Dolla Tumpang Tuah Blackpink



Langkah Dolla bagaikan 'peluru berpandu' yang menyelusup ke puncak populariti dengan pantas apabila mendapat liputan media antarabangsa kononnya menjadi jelmaan kumpulan popular antarabangsa, Blackpink.
Pendedahan media antarabangsa dianggap 'rezeki terpijak' apabila Dolla pantas membina nama dan populariti. Baru enam bulan Dolla ditubuhkan, kumpulan yang dianggotai empat gadis muda, Sabronzo, 25, Tabby, 20, Angel, 19, dan Syasya, 19, sudah menjadi bualan ramai sejak tahun lalu.
Single pertama, Make You Wanna mendorong ramai peminat mula mengikuti mereka. Lebih membanggakan single kedua, Impikan atau Watch Me Glow dalam versi bahasa Inggeris berjaya menduduki tangga kedua 'trending' menerusi laman YouTube dalam tempoh sehari dilancarkan. Sehingga kini, video muzik Impikan sudah meraih hampir 800,000 tontonan sejak dilancarkan 30 Oktober lalu.
"Kami sukar menyangkal tempias populariti yang diperoleh apabila kisah jelmaan Blackpink menjadi liputan media Korea Selatan, Indonesia dan Singapura.
"Dari situ, menarik ramai perhatian peminat untuk melihat sejauh mana persamaan kami. Adakah kami meniru Blackpink atau sebaliknya dalam muzik video pertama, Make You Wanna.
"Bagaimanapun, peminat melihat sisi yang berbeza dan personaliti tersendiri apabila menyaksikan Dolla dalam muzik video kedua, Impikan.
"Apapun, kami tak orang ramai membuat perbandingan Dolla dengan Blackpink. Malah, kami berbangga apabila dibandingkan dengan kumpulan popular bertaraf antarabangsa itu. Ia bagaikan satu penghormatan, malah kami tumpang tuah kumpulan hebat itu," kata jurucakap kumpulan, Sabronzo.
Sabronzo berkata, Dolla terharu apabila single kedua, Impikan memperoleh pencapaian luar biasa buat kumpulan baharu seperti mereka.
"Ia memang luar jangkaan kami. Sambutan diterima memangkin semangat untuk menghasilkan kerja dengan baik.
"Sejujurnya, kami agak risau ketika menghasilkan single Impikan. Ini kerana lagu ini mengetengahkan rentak agak asing iaitu EDM. Kami tak tahu penerimaan peminat.
"Bagaimanapun, syukurlah, ramai yang memberi maklum balas baik. Ini membuatkan kami lebih bersemangat untuk membuktikan kemampuan kami," katanya kepada BH Online.
Dolla kini di bawah naungan syarikat rakaman, Universal Music Malaysia sejak Ogos, tahun lalu.
Mengulas single kedua, Impikan dan Watch Me Glow, usaha menghasilkan dua versi single itu bagi mengorak langkah lebih jauh dalam dan luar negara.
"Syukur, muzik video Watch Me Glow juga menerima sambutan baik apabila mendapat tontonan peminat luar negara. Tarikan ini juga disebabkan artikel Dolla dipaparkan dalam portal berita Korea Selatan www.allkpop.com, biarpun ia menyentuh perbandingan Dolla dan Blackpink.
"Kami tidak terasa hati, malah mengambilnya sebagai pendedahan positif. Kami berterima kasih kepada peminat yang banyak membuat perkongsian artikel berita Dolla hingga mendapat liputan media antarabangsa," katanya.
Single Watch Me Glow ditulis komposer antarabangsa, Ludwig Lindell, Karl Oscar Gummesson dan Daniel Caesar. Komposer dari Sweden itu terkenal sebagai orang kuat yang pernah menghasilkan lagu popular untuk penyanyi popular K-pop. Antaranya, BTS, EXO, Red Velvet, Pentagon dan Loona.
Satu demi satu pencapaian positif yang diterima, Dolla berbangga apabila diberi peluang membuat persembahan pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 yang bakal berlangsung pada 13 November ini.
Sabronzo berkata, ABPBH 33 menjadi pentas anugerah pertama yang memberi peluang kepada Dolla untuk membuat persembahan secara langsung.
"Ia seperti impian jadi kenyataan. Semestinya kami teruja diberikan peluang keemasan ini, tetapi dalam masa sama, gementar tetap ada. Ini adalah kali pertama kami membuat persembahan secara langsung menerusi anugerah berprestij di hadapan penonton.
"Disebabkan pandemik COVID-19, kami belum berpeluang membuat persembahan secara langsung dan pentas ABPBH 33 bakal mencipta sejarah untuk Dolla.
"Kami berharap dapat melakukan persembahan yang terbaik. Kini, kami sedang giat berlatih vokal dan rentak tari," katanya yang bakal mempersembahkan lagu saduran.
Mengulas mengenai imej seksi, Sabronzo berkata, ia adalah identiti anggota Dolla sejak dahulu.
"Kalau lihat laman sosial kami, itulah imej setiap anggota Dolla sejak dahulu. Bukan disebabkan wujudnya Dolla baru nak seksi.
"Penampilan yang diperlihatkan menerusi video muzik adalah gaya yang diberikan oleh label muzik dan penata gaya mengikut gaya tersendiri.
"Kami harap peminat boleh menerima imej yang ditampilkan sebagai keunikan dan kelainan yang diketengahkan Dolla," katanya. Dolla menyertai uji bakat yang dijalankan oleh Universal Music sekitar Mac, tahun lalu. Kemudiannya, menandatangani kontrak, Ogos 2019.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2020/11/dolla-tumpang-tuah-blackpink.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kami Sudah Cuba Melawannya Syasya Dolla Jelas Sebab Cover Lagu Blackpink Di Abpbh 33

