Dr Dzulkefly Calon Sesuai Terajui Jawatankuasa Bebas Covid 19


 


January 14, 2021 Pengerusi Kanun AMANAH, Dr Zulqarnain Lukman berpendapat bahawa Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad adalah individu selayaknya untuk mengetuai Jawatankuasa Bebas yang akan ditubuhkan kerajaan susulan pengisytiharan darurat sebentar tadi.
Beliau berkata, bekas Menteri Kesihatan itu mempunyai pengalaman yang lebih luas dan jaringan dengan ramai pakar kesihatan awam untuk mengemudi jawatankuasa yang akan dianggotai ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta sejumlah pakar kesihatan itu.
“Saya nampak yang selayaknya adalah mantan Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad. Ilmu beliau juga berkaitan Covid-19 ini nampaknya sangat mantap.
“Tetapi Jawatankuasa Bebas itu nanti perlu diberikan kuasa sama seperti Kabinet supaya Jawatankuasa tersebut tidak terhalang daripada membuat apa-apa undang-undang dan supaya hanya ada satu command center,” katanya dalam satu hantaran Facebook hari ini.
Bagaimanapun menurutnya, adalah lebih baik jika Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi amanah kepada mereka yang boleh dipercayai untuk mempengerusikan Jawatankuasa tersebut.
Untuk rekod, Dr Dzulkefly, 65, yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor merupakan Pengarah Strategik Parti Amanah Negara (AMANAH).
Beliau merupakan bekas pensyarah di Fakulti Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang dan HUSM, Kelantan.
Dalam kemaskini terakhir di Twitter sebagai Menteri Kesihatan pada 24 Februari lalu, orang ramai menyatakan rasa sedih dan mengucapkan terima kasih kepada beliau yang telah menyumbang bakti selama 22 bulan sebagai Menteri Kesihatan.
Pada masa sama, Dr Zulqarnain berkata Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan terlihat seolah-olah mengakui kegagalan Kabinetnya jika Jawatankuasa Bebas itu hanya menumpukan kepada isu Covid-19 sahaja.
Namun katanya, jika Jawatankuasa berkenaan mempunyai kuasa melampaui isu Covid-19 termasuk mengambil alih pentadbiran negara, maka ia dilihat sebagai langkah kestabilan politik sendiri.
Beliau turut menjangkakan perintah darurat yang diumumkan hanya sebagai langkah agar Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal berkuasa sebagai Perdana Menteri.
“Ini juga mungkin yang tersirat kerana Yang di-Pertuan Agong turut memanggil Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia untuk menghadapnya.
“Mungkin juga kerana ada desakan Umno untuk membubarkan Parlimen menyebabkan YDPA bersetuju dengan cadangan darurat ini.
“Mungkin juga ini langkah Muhyiddin untuk kekal sebagai Perdana Menteri,” katanya.
Sebentar tadi, kerajaan mengumumkan untuk menguatkuasakan perintah darurat sehingga 1 Ogos 2021, sekaligus menyaksikan tiada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan.
Sementara itu Zulqarnain berpendapat, sewajarnya Kabinet terus digantung sama seperti penggantungan Parlimen daripada bersidang sehingga lekuk Covid-19 dapat dilandaikan.
Tegasnya, jika Muhyiddin dan Kabinet yang ada ketika ini masih kekal, ia dikhuatiri akan menyebabkan kegagalan kestabilan politik lebih-lebih lagi apabila adanya desakan daripada Umno untuk menarik diri daripada kerajaan.
“Jika kestabilan politik tidak wujud maka kestabilan ekonomi dan kestabilan Covid-19 juga tidak akan wujud,” tambahnya lagi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2021/01/dr-dzulkefly-calon-sesuai-terajui.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Diminta Serah Nama Calon Jawatankuasa Bebas Darurat

Anwar Diminta Serah Nama Calon Jawatankuasa Bebas Darurat

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 252 hits
Menteri Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan telah menghantar surat kepada ketua pembangkang Anwar Ibrahim meminta supaya menyerahkan tiga calon daripada pihak pembangkang untuk menubuhkan jawatankuasa bebas yang akan mengesyorkan kepa...
Tiga Wakil Pembangkang Bakal Sertai Jawatankuasa Bebas Nasihati Agong

