Domestik Travel Dalam Gaya Hidup Norma Baharu Korang Boleh Amalkan
Tak perlu aku ingatkan berulang kali sebab memang semua dah tahu kita dalam PKPB sehingga hujung tahun 2020 dan mungkin ianya akan berlanjutan lagi, oh no harap tak lah. Jika tak nak korang please amalkan gaya hidup norma baharu yang telah ditetapkan oleh kerajaan kita. Sama-sama kita putuskan rangkaian pandamik ini. Kita sudah hampir berjaya pada satu ketika tapi itulah…. hurmmm korang tahu kan macam mana kes ini tetiba naik mencanak pula… Pray for Sabah.
Apa makna PKPB oleh para traveller di luar sana. Kaki travel buat masa sekarang memang tak senang duduk aku rasa. Nak travel luar negara tu bolehlah lupakan buat sementara waktu paling kurang 2022 baru boleh fly balik. Ya aku faham, aku pun rindu nak fly again. Lagi-lagi dan masuk winter belah Eropah. Hurm keluhan lagi…
Tapi tak mengapa kita masih lagi boleh amakkan travel secara domestik. Malaysia apa kurangnya banyak tempat yang menarik untuk terokai more adventure dan more authentic dengan pelbagai warisan yang belum kita alami.
Buat masa sekarang travel dalam Malaysia mungkin dihentikan tapi ianya akan di buka balik tak lama lagi perhaps. So apa yang kita boleh adalah stay at home dan work from home. Hahaha..
Ya aku tahu agak susah bagi mereka yang aktif untuk berada di rumah but we can do it before apa salahnya buat lagi kan. Cuma kali ini kita masih lagi boleh keluar rumah dan ke sekitar bagi urusan yang penting. Cuma ingat PKPB sekarang hanya dibenarkan 2 orang sahaja dalam satu kereta bagi isi rumah yang sama.
Travel Domestik Dalam Gaya Hidup Norma Baharu
Mustahil? Susah? Jawapannya tak! Apa yang korang boleh buat bila domestik travel di buka semula adalah beberapa step dan extra step sahaja dari sebelum ini. Domestik travel pun sampai bila nak tutup kan at the some point kena buka juga.
Step 1:
Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation)
Step 2:
Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti: aku assume korang semua dah tahu. Korang kan bijak..
Step 3:
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:
S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.
Extra Step For Locally Travel
Sejak berakhir PKP pada bulan Julai lalu aku memang agak rancak travel secara domestik sebab dan berapa bulan weh duk berkurung je mana nak tahan. Raya pun tak leh balik kampung. Jadi masa buka tu memang kita hentam kaw kaw lah pusing satu Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak. Tapi tiba-tiba kena duk rumah balik thanks to kluster dari Sabah you know what i mean right.
Selain dari korang amalkan apa yang aku bagitau kat atas korang kena extra buat research kat tempat yang korang nak pergi. Adakah ianya sesuai untuk korang pergi dan siapa yaang korang akan bawa serta update di tempat yang korang bakal pergi. Sebab ada yang tutup dan ada yang dah kenakan peraturan tambahan.
Dapatkan Disinfectant Spray dari HICC
Macam aku kata tadi kena extra berhati-hati bukan tak boleh travel. Apa tu Hand Disinfectant Spary ni? Okay aku terangkan secara ringkas je okay. Malas nak membebel panjang-panjang nanti miss info.
Spray ini macam hand sanitizer jugak cuma ianya lebih kepada multipurpose. Bukan hanya kepada tangan sahaja. Maknanya korang boleh guna untuk macam-macam nama pun lagi spray. Contoh yang aku boleh bagi bila korang masuk hotel atau bilik yang korang dah booking tu, ya semua hotel dan sinitizer dah tapi for extra korang boleh guna Disinfectant Spray dari HICC untuk spray di seluruh bilik dahulu. Macam spray nyamuk tu tapi best nya HICC ini bau dia tak merosakkaderia bau korang. Lebih tepat ianya tak busuk!
Sebab ianya menggunakan teknologi dari Jepun, korang faham lah produk Jepun macam mana, kalau tak, tak kan lah DIY, Daiso semua tu boleh berkembang dengan pantas di dunia. Bahan yang di gunakan adalah dari bahan semulajadi.
So ianya selamat untuk mereka yang mempunyai kulit yang sentitif, untuk kanak-kanak dan juga ibu-ibu yang mengandung.
Boleh spray dekat baby stroller ke, dekat tombol pintu ke ataupun mana-mana sahaja yang korang rasa perlu.
Jika lepak di kafe atau restoran pun korang boleh spray dekat kerusi atau meja makan. Kita jaga kita dahulu sebab kita tak leh nak harapkan orang yang buat untuk kita. Bukan boleh caya semua orang ni sekarang. Tapi korang boleh percaya apa yang aku cakap pasal produk ini. Tak rugi pun kalau cuba untuk korang dan keluarga juga.
Baru-baru ni aku travel ke Langkawi, spray ni memang aku sentiasa bawa sebab ianya ada saiz travel dan juga untuk kegunaan rumah. Easy to carry when travel. Macam bawa spray pelembab kulit jer. Aku spray dekat luggage sebab yelah kita tahu apa yang melekat dekat luggage atau backpack kita bila kat luar kan. Then spray juga dekat dalam bilik hotel dan juga beberapa barang personal lain.
Kill 99.999% Bacteria & germs
Bukan sahaja virus covid19 malah virus-virus yang merebak melalui udara dan yang kita tak nampak pun boleh dielakkan. Ianya more kepada kebersihan di sekeliling kita. Seriously ianya not just for coivid99 only!
Korang boleh dapatkan produk ini dekat hicclife.my. Harga pun boleh tengok kat situ. Murah je.
Function lain:
Membersihkan udaraMembersihkan dapur Membersihkan alat permainan anak-anakMembersihkan baju semasa mendobiSelamat untuk haiwan peliharaanBoleh cuci buah buahan dan juga sayur sayuran
Boleh dikatakan ianya bukan sahaja boleh digunakan untuk travel sahaja maalah ianya sesuai untuk kegunaan harian. Lagipun buat masa sekarang bukan boleh travel pun sehingga hujung Disember. Nak keluar melepak atau pun kerja korang boleh bawa HICC Multipurpose Spray ni! Sebab kita tak tahu apa yang ada dekat luar. Balik nanti keluarga kita pun selemat.
Untuk info lanjut korang boleh check out dekat Facebook dan Instagram HICC Malaysia
The post Domestik Travel Dalam Gaya Hidup Norma Baharu Korang Boleh Amalkan! first appeared on Faizal Fredley.
The post Domestik Travel Dalam Gaya Hidup Norma Baharu Korang Boleh Amalkan! appeared first on Faizal Fredley.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.faizalfredley.com/2020/11/12/cara-untuk-domestik-travel-dalam-gaya-hidup-norma-baharu-korang-boleh-amalkan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=cara-untuk-domestik-travel-dal