Douching Miss V Boleh Jadi Penyebab Sukar Hamil Pejuang Garis Dua Elakkan Rutin Ni Selalu


Bagi pejuang garis dua, pastinya pelbagai cara dan rutin dilakukan sebagai salah satu usaha untuk mempunyai zuriat sendiri. Namun perkara paling utama pastinya mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Pun begitu, menurut perkongsian Dr Ramasamy Ramanthan, Perunding Sakit Puan dari Metro IVF, Klang, amalan dan rutin ‘douching’ perlu dielakkan sebagai salah satu usaha untuk hamil.
Amalan ini sedikit sebanyak mengganggu rutin semulajadi faraj sekaligus menjadi penyebab sukar hamil. Jadi elakkan!

Amat lazim dikalangan ibu yang merasa sedikit tidak selesa atau gatal pada Miss V terutama jika waktu hampir datang bulan.
Untuk mengurangkan rasa ketidakselesaan ini, ada yang mengamalkan mencuci faraj dengan cecair lain atau lebih dikenali sebagai douching.
Perkataan douche berasal daripada perkataan Perancis bermaksud pancuran. Persoalannya : Adakah amalan ini baik untuk kesihatan Miss V terutama kepada pejuang dua garis?
Terdapat banyak kajian yang dijalankan mendapati wanita yang kerap douching boleh mengurangkan peluang untuk hamil. Ini kerana pengunaan douching mengurangkan jumlah lendir servik dalam membantu sperma menuju kearah telur wanita untuk proses
persenyawaan.

 
Selain itu, wanita douching juga berisiko untuk mendapat jangkitan faraj kerana mengganggu keseimbangan semula jadi faraj boleh membunuh bakteria yang baik.
Ini akan menyebabkan peluang untuk hamil secara semulajadi menjadi semakin berkurang kerana jangkitan tersebut perlu dirawat terlebih dahulu untuk membolehkan ph faraj kembali kepada keadaan normal iaitu antara 3.8 hingga 4.5.
Douching selepas hubungan kelamin juga boleh menyebabkan kehamilan luar rahim (apabila telur yang disenyawakan diimplan ke dalam tiub fallopio)
Antara kajian yang menarik perhatian dimana 840 wanita yang telah berkahwin dipecahkan kepada 2 kumpulan dan perbandingan dibuat iaitu douchers dan tidak menggunakan douchers.
Kumpulan yang menggunakan douche secara purata mengalami 30% lebih sukar untuk hamil
Usia                      Peratus pengurangan peluang untuk hamil
18-24 tahun                   50%
25-29 tahun                   29%
30-39 tahun                   6%

Penting untuk ketahui punca Miss V gatal:
• Jangkitan kuman
Keadaan ini berlaku apabila terdapat pertumbuhan kulat Candida dalam faraj yang menyebabkan keradangan, sakit ketika bersama atau sakit semasa buang air kecil
• Keputihan yang berbau
Kadangkala boleh bertukar warna kepada kuning dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan
• Penyakit kelamin (STD)
Walaupun jarang berlaku, jangkitan kelamin (STD) ini disebabkan oleh parasit trichomoniasis. Di US, anggaran 3.7 juta orang di Amerika Syarikat dijangkiti oleh penyakit kelamin
• Penggunaan bahan kimia
Alat pencuci intim Miss V yang beralkali, mempunyai bauan yang kuat atau wanita
tersebut sendiri alah kepada bahan kimia yang tidak bersesuaian juga menjadi punca Miss V gatal
• Tompok putih yang nipis terbentuk pada vagina
Cara untuk mengurangkan kegatalan pada faraj
• Banyakkan minum air
• Kurangkan gula di dalam makanan dan minuman
• Mencuci faraj dengan bersih – cukup sekadar dengan air dan lap kering daripada depan faraj ke bahagian dubur
• Gunakan seluar dalam diperbuat daripada kain kapas kerana menyerap peluh dan mengurangkan jangkitan faraj.

 
Secara umum jangan melakukan douche jika mencuba untuk hamil atau sedang hamil kerana:
1. Wanita yang melakukan douche sekurang-kurangnya sekali sebulan adalah 30% kurang
berkemungkinan untuk hamil.
2. Douching sekurang-kurangnya sekali sebulan dikaitkan dengan peningkatan risiko bakteria
vaginosis (jangkitan faraj).
3. Douching meningkatkan risiko kehamilan ektopik. Kehamilan ektopik adalah apabila telur
yang disenyawakan melekat pada bahagian dalam tiub fallopio dan bukannya rahim. Jika tidak
dirawat, kehamilan ektopik boleh mengancam nyawa. Ia juga boleh menyukarkan wanita
untuk hamil pada masa hadapan.
4. Douching meningkatkan risiko kelahiran pramatang.
5. Douching meningkatkan kemungkinan bayi mempunyai berat lahir rendah.
6. Douching meningkatkan risiko korioamnionitis iaitu jangkitan pada membran janin dan
cecair amniotik.
Tiada sebab tertentu untuk seorang wanita untuk melakukan douche. Faraj mampu membersihkan secara semula jadi dengan lendiran yang dihasilkan.
Lendir tersebut membasuh darah, air mani, dan keputihan. Jika bimbang tentang bau faraj, berbincanglah dengan doktor, tetapi harus tahu bahawa faraj yang sihat dan bersih juga mempunyai bau yang berubah sepanjang hari.
Aktiviti fizikal juga boleh menyumbang kepada bau faraj yang lebih kuat tetapi ini masih normal. Namun jika bau yang luar biasa atau terlalu kuat bermakna ada sesuatu yang tidak kena dan perlu berjumpa doktor.
Menarik: Moga Jadi Anak soleh, Puteri Aishah Kongsi Nama Anak, Makin Cantik Dalam Pantang
Ibu Pam Susu Bercampur Dengan Darah, Boleh Ke Bagi Pada Anak!
Tip Rangsang Bayi Merangkak, Mama Papa Boleh Cuba Praktikkan!

Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar. https://toko.ideaktiv.com/product/jom-mewarna-oyen/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
The post ‘Douching’ Miss V Boleh Jadi Penyebab Sukar Hamil, Pejuang Garis Dua Elakkan Rutin Ni Selalu! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/douching-miss-v-boleh-jadi-penyebab-sukar-hamil-pejuang-garis-dua-elakkan-rutin-ni-selalu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Sahkan Dua Anggota Tentera Sebuah Kem Di Temerloh Bergaduh Akibat Salah Faham

Polis Sahkan Dua Anggota Tentera Sebuah Kem Di Temerloh Bergaduh Akibat Salah Faham

papar berkaitan - pada 15/5/2024 - jumlah : 229 hits
KUANTAN Polis mengesahkan insiden pergaduhan melibatkan dua anggota tentera di sebuah kem di Temerloh minggu lepas Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata kejadian pada 9 Mei itu mengakibatkan mangsa berusia 38 tahun cedera dan ...
Tentera Mabuk Didenda Rm2 200 Lesen Memandu Digantung Dua Tahun

Tentera Mabuk Didenda Rm2 200 Lesen Memandu Digantung Dua Tahun

papar berkaitan - pada 14/5/2024 - jumlah : 167 hits
Meor Riduwan Meor Ahmadbhnews bh com myMELAKA Seorang anggota tentera didenda RM2 200 serta digantung lesen memandu selama dua tahun oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas kesalahan memandu kereta dalam keadaan mabuk tahun lalu Ma...
Liverpool Dikecewakan Oleh Dua Gol Jhon Duran

Liverpool Dikecewakan Oleh Dua Gol Jhon Duran

papar berkaitan - pada 14/5/2024 - jumlah : 174 hits
BharianonlinePenyerang Aston Villa Jhon Duran dalam laluan untuk menjaringkan gol ketiga pasukannya menentang Liverpool pada aksi Liga Perdana Inggeris di Villa Park Birmingham awal pagi tadi Foto AFPBIRMINGHAM England Pemain gantian dari C...
Video Senyum Jahat Kode Jempol Dua Pembunuh Polisi Ungkap Kronologi Kasus Mayat Dalam Sarung

Video Senyum Jahat Kode Jempol Dua Pembunuh Polisi Ungkap Kronologi Kasus Mayat Dalam Sarung

papar berkaitan - pada 15/5/2024 - jumlah : 177 hits
Kasus mayat terbungkus kain sarung di wilayah Pamulang Tangerang Selatan akhirnya terbongkar
Dua Individu Ditolak Ke Landasan Kereta Api

Dua Individu Ditolak Ke Landasan Kereta Api

papar berkaitan - pada 16/5/2024 - jumlah : 136 hits
Bernama XinhuaTokyo Seorang lelaki ditahan pada Rabu kerana didakwa menolak dua individu ke landasan kereta api di sebuah stesen di Kawasaki Xinhua memetik laporan media tempatan Kejadian berlaku kira kira jam 7 25 pagi waktu tempatan di at...
Dua Anggota Polis Maut Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah Kpn

Dua Anggota Polis Maut Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah Kpn

papar berkaitan - pada 17/5/2024 - jumlah : 223 hits
JOHOR BAHRU 17 Mei Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini awal pagi tadi dipercayai ahli Jemaah Islamiyah Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata susulan kejadian itu polis mela...
Netflix Umum Musim Dua 3 Body Problem

Netflix Umum Musim Dua 3 Body Problem

papar berkaitan - pada 17/5/2024 - jumlah : 199 hits
Netflix secara rasmi mengumumkan musim 2 3 Body Problem Pengumuman itu dibuat dua bulan selepas siri 8 episod itu membuat debut di Netflix Drama epik sci fi itu segera mendapat tempat dihati penonton dan berjaya menduduki senarai 10 teratas...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat