Dos Ketiga Vaksin Kerajaan Tiada Strategi Bimbang Ulangi Kelemahan Lama





Dos ketiga vaksin: Kerajaan tiada strategi, bimbang ulangi kelemahan lama
Oleh: Redzuan RF8 MediaOctober 18, 2021SharePakatan Harapan (PH) menyokong usaha kerajaan untuk memberikan dos ketiga vaksin Covid 19 atau dos penggalak kepada golongan tertentu.
Menurut kenyataan Jawatankuasa Kesihatan PH, dos ketiga perlu terutama bagi mereka yang daya ketahanan berkompromi, warga emas berkomobiditi, petugas kesihatan dan petugas barisan hadapan yang berisiko tinggi.
Bagaimanapun, kata mereka, Kerajaan Persekutuan harus menetapkan kriteria dan strategi implementasi yang jelas untuk memastikan kelancaran, terutamanya apabila dijangkakan 8.75 juta rakyat yang akan menerima dos ketiga atau dos penggalak tersebut.
“Oleh itu program pelancaran haruslah dirancang dengan teratur, spesifik dan dikoordinasi dengan baik di kalangan semua yang terlibat termasuk Pengamal Am swasta yang ditugas untuk mengendalikan suntikan penggalak bagi semua petugas barisan hadapan dan
wargamas.
“Namun, kita harus berhati-hati dengan kenyataan Persatuan Perubatan Malaysia (PPM) yang menyatakan belum terdapat penglibatan yang betul dari Jabatan Kesihatan Negeri yang masih sepi dalam program dos ketiga dan suntikan penggalak ini.
“Hal itu tidak sepatutnya berlaku kerana kita harus mempelajari dari kesilapan lepas termasuk penglibatan Pengamal Am swasta pada minit-minit terakhir,” ujar kenyataan tersebut.
Sehubungan itu, Jawatankuasa Kesihatan PH mahu Kementerian Kesihatan menjelaskan strategi mereka, terutama jangka masa implementasi ke seluruh negara; definisi dan kategori yang jelas kelayakan untuk dos ketiga dan suntikan penggalak; strategi usaha mendidik kepentingan dos tambahan dan memastikan tiada yang ketinggalan; melibatkan Pengamal Am di peringkat awal dan menyediakan strategi pelancaran yang jelas memastikan program berjalan pantas dan meluluskan vaksin heterologi dengan dos penggalak secepat mungkin, berdasarkan kepada data global yang nyata.
“Kami berpendirian Kementerian Kesihatan dan Agensi Pengawal Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) harus meluluskan segera suntikan vaksin heterologi dengan dos penggalak.
“Usaha-usaha klinikal menunjukkan keputusan-keputusan yang menyakinkan termasuk kajian-kajian yang dijalankan di Jerman, Sepanyol, Taiwan, Sweden dan United Kingdom dalam “Kesan dari Imunisasi Heterologi dengan Penggalak Utama Vaksin Covid-19 terhadap
SARS-Cov-2”.
“Mereka menunjukkan keputusan-keputusan yang positif termasuk tahap netralisasi antibodi yang bertambah dibandingkan dengan vaksin homologi. Rejimen penggalak utama heterologi dengan vektor adenovirus juga penambahbaikkan respon-respon ‘Th1-biased T cell’.
“Dengan itu, kami mengulang semula seruan supaya diadakan strategi yang jelas dan komprehensif berdasarkan pada sains dan data untuk memberi perlindungan dan mendorong respon imuniti yang lebih besar melindungi golongan berisiko tinggi terutamanya dalam keadaan antibodi imun mereka makin berkurangan,” kata mereka lagi.
Dos penggalak diperlukan kerana terdapat individu yang ‘immunosuppressed’ yang tidak memberi respon terhadap dua dos vaksin, dan juga para petugas dalam situasi yang mendedahkan mereka kepada virus yang berlebihan dan membebankan kadar imuniti mereka.
Selain itu, dari 28 September hingga 11 Oktober lalu, terdapat lebih kurang 55.6 % atau 76,186 daripada 137,109 kes-kes Covid-19 di Malaysia adalah dari kalangan yang lengkap vaksin.
Kadar kes-kes Covid-19 yang lengkap vaksin bertambah dari 51% pada 28 September kepada 60% pada 11 Oktober. Pada jangka masa yang sama, 77% daripada 23,864 kes Covid-19 di Sarawak adalah dari kalangan yang telah lengkap vaksin.
Lebih daripada 50% kes-kes baru ini dilaporkan di Labuan, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Selangor, Putrajaya, Perlis dan Pulau Pinang.
Kebanyakan daripada infeksi-infeksi baru ini adalah dari kalangan warga emas yang berumur 60 tahun ke atas dengan kadar imunisasi berkurangan, ‘immunosuppression’, dan bergejala kesihatan yang sedia ada.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/10/dos-ketiga-vaksin-kerajaan-tiada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
45 65 Juta Dos Diberi 90 02 Peratus Dewasa Lengkap Vaksin