Kami Sudah Cuba Melawannya Syasya Dolla Jelas Sebab Cover Lagu Blackpink Di Abpbh 33

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 1651 hits
Selepas menafikan bahawa mereka meniru kumpulan BLACKPINK ramai yang mula meragui kenyataan tersebut apabila DOLLA tampil mempersembahkan lagu kumpulan K Pop popular itu semasa di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 33 baru baru ini P...
Kata Tak Tiru Blackpink Netizen Persoal Dolla Cover Lagu Lovesick Girls Di Abpbh 33

Kata Tak Tiru Blackpink Netizen Persoal Dolla Cover Lagu Lovesick Girls Di Abpbh 33

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 571 hits
Rasanya ramai kini yang mengenali kumpulan DOLLA yang sudah hampir setahun memulakan karier seni mereka dalam industri seni tempatan Sudah sejak awal kemunculan lagi namun ahli kumpulan DOLLA menafikan dakwaan copy cat tersebut dan menjelas...
Mira Filzah Teruja Suami Berjaya Buat Solekan Ala Jennie Blackpink Di Wajahnya

Mira Filzah Teruja Suami Berjaya Buat Solekan Ala Jennie Blackpink Di Wajahnya

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 231 hits
Sehingga kini Mira Filzah dan suaminya Wan Emir dilihat seakan tidak putus putus berkongsi kemesraan dan kisah manis bersama sejak sah menjadi pasangan suami isteri var homeUrl2 window location hostname var homeUrlChecker2 home
Dituduh Membahayakan Nyawa Panda Netizen China Kritik Blackpink

Dituduh Membahayakan Nyawa Panda Netizen China Kritik Blackpink

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 306 hits
Ramai rasanya dah tak sabar nak menyaksikan episod terakhir rancangan realiti BLACKPINK iaitu 24 365 with BLACKPINK yang bakal ditayangkan minggu ini Bagi menaikkan keterujaan peminat sebuah klip pendek telah diriliskan sebagai teaser episo...
Benjamin Mora Jdt Tiada Tuah

Benjamin Mora Jdt Tiada Tuah

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 596 hits
Johor Darul Ta zim tiada tuah Itu ungkapan pengendalinya Benjamin Mora selepas menang 1 0 ke atas Kuching FA di pusingan pertama TM Piala Malaysia 2020 Melihatkan statistik sebelum ini di saingan Liga Super JDT memiliki jentera serangan yan...
Pernah Pilih Sebagai Lelaki Idaman Gong Yoo Beri Respons Pada Lisa Blackpink

Pernah Pilih Sebagai Lelaki Idaman Gong Yoo Beri Respons Pada Lisa Blackpink

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 549 hits
Siapa sahaja yang tak letak Gong Yoo sebagai lelaki pertama dalam senarai lelaki idaman kan Dengan wajah yang tampan badan yang tough bakat lakonan yang mantap dan personaliti yang baik mestilah ramai yang suka kan Baru baru ini pelakon itu...
Cat Farish Selamat Menamatkan Zaman Dudanya Bersama Pereka Fesyen Ini Warganet Tumpang Gembira Dan Turut Mendoakan

Cat Farish Selamat Menamatkan Zaman Dudanya Bersama Pereka Fesyen Ini Warganet Tumpang Gembira Dan Turut Mendoakan

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 448 hits
Selamat melangsungkan pernikahan dengan seorang pereka fesyen tempatan Suriani Hassan penyanyi dan pelakon terkenal Cat Farish kini sah menjadi bergelar suami kembali dalam sebuah majlis ringkas di Negeri Sembilan pada pagi tadi
Hiburan Bukan Saingan Langsung De Fam Akui Kagum Konsep Muzik Yang Dibawa Kumpulan Dolla

Hiburan Bukan Saingan Langsung De Fam Akui Kagum Konsep Muzik Yang Dibawa Kumpulan Dolla

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 788 hits
Kumpulan trio De Fam menganggap kemunculan kumpulan nyanyian wanita terbaru Dolla sebagai bukan saingan sebaliknya tumpang berbangga kerana tampil dengan konsep muzik yang segar dan baharu dalam industri muzik tempatan Menurut salah seorang...
Dolla Impi Tempa Nama Di Peringkat Antarabangsa

Dolla Impi Tempa Nama Di Peringkat Antarabangsa

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 270 hits
SELEPAS melancarkan single debut mereka Make You Wanna pada Mac lalu kumpulan Dolla berjaya menarik perhatian peminat industri muzik tempatan dengan konsep lagu penampilan nyanyian dan tarian setaraf dengan kumpulan wanita antarabangsa Biar...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi