Dong Zong Bukan Saja Tak Adil Pada Sistem Pendidikan Negara Tapi Juga Bangsa Cina


Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin Jangan tunduk desakan pertubuhan rasis yang sudah tolak tawaran kerajaan
BANGI – Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) bukan sahaja tidak berlaku adil kepada sistem pendidikan negara, tetapi juga kepada bangsa mereka sendiri.
Ini susulan ‘kedegilan’ pertubuhan itu yang pernah menolak tawaran kerajaan untuk bersama dalam sistem pendidikan kebangsaan bagi menukar Sekolah Persendirian Cina kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Pertubuhan ini memilih untuk bersendirian, mahu mewujudkan kurikulum sendiri serta menentukan operasi sekolahnya sendiri selain menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantarnya.
Ini bermakna dari awal lagi, Sekolah Persendirian Cina ini memilih untuk berpisah daripada sistem pendidikan kebangsaan, maka inilah akibatnya, kata  penganalisis politik, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah. 
“Tetapi kita cukup hairan kenapa dan mengapa setelah sekian lama, selepas 64 tahun merdeka, sepatutnya tak perlu lah nak ‘demand’, tuntut macam-macam. 
“Saban tahun, mereka desak, ugut kerajaan, bukan sahaja tuntut iktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), tetapi juga minta beri ruang sama seperti sijil lain dalam aliran kebangsaan.
“Pertubuhan ini bukan sahaja tidak berlaku adil, tetapi juga tidak berlaku adil kepada pelajar mereka sendiri. Sudah lah mereka terpisah daripada sistem pendidikan negara, mereka menuntut masuk universiti awam, pentadbiran awam sama seperti yang lain. Ini masalah,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Pidato Pertiwi bertajuk ‘UEC Barah Perpaduan’ yang disiarkan TV Pertiwi, malam tadi.
Mengulas lanjut, Prof Ridhuan Tee berkata, lebih menghairankan adalah sikap kerajaan yang masih mahu melayani tuntutan pertubuhan rasis ini.
“Abang kepada sekolah persendirian Cina, contohnya Kolej Universiti Han Chiang, Kolej Universiti New Era yang menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar, hari ini turut diiktiraf sebagai kolej universiti. 
“Kita tak faham kenapa dan mengapa pihak kerajaan, terus benarkan sekolah ini beroperasi mengikut acuan dia sendiri. 
“Tidak ada dalam sejarah dunia, NGO yang mendirikan sekolah, mereka yang mengelola sistem pendidikan, mereka yang merangka kurikulum dan syarat-syarat kerajaan pun mereka tak patuhi. Terutama berkaitan silibus bahasa Melayu dan Sejarah. Sudahlah tidak mahu serta, malah hari ni tahu demand pula,” katanya.  
Bahkan, Prof Ridhuan Tee berkata, jika tidak dipenuhi segala tuntutan pertubuhan itu, mereka akan mula mengugut dan mendesak pelbagai perkara pada kerajaan.
Desakan ini juga membuatkan pemimpin kerajaan mudah ‘lemah’ kerana bimbang akan kehilangan sokongan kaum Cina.
“Nampak tak betapa licik mereka ini. Mereka akan menarik sokongan. Ugutan begini selalu dikemukakan sehingga kita menjadi lemah mengikut kehendak mereka. 
“Walhal dulu Akta Pendidikan memberi kuasa besar kepada menteri untuk hapuskan sekolah vernakular, akta ini daripada dulu ditentang oleh pertubuhan rasis ini. 
“Pada 1996, akta ini diubah, menteri pendidikan dah tiada kuasa untuk hapuskan sekolah vernakular ini. Hanya menegaskan tentang bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, itu pun ditolak pertubuhan rasis ini. Sehingga hari ini kita terus bermain tarik tali,” katanya.
Beliau berkata, sekiranya kerajaan tunduk kepada tuntutan pertubuhan rasis tersebut, maka ia merupakan salah satu malapetaka besar dalam hidup bernegara. 
“Saya menyeru kerajaan jika kita berpegang pada semangat Keluarga Malaysia  ia bukan membawa makna hak sama rata dan sama rasa, tetapi meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya dengan berpaksikan Perlembagaan dan Rukun Negara,” katanya.
(*) Pautan Pidato Pertiwi;https://www.facebook.com/TvPertiwi/videos/546611563261216/



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/dong-zong-bukan-saja-tak-adil-pada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malapetaka Besar Kepada Negara Jika Sistem Pendidikan Uec Diiktiraf