45 65 Juta Dos Diberi 90 02 Peratus Dewasa Lengkap Vaksin

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 304 hits
utusantv comOleh October 11 2021SEJAK dilancarkan pada 24 Februari lalu Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan berjaya memberikan 45 65 juta dos vaksin setakat semalam Kejayaan itu membolehkan 90 02 peratus populasi dewasa lengkap divaksin m...
Lengkap Dua Dos Vaksin

Lengkap Dua Dos Vaksin

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 378 hits
Lengkap Dua Dos Vaksin Salam Keluarga Malaysia salam blogger Malaysia salam kepada semua pembaca maya yang datang dan berganti berlalu dan datang tetamu baru mengetuk pintu maya Hari ini lengkat anak bungso Etuza suntikan vaksin ke 2 dos ha...
Meninggal Dunia Seminggu Lepas Terima Suntikan Dos Kedua Daripada Vaksin Berbeza

Meninggal Dunia Seminggu Lepas Terima Suntikan Dos Kedua Daripada Vaksin Berbeza

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 267 hits
Bangkok Siasatan dilakukan terhadap kematian seorang lelaki berusia 39 tahun selepas seminggu menerima suntikan dos kedua vaksin Covid 19 menggunakan jenis vaksin berbeza Supoj Prasarnchu dari daerah Bua Yai meninggal dunia pada 7 Oktober l...
Lengkap 2 Dos Vaksin

Lengkap 2 Dos Vaksin

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 313 hits
Assalamualaikum Lama tidak mengupdate blog Kekangan masa bekerja dan pdpr anak anak sampai tidak sempat mahu update apa apa di blog Alhamdulillah har ini mahu berkongsi cerita my Kembar Tahun Haikalayu yang sudah lengkap dua dos vaksin Di S...
Lebih 70 Penduduk Dewasa Sabah Telah Lengkap Dos Vaksin Kata Masidi

Lebih 70 Penduduk Dewasa Sabah Telah Lengkap Dos Vaksin Kata Masidi

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 351 hits
Seramai 115 966 remaja atau 27 daripada jumlah penduduk Sabah juga telah lengkap dos vaksin kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun KOTA KINABALU Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata lebih 2 juta ...
Kerajaan Benarkan Perjalanan Rentas Negeri Kepada Penerima Vaksin Lengkap Mulai Esok

Kerajaan Benarkan Perjalanan Rentas Negeri Kepada Penerima Vaksin Lengkap Mulai Esok

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 331 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan perjalanan rentas negeri akan dibenarkan bermula esok Katanya keputusan itu diambil selepas negara mencapai kadar 90 peratus vaksinasi bagi populasi dewasa Alhamd...
Kerajaan Paksa Vaksin Kakitangan Awam Pas Khianati Umno

Kerajaan Paksa Vaksin Kakitangan Awam Pas Khianati Umno

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 484 hits
Datuk Kamal mengulas kenyataan YB KJ yang seakan memaksa vaksin dikenakan kepada seluruh penjawat awam Datuk Kamal juga mengulas silat politik Anwar Ibrahim disebalik penolakan gaji dan faedah sebagai seorang menteri yang ditawarkan oleh Is...
Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Anwar Kena Jawab 1mdb Gugur Saman Terhadap Riza Aktivis

Perkeso Carsome Kerjasama Lancar Inisiatif Bantu Pencari Kerja

Dopamine D Cor How Celebrity Designers Are Embracing This Feel Good Trend

Understanding Sentiment Analysis In Natural Language Processing

Panduan Lengkap Persiapan Menyambut Bulan Ramadan

Putrajaya International Convention Centre

Kehebatan Seni Bina Pada Zaman Firaun Jadi Perdebatan Ilmiah


echo '';
Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Sekadar Lafaz Musim 2 Slot Akasia TV3

Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Power Of Storytelling For Business

Lirik Lagu Batu Belah Batu Konkrit Monoloque Ft Azlina Aziz

Penerangan Jenis Gigi Palsu Dan Harganya

Kerang Goreng Kunyit Dengan Kentang Menu Kerang Sedap Selain Sambal

Dolar Mengikuti Trajektori Yang Biasa

Lrt3 Tarikh Operasi Senarai Stesen Fakta Menarik