Door To Door Ebit Lew Beranikah Anda
assalamualaikum 😊
alhamdulillah. Melaka 2-3 hari ni, hujan renyai-renyai
sejuk
nyaman..
indah
dlm pada memandang kosong kat luar tingkap tu hah, tetiba terkenangkan ulangan program Door To Door Ebit Lew yg baru saya tonton pepagi tadi
ustaz Ebit mendekati satu grup - golongan yg menjalankan hubungan sejenis dlm satu pusat karaoke di KL
before ustaz Ebit masuk ke pusat karaoke tu, ada dia kata yg dia agak gabra 😅
yes. bersongkok & berjubah, tetiba ketuk pintu salah satu bilik di pusat karaoke. ko ghase??
takut ke tak takut
we can never know what type of person yg ada dlm tu, kan... aduhai
beranikah anda nak ketuk pintu tetiba gitu, kan
namun, tu la namanya berdakwah. tak kira tempat. dan cara ustaz Ebit mendekati golongan tersebut, amat baik. gaya bahasa yg amat lembut
bukan cara ustaz-ustaz. tapi masukkan diri dlm keadaan mereka
menasihati tidak sgt menggunakan terma-terma agama. namun, menggunakan bahasa mereka
bukan mudah kita nak buat org mengaku perkara paling buruk yg telah mereka lakukan
bukan mudah kita nak korek rahsia org lain tanpa kenal sape mereka
namun, program Door To Door Ebit Lew ni amat santai. mereka bercerita, ustaz nasihat, gelak ketawa dan akhirnya muhasabah diri
ustaz Ebit mendekati mat-mat motor, mak nyah, remaja yg melepak..
satu usaha dakwah yg amat bagus. golongan yg benar-benar memerlukan nasihat dan pertolongan
jgn berfikir bahawa berdakwah hanya bila diorang masuk ke masjid atau tempat-tempat ceramah
bila ia dilakukan dgn paksaan, keikhlasan tu takde. masuk telinga kanan, keluar telinga kanan
rugi!!
dekati mereka di tempat mereka
dalami hati mereka di suasana mereka
👍👍👍
perkara sebegini amat bagus diikuti oleh semua org
berdakwah ni tak semestinya dlm konteks agama, tapi dlm semua lapisan kehidupan
antaranya, di antara bos dan anak buah di pejabat
anak buah bermasalah, pertamanya bos perlu tahu apa masalah dia. jgn terus dimarahi, jgn terus diberikan surat tunjuk sebab atau digantung kerja. ni contoh jer lah 😅
berkomunikasi
interaksi
yg pasti dgn cara yg sgt efektif utk menyelesaikan masalah 😊😊😊
tahniah ustaz Ebit Lew dan team Astro Oasis
program ni harus diteruskan selamanya. berdakwah tanpa sempadan
satu nasihat ustaz Ebit yg saya nak share di sini...
"apapun kita buat. siapapun kita. solat! jgn tak solat! itu tiang hidup kita sbg org Islam. itu akan hindar kita dari terus buat jahat. dan, lepas solat, jgn lupa doa. doa. doa."
👌
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.adianiez.com/2019/07/door-to-door-ebit-lew-beranikah-anda.html