Malapetaka Besar Kepada Negara Jika Sistem Pendidikan Uec Diiktiraf

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 278 hits
SABAN kali pasti isu Sijil Peperiksaan Bersepadu ini akan bergema Tidak pernah habis Tidak pernah ada penegasan secara tuntas Setiap kali isu ini akan digunakan bahan ugutan kepada kerajaan Jika tidak diiktiraf maka sokongan akan ditarik ba...
Tak Malu Ke Bangsa Cina Perasuah Nak Dilantik Sebagai Timbalan Speker

Tak Malu Ke Bangsa Cina Perasuah Nak Dilantik Sebagai Timbalan Speker

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 274 hits
Tolak Kluster Mahkamah jadi timbalan speakerPada 11 September 2021oleh PENTADBIRKesemua 220 Ahli Ahli Parlimen diseru membuat undian pemilihan Timbalan Yang di Pertua Dewan Rakyat dengan undian mengikut hati nurani Ahli Parlimen Ipoh Timur ...
Calon Timbalan Speaker Perlu Beretika Dan Adil Kata Majlis Profesor Negara

Calon Timbalan Speaker Perlu Beretika Dan Adil Kata Majlis Profesor Negara

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 258 hits
Faiz Zainudin September 12 2021Shamsul Amri Baharuddin berkata individu yang dicalonkan untuk jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat tidak boleh memihak kepada pihak yang menyokong pelantikannya kelak atas dasar terhutang budi PETALING...
Nadiem Akan Basmi Tiga Dosa Dalam Sistem Pendidikan Nasional

Nadiem Akan Basmi Tiga Dosa Dalam Sistem Pendidikan Nasional

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 236 hits
Tiga dosa dalam sistem pendidikan nasional yakni intoleransi perundungan dan kekerasan seksual
Speaker Dan Abangnya Peguam Negara Dengar Sendiri Titah Agong Tapi Tetap Pilih Derhaka

Speaker Dan Abangnya Peguam Negara Dengar Sendiri Titah Agong Tapi Tetap Pilih Derhaka

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 222 hits
Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun perlu menjelaskan mengapa tidak ada usul yang berkaitan dengan undi percaya dan pemilihan speaker baru dalam Aturan Urusan Parlimen Bahkan Yang di Pertuan Agong ketika dihadap oleh semua ketua parti politik ...
Rmk 12 Pelaburan Dalam Pendidikan Menguntungkan Negara

Rmk 12 Pelaburan Dalam Pendidikan Menguntungkan Negara

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 192 hits
Pelaburan kerajaan dalam bidang pendidikan sangat diperlukan bagi memastikan sumber manusia baharu yang mempunyai kemahiran tinggi berkelas dunia Pensyarah Kanan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Anuar Ahmad menjelaskan b...
Job Berkurang Drastis Tapi Selalu Punya Uang Charly Van Houten Sampai Dituding Ikut Pesugihan

Job Berkurang Drastis Tapi Selalu Punya Uang Charly Van Houten Sampai Dituding Ikut Pesugihan

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 284 hits
ATM awalnya kosong lalu tiba tiba ada duitnya Charly pun ungkap sosok yang membuat kehidupannya tetap berkecukupan meski di masa sulit seperti ini
Transform Almari Dapur Lama Jadi Baru Modal Murah Buat Pun Mudah Tapi Hasil Nampak Mahal

Transform Almari Dapur Lama Jadi Baru Modal Murah Buat Pun Mudah Tapi Hasil Nampak Mahal

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 651 hits
Kalau di rumah ada almari dapur yang lama macam ini dan masih elok boleh tranform ikut idea yang dikongsi oleh Erna Ezaety Bahar Modal cuma cat saja Makeover begini lagi murah daripada beli kabinet baru Untuk almari begini cuma guna 2 tin c...
Dalam Poket Galaxy Z Flip3 Saiz Kecil Tapi Performance Power

Dalam Poket Galaxy Z Flip3 Saiz Kecil Tapi Performance Power

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 349 hits
Pasti ramai yang tak sangka telefon lipat dalam poket Galaxy Z Flip3 Saiz Kecil Tapi Performance Power Peranti terbaru dari Samsung ini kini menjadi semakin viral dan pilihan ramai peminat smartphone dengan rekaan lipat kapasiti penambahbai...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Untuk Bersangka Baik Dalam Kehidupan

Naim Garcia Calon Pemain Warisan Baru Perkuat Harimau Malaya

Can We Afford To Dream

Menu Egg Stra Ong Kembali Di Marrybrown

Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid