Dr M Akan Berundur Lebih Awal


 

Syahmi Minhad /FMT
Semua sudah sedia maklum, Tun Dr Mahathir Mohamad memimpin semula negara bermula 10 Mei 2018, iaitu sehari selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Semenjak itu, kehidupan beliau dipenuhi dengan kesibukan memikir, mengurus dan mentadbir negara dibantu oleh pasukan pentadbiran yang terdiri daripada menteri, timbalan menteri dan ketua jabatan. Mereka ini semua tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mentadbir Malaysia supaya ekonomi terus diunjur stabil, kehidupan sosial masyarakat terjamin dan memacu kehidupan masyarakat Malaysia ke arah yang lebih baik.
Semua juga sudah ambil maklum mengenai perjanjian antara Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam perjanjian itu, Dr Mahathir akan melepaskan jawatan perdana menteri dan memberi laluan kepada Anwar. Walaupun tidak ada tempoh rasmi, namun dikatakan Dr Mahathir hanya memegang jawatan perdana menteri selama 2 tahun sahaja. Maksudnya, jika Dr Mahathir diberi kesihatan yang berpanjangan dan sihat tubuh badannya sehingga 10 Mei 2020, dan ketika itu beliau masih kekal sebagai perdana menteri, beliau harus melepaskan jawatannya.
Namun, situasi politik tanah air pada hari ini nampaknya tidak sama seperti era pentadbiran Dr Mahathir ketika 1981-2003. Ketika itu, Dr Mahathir menjadi perdana menteri atas tiket Barisan Nasional (BN) yang didominasi oleh Umno. Beliau boleh melakukan apa sahaja kerana BN ketika di bawah pimpinannya menguasai 2/3 majoriti di Parlimen. Pasukan pembangkang ketika itu juga tidak kuat, ditambah pula jaringan internet pada ketika itu tidak begitu meluas.
Kini, Dr Mahathir menjadi perdana menteri atas tiket Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada partinya sendiri, iaitu PPBM. Selain itu, PH juga dianggotai oleh PKR, DAP dan Amanah. Walaupun Dr Mahathir mengetuai pasukan PH, namun PPBM mempunyai sedikit sahaja kerusi di Parlimen. Malah ahli Parlimen PKR dan DAP jauh lebih banyak daripada PPBM. Oleh itu, sesuatu keputusan yang ingin dibuat harus mendapat kesepakatan semua ahli pimpinan tertinggi PH.
Dr Mahathir adalah ahli politik yang bijak, licik dan tidak mudah menjangka apa yang akan beliau lakukan. Walaupun sukar membaca pergerakan politiknya, namun penulis mengetengahkan beberapa situasi yang memungkinkan Dr Mahathir melepaskan jawatannya lebih awal.
Berjaya tumbangkan Najib
Dr Mahathir suatu ketika dahulu sedaya upaya menurunkan Datuk Seri Najib Razak namun tetap gagal. Najib masih kekal sebagai perdana menteri, presiden Umno dan pengerusi BN (sebelum PRU14). Oleh sebab itu, Dr Mahathir menubuhkan PPBM dan menyertai blok PH.
Pertembungan BN-PH pada PRU14 menyaksikan BN tewas dan PH buat pertama kalinya mendapat peluang mentadbir negara. Najib berjaya diturunkan, Dr Mahathir pula diangkat sekali lagi sebagai perdana menteri. Nampaknya, hasrat Dr Mahathir tercapai dan ini memungkin beliau mengatur perancangan untuk berundur secara perlahan-lahan.
Dr M ‘dikunci’
Mendalami dan menghayati beberapa buah buku yang pernah dihasilkan Dr Mahathir, terutama “A Doctor In The House”, Dr Mahathir adalah ahli politik yang tidak gemar dikongkong, berani berdepan dengan sesiapa sahaja sama ada kawan mahupun lawan. Beliau juga begitu terkenal dengan “kuasa”. Kuasa melantik dan menggugurkan seseorang, bahkan berkuasa memasukkan dan mengeluarkan seseorang daripada penjara. Ini adalah Dr Mahathir era pentadbiran 1981-2003.
Namun, era pentabiran 2018 hingga kini menunjukkan Dr Mahathir seperti “dikunci”, tidak bebas lagi bebas membuat keputusan, bahkan perlu mendapat persetujuan semua pihak berkepentingan. Ini sesuatu yang tidak digemari beliau dan ini bukanlah dirinya yang sebenar.
Umno masih wujud
Walaupun Umno gagal mempertahankan kuasa pada PRU14, bahkan terdapat beberapa pemimpinnya menyeberang dan melompat parti, Umno masih lagi “bernyawa” dan tidak terkubur. Memetik kenyataan beberapa pemimpin tertinggi parti, Umno kini ibarat parti yang “diikat kaki dan tangan”, aset dibekukan dan beberapa ahli mula meninggalkan parti.
Menguburkan Umno tidak semudah yang dijangka kerana parti ini mempunyai berjuta-juta ahli di seluruh negara. Selagi Umno wujud, selagi itulah PPBM tidak mendapat sokongan yang kuat daripada orang Melayu.
Perancangan tidak menjadi
Perancangan yang diatur Dr Mahathir pada awal kejayaannya mengambil alih semula pentadbiran negara nampaknya banyak yang tidak menjadi. Perancangan mewujudkan kereta nasional ke-3 masih dalam peringkat kajian, ekonomi masih lagi lemah, masalah pengangguran masih pada tahap tinggi, harga barang masih mahal, malah banyak projek mega ditangguh dan dibatalkan.
Jika situasi ini berterusan, amat merbahaya kepada Dr Mahathir kerana mewujudkan risiko beliau melepaskan jawatan dalam keadaan “kegawatan”. Tun Mahathir tidak mahu dikenang sebagai pemimpin yang gagal, oleh itu beliau perlu berusaha lebih gigih untuk memulihkan negara atau berundur lebih awal. Pengunduran lebih awal daripada yang dijangka setidak-tidaknya menyelamatkan maruah politik beliau daripada terpalit dengan pelbagai masalah negara.
Pasukan Kabinet lemah
Pasukan Kabinet PH masih lagi lemah. Ini kerana daripada keseluruhan jumlah menteri yang ada, tidak sampai separuh daripadanya betul-betul berkesan dalam melakukan gerak kerja. Ini amat merisaukan Dr Mahathir kerana pasukan Kabinet yang lemah akan memeperlahankan gerak kerja yang diatur oleh beliau. Akhirnya, segala perancangan akan lambat, atau lebih parah lagi akan menjadi gagal untuk dilaksanakan.
Jika melihat kepada situasi politik terkini tanah air, ada beberapa kemungkinan untuk Dr Mahathir berundur dalam jangka masa tertentu. Pertamanya, jika PH berjaya memenangi PRK DUN Semenyih, itulah waktu yang paling sesuai untuk Dr Mahathir melepaskan jawatan.
Suara-suara desakan supaya Dr Mahathir mengotakan janjinya untuk menaikkan Anwar sebagai perdana menteri juga semakin jelas kedengaran. Oleh itu, amat mustahil untuk Dr Mahathir memegang tampuk pemerintahan dalam jangka masa yang lebih lama.
Kedua, jika PH tewas dalam PRK Semenyih, Dr Mahathir memerlukan tempoh sekurang-kurangnya 3 bulan, 6 bulan atau lebih lama lagi untuk melepaskan jawatannya. Kerana, jika beliau melepaskan jawatan dalam tempoh masa terdekat selepas PH tewas di DUN Semenyih, beliau hanya akan dilabel sebagai “failure”.
Ketiga, waktu yang sesuai untuk beliau mengumumkan pengundurannya adalah dalam Perhimpunan Agung Tahunan PPBM, sama seperti apa yang beliau lakukan ketika di dalam Umno suatu ketika dahulu.
Pemikiran dan percaturan politik Dr Mahathir adalah sesuatu yang sukar dijangka. Oleh itu, penulis hanya mampu membuat analisis berdasarkan kepada situasi politik terkini tanah air.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/02/17/dr-m-akan-berundur-lebih-awal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adibah Noor Dedah Juara Ajl Sudah Diadili Lebih Awal