Tiga Wakil Pembangkang Bakal Sertai Jawatankuasa Bebas Nasihati Agong

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 232 hits
14 01 2021POST BY AMIR WRLRTiga wakil dari pembangkang akan menyertai sebuah jawatankuasa bebas bagi menasihati Yang di Pertuan Agong berkenaan tempoh pelaksanaan darurat Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail...
Pembangkang Setuju Sertai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat Kata Anwar

Pembangkang Setuju Sertai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat Kata Anwar

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 284 hits
Adam Abu BakarPETALING JAYA Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim memaklumkan pembangkang bersetuju menghantar nama tiga wakil bagi menyertai Jawatankuasa Khas Bebas bagi mengendalikan pelaksanaan darurat Anwar berkata keputusan itu diamb...
Mawar Karim Amp Anak Keluar Hospital Disahkan Bebas Jangkitan Covid 19

Mawar Karim Amp Anak Keluar Hospital Disahkan Bebas Jangkitan Covid 19

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 255 hits
Awal bulan ini usahawan Mawar Karim bersama anak perempuannya Wan Maryam disahkan positif Covid 19 dan telah dikuarantin serta dimasukkan ke sebuah hospital Kini bekas isteri aktor Fizo Omar itu bersama anaknya telah discaj dari hospital ap...
Ph Terima Jemputan Sertai Jawatankuasa Khas Bebas Kendali Perjalanan Darurat

Ph Terima Jemputan Sertai Jawatankuasa Khas Bebas Kendali Perjalanan Darurat

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 258 hits
bharian comOleh Januari 14 2021 11 49amSaifuddin Nasution Ismail Foto NSTPKUALA LUMPUR Pakatan Harapan sudah menerima surat jemputan menyertai Jawatankuasa Khas Bebas yang bakal ditubuhkan bagi mengendali perjalanan darurat Perkara itu disa...
Polisi Akan Periksa Penumpang Gunakan Surat Keterangan Bebas Covid Palsu

Polisi Akan Periksa Penumpang Gunakan Surat Keterangan Bebas Covid Palsu

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 257 hits
Alexander mengatakan bila pemanggilan tersebut digunakan untuk kebutuhan kelengkapan berkas Nantinya menentukan posisi para penumpang yang memakai surat Covid 19 palsu ketika gelar perkara
Agong Perkenan Bentuk Jawatankuasa Bebas Kerajaan Pembangkang

Agong Perkenan Bentuk Jawatankuasa Bebas Kerajaan Pembangkang

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 345 hits
MALAYSIAKINI Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah berkenan terhadap pembentukan jawatankuasa bebas melibatkan anggota parlimen kerajaan dan pembangkang semasa tempoh darurat Datuk Pengelola Bijaya Diraja I...
Weekend Jobs Singapore Flexible Work For Your Free Days

Pertandingan Video Ulasan Buku Bahasa Melayu 2025

Hifu Treatment A Non Surgical Solution For Skin Lifting And Tightening

Urban Renewal Not A Dirty Term

Makan Tengah Hari Nasi Minyak Ayam Masak Merah Dan Acar Timun

Tarikh 16 Mei Yang Diingati

Time To Rethink Wildlife Crossings On Our Highways

Masuk Ke Muzium Tak Perlu Bayar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Dapatkan Bank Statement Cimb Bank Melalui Cimbclicks

Najib Razak Pemerkasaan Industri Rel

Seruan Kepada Penyokong Hiruk Dan Damai

Wanita Warga Emas Maut Kereta Terbabas Tepi Longkang

Kerajaan Pahang Akan Perluaskan Lagi Penganjuran Program Mara Lasak Ke Seluruh Daerah Di Negeri Ini

Pemilihan Bukan Hanya Untuk Pru 16 Tetapi Parti Perlu Cari Jalan Agar Pkr Terus Hidup Dan Menjadi Lebih Kukuh