Domino S Unite Dengan Mobile Legends Dalam 515 Quest


Domino’s ‘Unite’dengan Mobile Legends dalam 515 QuestRakyat Malaysia Nikmati Personal Pizza RM5 & Regular Pizza RM15
SHAH ALAM, 3 Mei 2019 – Rakyat Malaysia berpeluang untuk menikmati sajian yang sungguh istimewa apabila Domino’s Pizza berkolaborasi bersama Mobile Legends untuk melancarkan kempen ‘United We Win’. Dalam kempen ini, pelanggan boleh merebut tawaran hebat dan menarik bersama Domino’s dan juga berpeluang untuk bertarung bersama-sama rakyat Malaysia lain, menyelamatkan dunia dalam permainan Mobile Legends: Bang Bang!

Congratulations to Team Todak! Chrissie Chong, Senior Manager, Public Relations & Events of Domino's Pizza Malaysia & Singapore [third from left] and Lim Yue Lynn, Executive, e-Sports Project Coordinator of Domino's Pizza Malaysia & Singapore [far right] presenting the Grand Prize of RM2,000 cash.
Ditubuhkan oleh Moonton, permainan popular Mobile Legends: Bang Bang telah dipilih sebagai acara pingat di Sukan Asia Tenggara (SEA) 2019 yang dijadualkan berlangsung pada bulan November di Filipina. Malaysia adalah antara beberapa negara yang akan melancarkan kempen global Mobile Legends ‘515 Unite Day’ yang bakal menghimpunkan para pemain dan individu lain untuk menyelamatkan dunia. Kempen ‘United We Win’ anjuran Domino’s akan menyokong ‘515 Unite Day’ dengan matlamat menarik penyertaan baharu dalam permainan. Di samping itu, di dalam kempen ini, mod permainan baharu akan dilancarkan sambil peserta berusaha mematahkan serangan kuasa gelap yang bakal menjelma.
Big smiles from all 6 teams after a successful Domino's x Mobile Legends United We Win 'Gamers to Save the World in 515 Unite Day'!

Menurut Linda Hassan, Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, “Di Domino’s, kami tetap berpegang teguh pada janji kami ‘It’s All About You’. Kerjasama kami dengan Mobile Legends bagi kempen ‘United We Win’ mencerminkan janji Domino’s untuk membawakan pengalaman baharu dan menarik kepada pelanggan serta merapatkan silaturrahim menerusi piza dan gaming. Kempen ini juga menekankan sokongan berterusan Domino’s kepada industri esports yang kian berkembang. Domino’s mengiktiraf potensi besar esports dalam kalangan rakyat Malaysia dan kami berusaha menjadi sebahagian daripada gaya hidup mereka dengan membuka pelbagai peluang keemasan. Justeru, Mobile Legends ialah platform yang sesuai untuk memberi peluang kepada masyarakat untuk bersama-sama menikmati permainan esports kegemaran mereka, dan kami gembira untuk menganjurkan satu-satunya permainan persahabatan seperti ini demi hiburan masyarakat. Rakyat Malaysia sudah pasti akan menikmati tawaran ‘515’ kami yang luar biasa dan juga bersuka ria bersama rakan-rakan dan orang yang tersayang dalam kempen ini.”


Esports shoutcasters of the 'Gamers to Save the World in 515 Unite Day' paying close attention to the ongoing matches.

Mobile Legends: Bang Bang ‘515 Unite Day’ berlangsung dari 20 April hingga 8 Jun 2019. Sempena dengan ‘515 Unite Day’, kempen Domino’s x Mobile Legends ‘United We Win’ yang diadakan dari 29 April hingga 23 Jun 2019 akan menyaksikan pelbagai promosi hebat bawa pulang ‘515’ Domino’s termasuk Personal Pizza daripada harga RM5, yang memberikan penjimatan RM7.90 dan Regular Pizza darpada harga RM15, untuk penjimatan RM14.90. Personal Pizza serendah RM5 ialah tawaran nilai luar biasa Domino’s, sejajar dengan matlamat jenama untuk membawakan tawaran Ohsem Hari-Hari kepada rakyat Malaysia. Ditawarkan setiap hari sepanjang minggu, rakyat Malaysia mempunyai 13 perisa untuk dipilih menerusi Ohsem Hari-Hari.

