Dr Agus Yusoff Sokong Anwar Pm 10




Dr Agus Yusoff sokong Anwar PM 10Posted By: Redzuan RF8 Mediaon: July 12, 2022 ShareKetokohan, karisma dan keperibadian seseorang pemimpin amat penting dalam membangun negara atau memperbaiki kerosakan politik dan ekonomi.
Bagi mantan profesor Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Mohammad Agus Yusoff beliau memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sebagai tokoh paling layak menjawat Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.
Hal itu kerana pada berpendapat beliau, Anwar memilikki ‘ketokohan yang sempurna’ untuk menarik keluar Malaysia daripada kemelut politik, ekonomi serta semakin merudumnya minat pelabur asing menanam modal di negara ini.
Biar pun dalam catatan persaraan sempena hari persaraannya daripada dunia akademik hari ini turut menyebut calon yang diminatinya daripada Umno, Datuk Seri Khairy Jamaluddin tetapi secara keseluruhan, katanya, Anwar mengatasi semua calon yang layak
“Jika secara keseluruhannya, tanpa mengambil kira parti mana yang menang nanti, pilihan pertama saya adalah DSAI. Dalam tulisan sebelum ini, saya telah memberikan empat alasan kenapa saya memilih beliau.
“Kali ini, tanpa mengulanginya, saya memilih DSAI kerana beliau berpengalaman, bernyawa dengan denyut nadi rakyat, dan mempunyai jiwa reformasi.
“Saya yakin beliau boleh membawa Malaysia ke arah kecemerlangan dan berintegriti sehingga Malaysia kembali mendapat perhatian masyarakat dunia,” katanya.
Sebelum itu, Dr Agus mengulas mengenai kecemerlangan negara lemah ekonomi seperti Indonesia dan Rwanda yang dahulunya dilupakan dunia tetapi kini menjadi tumpuan apabila dipimpin oleh ketua kerajaan yang betul.
Beliau memuji Presiden Jokowi yang berjaya menjadikan Indonesia antara 15 ekonomi terbesar dunia ketika ini dan Presiden Rwanda, Paul Kagame yang berjaya membawa negara melarat itu sebagai antara negara pertumbuhan ekonomi tinggi di Afrika.
Mengenai politik Malaysia, Dr Agus menolak konsep khemah besar kerana katanya hanya terdapat 4 parti yang mampu memberi kesan besar dalam politik Malaysia iaitu Umno, KEADILAN, DAP dan Pas.
Beliau juga mengimpikan dalam PRU akan datang hanya dua gabungan sahaja yang akan bersaing, iaitu BN dan PH.
“Saya berharap hanya dua gabungan parti sahaja bersaing, BN dan PH. Oleh itu, PH hanya perlu ada KEADILAN, DAP, Amanah dan UPKO sahaja.
“UPKO kerana ia bersama PH sejak tahun 2018 dan tidak melakukan pengkhianatan. MUDA juga boleh dipertimbangkan kerana MUDA juga belum ada sejarah mengkhianati PH.
“Jika PN bertanding sebagai gabungan ketiga, itu lagi menarik. Rakyat akan menilai parti pilihan masing-masing. Sekiranya Bersatu tidak membuat impak dalam PRU-15, maka setakat itu sajalah Bersatu signifikan dalam politik Malaysia.
“Pejuang, biarpun bersetuju dengan khemah besar asalkan tanpa DSAI, dan mahu bertanding sekurang-kurangnya 120 kerusi bagi membentuk kerajaan, jika menang, bagi saya hanya khayalan sahaja,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/07/dr-agus-yusoff-sokong-anwar-pm-10.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Sokong Saya Jadi Pm Jika Kes Mahkamah Tidak Diteruskan Kata Anwar

Najib Sokong Saya Jadi Pm Jika Kes Mahkamah Tidak Diteruskan Kata Anwar

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 272 hits
Anwar Ibrahim berkata Najib Razak ada memberi surat akuan bersumpah untuk menyokong beliau menjadi perdana menteri namun dengan syarat kes mahkamah mensabitkan bekas perdana menteri itu tidak diteruskan
Usah Dolak Dalik Jawab Dakwaan Sd Sokong Anwar Zahid Diberitahu

Usah Dolak Dalik Jawab Dakwaan Sd Sokong Anwar Zahid Diberitahu

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 271 hits
freemalaysiatoday com June 30 2022 6 40 PMWan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mahu Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menjawab bahawa dakwaan parti itu menghantar akuan berkanun menyokong Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri kepada Agong PETAL...
Saya Nak Selamatkan Parti Sebab Itu Sokong Anwar Jadi Pm Kata Nazri

Saya Nak Selamatkan Parti Sebab Itu Sokong Anwar Jadi Pm Kata Nazri

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 217 hits
Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz mengesahkan beliau pernah menandatangani surat akuan bersumpah untuk menyokong Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri
Sd Sokong Anwar Zahid Tak Pernah Minta Saya Tandatangan Annuar

Sd Sokong Anwar Zahid Tak Pernah Minta Saya Tandatangan Annuar

papar berkaitan - pada 2/7/2022 - jumlah : 221 hits
agendaily com01 07 2022Tan Sri Annuar Musa mendedahkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak ada menyuruhnya menandatangani SD menyokong cikgunya Datuk Seri Anwar Ibrahim Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak pern...
Catatan Persaraan Prof Mohammad Agus Yusoff

Catatan Persaraan Prof Mohammad Agus Yusoff

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 683 hits
37 tahun membedah politik Malaysia Satu catatan persaraanMohammad Agus YusoffTahun 1985 semasa saya baru bertugas berlaku tragedi Memali Satu sebab utamanya ialah kesan amanat seorang pemimpin PAS yang diucapkan di Kampung Banggol Peradong ...
Invoke Nurul Izzah More Popular Than Anwar Among Voters

Invoke Nurul Izzah More Popular Than Anwar Among Voters

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 347 hits
An analytics firm has gathered data that appears to confirm what many believe to be the answer to a perennial question who will succeed PKR president Anwar Ibrahim According to Invoke Solution a clear candidate is his daughter Nurul Izzah T...
Influencer Cantik Mati Dikelar

Sprm Berkas Enam Lagi Anggota Polis Ipd Temerloh Rasuah Tidak Ambil Tindakan Suspek Kes Air Ketum

Drama Seadanya Kita

Temuramah Eksklusif Profesor Madya Dr Maizah M Abdullah Ketua Penyelidik Malaysia Dalam Oceanx Mission 2024

Uria Novita Kaba Dari Rantau Chord

Lunch Warong Geprek Cyberjaya

Mengapa Nutrisi Amat Penting Bagi Anda

Kemboja Akan Calonkan Trump Untuk Hadiah Nobel Keamanan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Teknik Penanaman Dutch Bucket Potensi Dan Pelaksanaannya Di Malaysia

Kerana Seorang Lelaki

Mudah Betul Nak Tanam Pokok Daun Bawang Guna Kotak Telur Je

Elmina Lakeside Mall Membawa Warna Kesenian Dan Komuniti Sempena Sambutan Ulang Tahun Pertama

Exploring The Essential Marine Supplies For Smooth Sailing

Sultan Pahang Tinggalkan Pahang Jika Ada Niat Ceroboh