan Langkah Apertama

Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand

Dua Anak Jiran Dibunuh Kerana Memancing Kolam Keluarga

Segera Tangani Isu Air Selangor

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

No Room For Narrow Minded Prejudice In Schools Says Anwar

Doa Robithoh Arab Latin Dan Artinya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aktiviti Rumah Terbuka Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia Ppim 25 04 2025

Big Stage Alpha 2025

Sammy Simorangkir Luka Yang Luas Chord

Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Scrut Nurul Izzah Aliff Aku Suruh Mereka Keluarkan Sahaja Waran Tangkap

Insta360 X5 Di Malaysia Teknologi Dan Revolusi Kamera 360 8k