Untuk lebih banyak lagi penjimatan, pelanggan boleh membeli United We Win Combo, yang menawarkan 1 Regular Pizza,  1 Cheesy Cheddar/Mozzarella Stix pada harga hanya RM24.90, untuk penjimatan RM15.90 atau 2 Regular Pizza, 1 Cheesy Cheddar/Mozzarella Stix pada harga hanya RM39.90, iaitu dengan penjimatan RM21.85. United We Win Combo disediakan dengan penghantaran percuma, dengan jaminan penghantaran 30 minit. Tambahan lagi, pelanggan boleh menyertai peraduan ‘United We Win’ Domino’s dengan setiap pembelian Personal PizzaRM5, Regular Pizza RM15 atau United We Win Combo. Pelanggan berpeluang untuk memenangi patung kecil Miya Edisi Terhad, Set Parti Domino’s, Grafik Kagura Soryu Maiden (Epic), dan banyak lagi.


Spectators watching the thrilling battles during the Domino's x Mobile Legends United We Win 'Gamers to Save the World in 515 Unite Day'.

Nelson Woon, Pengurus Pemasaran Serantau (Asia Tenggara) Moonton berkata, “Kami benar-benar teruja untuk berkolaborasi bersama Domino’s Pizza dalam kempen ‘515 Unite Day’! Esports kini semakin menarik perhatian orang ramai di Malaysia dan Majlis Olimpik Asia telah menyedari nilai tontonan dan kandungan bagi esports kini mengatasi sukan tradisional. Sebagai acara esports pertama yang disahkan masuk Sukan SEA 2019, rakyat Malaysia pasti tidak sabar untuk mencuba permainan ini bersama rakan dan keluarga, sambil menikmati piza lazat daripada Domino’s. Kami berharap kerjasama seperti ini akan terus menambat hati dan selera rakyat Malaysia.”

Mencerminkan cogan kata esports Domino’s, “Gaming is Pizza Party Time!’, ‘United We Win’ telah menyaksikan persaingan hebat antara tokoh-tokoh permain popular sambil mereka berganding bahu dengan rakan sepasukan untuk menumbangkan “Enemy Crystal”. Ini adalah kali pertama Domino’s Pizza Malaysia menganjurkan sesi permainan secara langsung di cawangannya, menawarkan piza lazat dan hidangan sampingan kepada penonton yang menyaksikan paparan secara langsung dan ulasan mengenai pertempuran yang berlaku daripada pengulas permainan.
Amazing '515' takeaway promotions by Domino's Pizza await customers during the Domino’s x Mobile Legends 'United We Win' campaign!

Pasukan yang bersaing untuk menjulang kejuaraan termasuk Sterk Production, eGG Network, Sultan Army, Todak, Ai Gaming dan Team Bosskurr Pusher. Dalam Pertandingan Akhir, pasukan pilihan Bosskurr Pusher telah bersaing menentang Todak dalam perlawanan sengit yang mendebarkan para penonton. Akhirnya, Todak berjaya memusnahkan “Enemy’s Crystal” dan dinobatkan sebagai juara, sekaligus membawa pulang Hadiah Utama berupa wang tunai RM2,000.

Sebagai sebahagian daripada matlamat kempen untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia menyertai perjuangan menyelamatkan dunia, ‘515 Unite Day’ telah dilancarkan di Pulau Pinang dan Kedah. Untuk mendekati lebih ramai rakyat Malaysia di seluruh negara, kempen ini akan singgah di AEON Station 18, Ipoh pada 1 Mei, Sunway Pyramid, Selangor pada 4 Mei, Domino’s Pizza Bandar Baru UDA, Johor Bahru pada 11 Mei, sebelum menutup tirai di Fahrenheit88, Kuala Lumpur pada 18 Mei. Rakyat Malaysia berpeluang untuk menemui selebriti, menyaksikan pasukan profesional bersaing sengit dan juga menyertai pertandingan tarian dan cabutan bertuah menarik. Domino’s Pizza juga akan menawarkan piza percuma dan tawaran nilai luar biasa di setiap persinggahan tersebut.

Berkongsilah saat-saat menarik Mobile Legends anda bersama Domino’s di media sosial dan tag kami dengan @DominosMy, #DominosMy, #515Unite dan #MLBB. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kempen ‘515 Unite Day’ bersama Domino’s Pizza dan Mobile Legends, sila klik pautan berikut:

http://www.dominos.com.my/https://www.facebook.com/mobilelegendsgame/videos/492540724614034/https://www.facebook.com/429900087357505/posts/902452060102303/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.khatyaiman.com/2019/05/dominos-unite-dengan-mobile-legends-dalam-515-quest.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Sedia Bida Jadi Hos Piala Dunia Mobile Legends

Malaysia Sedia Bida Jadi Hos Piala Dunia Mobile Legends

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 277 hits
MALAYSIA tidak menolak kemungkinan akan membida untuk menganjurkan Piala Dunia Mobile Legends tahun depan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata jika benar penganjuran Piala Dunia itu akan diadakan tahun depan pihakny...
Kempen United We Win Dengan Mobile Legends Rakyat Malaysia Nikmati Personal Pizza Rm5 Regular Pizza Rm15

Kempen United We Win Dengan Mobile Legends Rakyat Malaysia Nikmati Personal Pizza Rm5 Regular Pizza Rm15

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 518 hits
Kempen United We Win Dengan Mobile Legends Rakyat Malaysia Nikmati Personal Pizza RM5 Regular Pizza RM15 Rakyat Malaysia berpeluang untuk menikmati sajian yang sungguh istimewa apabila Domino s Pizza berkolaborasi bersama Mobile Legends unt...
Empowering Malaysia S Financially Underserved Communities With The Nation S First Automated Microloan Mobile App

Empowering Malaysia S Financially Underserved Communities With The Nation S First Automated Microloan Mobile App

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 380 hits
GoodKredit Malaysia to offer short term microloan to B40 and M40 individuals GoodKredit Malaysia the country s firstautomated short term microloan provider will empower Malaysians in need of urgent funds with a quick financial solution Util...
U Mobile Kini Membolehkan Anda Menguji Talian Pascabayar Unlimited Hero P99 Selama 7 Hari Dengan Jaminan Wang Kembali

U Mobile Kini Membolehkan Anda Menguji Talian Pascabayar Unlimited Hero P99 Selama 7 Hari Dengan Jaminan Wang Kembali

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 307 hits
Dalam usaha untuk meningkatkan lagi keyakinan pengguna terhadap rangkaian U Mobile kini mereka telah hadir dengan promosi baru yang membolehkan para pengguna untuk menguji rangkaian mereka selama 7 hari tanpa tertakluk untuk bayaran penggun...
Top 10 Scary Hitchhiking Urban Legends

Top 10 Scary Hitchhiking Urban Legends

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 208 hits
Top 10 Scary Hitchhiking Urban Legends Subscribe To Most Amazing Top 10 http bit ly 2Ibyk6i Become A Most Amazing Top 10 Member https bit ly 2OgwCmN More Scary Lists https www youtube com watch v SiJGJKjnR8w list PL532nVurngGurLZQ8vUjfybxIr...
Apex Legends Mengharamkan 770 Ribu Lagi Pemain Pc

Apex Legends Mengharamkan 770 Ribu Lagi Pemain Pc

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 145 hits
Permainan Battle Royal seperti PUBG Fotnite Apex Legends dan banyak lagi sememangnya terdedah dengan sikap pemain yang suka menggunakan taktik kotor atau menipu Sebelum ini pihak Respawn yang membangunkan permainan Apex Legends telah mengum...
Dimsum Zhao Yao The Legends

Dimsum Zhao Yao The Legends

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 1140 hits
DimSum Zhao Yao The LegendsNew wuxia romance about Zhao Yao a spirit that returns to kill the man who betrayed her She plans everything except falling for her enemy
Hiburan Mgtv Konsert A Night With Legends Tampil 4 Penyanyi Lagenda

Hiburan Mgtv Konsert A Night With Legends Tampil 4 Penyanyi Lagenda

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 228 hits
KUALA LUMPUR Empat lagenda penyanyi tanahair bakal menggegarkan konsert A Night With Legends selama dua jam di Desaru Coast Conference Centre pada 6 Julai ini Keempat empat penyanyi itu adalah Datuk Khadijah Ibrahim Datuk Ramli Sarip Datuk ...
Samsung Mobile Promo For Galaxy S10

Samsung Mobile Promo For Galaxy S10

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 269 hits
Samsung Mobile Promo for Galaxy S10Samsung Mobile MARVEL CASE S10 and S10 Samsung Mobile Promo for Galaxy S9 Samsung Mobile PRE ORDER For A70
218 Fibonaci

Kecewa Makanan Potluck Sekolah Anak Tak Disentuh Ikutlah Apa Budak Suka Makan Bukan Kita

Guideline Needed For Maintenance Of Old Trees In Kl Ft Minister

5 Tips And Ways That Can Help You To Reduce Body Fat

Persediaan Awal Haji

Wanita Dikenakan Bayaran Rm9 55 Untuk Nasi Putih Dan Telur Goreng Bungkus

Biodata Faisal Halim Pemain Bolasepak Viral Malaysia

Kkb Poll Indian Voters Might Make All The Difference



Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri


Ayat Kursi Arab Latin Arti Keutamaan

Kuey Teau Koboi Port Baru Makan Kuey Teau Goreng Di Taiping

Shenzhen Digital Art Park By Jc Design In Futian China

Zayn Rayyan Murder Case My Debt To People Says Cid Chief

Forest City Casino Misreporting Pas Leader Wants Brave Pmx To Teach Bloomberg A Lesson At Qatar Economic Forum

2 Direman Kemuka Butiran Palsu Pelaburan Rm38 Juta