Adibah Noor Dedah Juara Ajl Sudah Diadili Lebih Awal

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 318 hits
Anugerah Juara Lagu 33 sudah pun melabuhkan tirainya malam semalam dan tahniah diucapkan kepada pemenang Bagaimanapun di media sosial AJL33 masih lagi The post appeared first on
Sejak Awal Melatih Bayi Berenang Mampu Meningkatkan Kemampuan Belajar Dan Lebih Yakin

Sejak Awal Melatih Bayi Berenang Mampu Meningkatkan Kemampuan Belajar Dan Lebih Yakin

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 444 hits
Bayi berenang Kini bukan lagi sesuatu yang pelik Sudah ramai ibu bapa yang menyedari kepentingan serta kebaikan berenang buat bayi mereka Mengajak bayi berenang boleh membahayakan jika tidak dilakukan dengan tepat Pastikan bayi anda dalam k...
Tun Mahathir Sudah Tepu Undur Awal Bawa Lebih Kebaikan Kepada Negara

Tun Mahathir Sudah Tepu Undur Awal Bawa Lebih Kebaikan Kepada Negara

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 398 hits
Dalam satu temubual dengan Bloomberg beberapa hari lalu Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan beliau akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri sebelum tempoh dua tahun sebagaimana yang telah ditetapkan Bagaimanapun kata Presiden PKR itu seh...
Pemenang Sebenarnya Sudah Ditentukan Lebih Awal Adibah Noor Bongkar Cara Juri Nilai Pemenang Ajl

Pemenang Sebenarnya Sudah Ditentukan Lebih Awal Adibah Noor Bongkar Cara Juri Nilai Pemenang Ajl

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 466 hits
Anugerah Juara Lagu 33 sudah pun melabuhkan tirainya malam semalam dan tahniah diucapkan kepada pemenang Bagaimanapun di media sosial AJL33 masih lagi menjadi bualan hangat netizen Turut menjadi perhatian status oleh penyanyi terkenal Adiba...
Juri Adili Lagu Lebih Awal Netizen Suruh Anjur Ajl Belakang Tabir

Juri Adili Lagu Lebih Awal Netizen Suruh Anjur Ajl Belakang Tabir

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 435 hits
Ramai netizen tidak berpuas hati apabila lagu Bunga nyanyian Ara Johari diangkat sebagai kedua terbaik dalam Anugerah Juara Lagu 33 Menyedari senario semasa penyanyi Adibah Noor yang pernah dinobatkan sebagai Juara Lagu dengan nyanyian lagu...
9 Inspirasi Padu Padan Dress Dan Kaus Ala Cewek Korea Manis Dan Pasti Terlihat Lebih Muda

9 Inspirasi Padu Padan Dress Dan Kaus Ala Cewek Korea Manis Dan Pasti Terlihat Lebih Muda

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 339 hits
Nyaman dan super adem nggak ada alasan kamu untuk nggak coba style ala Korea yang super manis ini Buat bumils juga bisa lo
Survei Populi Milenial Pilih Jokowi Ma Ruf Lebih Tinggi Dari Prabowo Sandi

Survei Populi Milenial Pilih Jokowi Ma Ruf Lebih Tinggi Dari Prabowo Sandi

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 243 hits
Populi Center merilis hasil survei yang dilakukan pasca debat capres perdana Dalam survei tersebut pasangan Joko Widodo Ma ruf Amin relatif lebih unggul ketimbang Prabowo Subianto Sandiaga Uno dari berbagai aspek
Andoid Tv Menerima Kemaskini Antaramuka Yang Sedikit Lebih Kemas

Andoid Tv Menerima Kemaskini Antaramuka Yang Sedikit Lebih Kemas

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 242 hits
Android TV adalah sistem operasi Android untuk televisyen pintar atau kotak set Google mula fokus dengan pembangunan Android TV ini sejak Google I O 2018 dengan menjanjikan pelbagai perkaru baru akan diperkenalkan Walaupun agak perlahan jik...
D I Y Dapur Mainan Tak Lebih Rm100 Kalau Beli Di Kedai Rm300 Ibu Ini Kongsi Cara Buat Dapur Mainan Mudah Untuk Anak

D I Y Dapur Mainan Tak Lebih Rm100 Kalau Beli Di Kedai Rm300 Ibu Ini Kongsi Cara Buat Dapur Mainan Mudah Untuk Anak

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 1153 hits
Mama nak dapur mainannnnn alahaiii berat je rasa bila anak mula meminta barang mainan yang harganya beratus ratus Bukan tak mampu nak belikan tapi rasa tak berbaloi pulak kan Mama papa jangan pening pening fikirkan kehendak anak Mama papa b...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp