Double Chocolate Cheesecake Mewah Dengan Rasa Coklat Cheese Memang Ketagih Makan
Buat yang craving kek coklat memang kena buat kek yang satu ni. Double Chocolate Cheesecake bukan hanya coklat di dalamnya malah mewah dengan cheese. Apa lagi memang sedap lah rasanya. Makan sejuk lagilah nikmat.
Double Chocolate Cheesecake
Bahan-bahan:
15 keping oreo kasar atau ketuk-ketuk hingga halus
4 sudu besar butter -cairkan
Gaul hingga sebati
Guna 6 inci loyang springform pan
Tuang roti kisar tadi, tekan-tekan bagi padat dan sama rata
Masuk dalam chiller 30 minit
Untuk filling:
250g cream cheese tatura pun boleh
2 sudu besar yogurt asli
1 ½ sudu besar gula kastor atau brown sugar-BELI ONLINE DI SINI
Kalau guna salt butter tak perlu masuk garam-BELI ONLINE DI SINI
Kalau guna unsalt butter masuk ½ sudu kecil garam
1 sudu besar tepung gandum serba guna-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu kecil esen vanilla-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu besar serbuk koko
Cara membuat:
1.Masuk semua dalam satu bekas.
2.Mix sebati,guna mixer hingga tercampur semua.Ketepikan sekejap.
3.Double boil 85g coklat beryl atau jenama lain pun boleh.
4.Bila coklat dah nampak mencair kacau rata,tutup api.
5.Kacau hingga betul-betul cair.
6.Tuang ke dalam adunan cheese tadi. Mix hingga sebati.
7.Pecah 1 biji telur dalam satu mangkuk besar. Pukul telur sekejap dalam 2 minit saja.
8.Senduk sikit-sikit adunan cheese tadi.Gaul hingga sebati semua
9.Keluarkan loyang yang dalam chiller tadi.
10.Tuang semua adunan dalam tu.
11.Panaskan oven 130 darjah lebih kurang 50 minit.
12.Bila dah masak, sejukkan dulu selama 8 jam dalam chiller
13.Selepas 8 jam Double boiler. Masuk ½ cawan whipping cream
14.Kemudian coklat masakan lebih kurang 1 ½ cawan.Kacau hingga coklat cair. Tuang ke dalam kek. Sejukkan dulu. Baru keluarkan kek dari springform pan.
Kredit: Ieda jahaya
Sedap Makan Sejuk-Sejuk, Resipi Mini Cheese Cake Mudah & Sedap
Biskut Mazola Sekali Kunyah Rasa Cair Dimulut
Biskut Bangkit Cheese Rangup & Cair Dimulut
The post Double Chocolate Cheesecake Mewah Dengan Rasa Coklat & Cheese, Memang Ketagih Makan appeared first on RASA.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/11/double-chocolate-cheesecake-mewah.html