Doktor Pakar Jual Bayi



Kuala Lumpur: Tindakan pantas diambil apabila seramai empat doktor pakar sekitar Lembah Klang diberkas sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki berkomplot dengan sindiket jual bayi.
Dalam operasi serentak dilakukan jam 10 pagi semalam, sebanyak empat klinik dan pusat perubatan swasta diserbu sepasukan pegawai SPRM Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.
Semua mereka disyaki bersubahat dengan menyediakan dokumen palsu bagi membolehkan beratus bayi tak sah taraf atau bayi pendatang haram didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Tindakan itu, sekali gus membolehkan bayi tidak sah taraf ini memperolehi Sijil Kelahiran dan MyKid sah dikeluarkan JPN.
Serbuan besar-besaran itu turut membabitkan penahanan dua pegawai JPN dan tujuh orang awam yang disyaki ada kaitan dengan pengeluaran dokumen penting itu secara salah.
Tujuh orang awam ditahan membabitkan pemohon dokumen kelahiran di JPN selain runner (orang tengah) yang menawarkan khidmat kepada orang ramai.
Jurucakap SPRM berkata, tindakan dilakukan itu susulan pendedahan Harian Metro berkaitan kewujudan sindiket yang menawarkan pakej menjual bayi lengkap dengan Sijil Kelahiran JPN dan Mykid tulen kepada pihak yang sanggup membayar harga tinggi.
Menurutnya, kejayaan operasi ini turut membabitkan kerjasama pihak JPN yang menyalurkan maklumat sehingga kegiatan itu dapat dibenteras.
"Pihak JPN turut berkongsi hasil risikan dalaman dilakukan bagi membolehkan pihak SPRM menyiasat pihak bertanggungjawab memperdaya JPN serta terbabit menjual bayi secara haram," katanya.
Wartawan Harian Metro menyertai salah satu serbuan bersama pegawai SPRM pagi semalam ketika menyerbu kediaman seorang doktor pakar di Cheras di sini.
Bagaimanapun, doktor lelaki berusia 60-an itu didapati 'hilang' walaupun semua kereta mewahnya berada di rumah.
Isterinya yang disoal siasat mendakwa suami keluar pada awal pagi menaiki teksi tanpa diketahui tujuan.
Susulan itu, pegawai SPRM melakukan siasatan terhadap klinik milik doktor itu di Ampang, Selangor bagi mengumpulkan bukti dan dokumen berkaitan.
Bagaimanapun, pegawai SPRM mengesyaki sesuatu yang tidak kena apabila fail dokumen bukti kelahiran diperlukan didapati hilang. Malah, semakan mendapati klinik berkenaan menyimpan data pesakit mereka secara manual berbanding menggunakan kemudahan komputer.
Doktor klinik itu yang diburu akhirnya 'menyerah diri' sekitar jam 12 tengah hari sebelum disoal siasat pegawai SPRM.
Doktor terbabit bagaimanapun memberi pelbagai alasan termasuk mendakwa ada individu menyamar sebagai dirinya, selain menyalahkan doktor lain yang berkhidmat di klinik miliknya.
Berikutan itu. semua 13 individu membabitkan doktor, pegawai JPN dan orang awam yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat SPRM Kuala Lumpur untuk soal siasat.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, Datuk Azmi Kamaruzaman yang dihubungi mengesahkan operasi dan tangkapan dilakukan pihaknya semalam.
Harian Metro secara eksklusif semalam mendedahkan kegiatan 'menjual' kewarganegaraan Malaysia yang dikesan mula aktif dilakukan sejak lebih 8 tahun lalu.
Sumber berkata, kegiatan jenayah terancang itu kian sukar dikesan susulan pembabitan kakitangan klinik dan doktor swasta bersekongkol membantu sindiket atau individu tertentu yang memerlukan dokumen penting berkenaan.
Menurutnya, kegiatan terancang itu dikenal pasti melibatkan pembabitan beberapa pihak antaranya pembantu atau jururawat pusat perubatan swasta, doktor, 'orang tengah' dan segelintir kakitangan JPN di Lembah Klang.
Kebiasaannya bagi membolehkan seseorang bayi baru lahir didaftarkan dalam sistem pendaftaran negara JPN bagi memperolehi Sijil Kelahiran dan Mykid sah, ibu bapa perlu membawa borang pengesahan kelahiran daripada hospital atau surat pengesahan doktor.
Selain itu, pemohon perlu membawa bersama Kad Pranatal (Buku Rawatan Mengandung) atau Kad Rawatan Semasa Ibu Mengandung (asal dan salinan) selain dokumen pengenalan diri ibu dan bapa ke pejabat JPN.
Semua dokumen wajib itu bagaimanapun boleh dipalsukan dan disediakan sindiket melalui komplot didalangi jururawat, pembantu perubatan dan doktor di klinik swasta.
Berdasarkan risikan diperolehi SPRM, doktor di beberapa klinik swasta menawarkan khidmat mengeluarkan dokumen palsu diperlukan ini dengan mengenakan kadar bayaran tertentu mencecah ribuan ringgit.
Doktor swasta ini akan menyediakan dokumen palsu membabitkan borang pengesahan kelahiran serta menyediakan kad rawatan semasa ibu mengandung menggunakan maklumat 'tipu' seolah-olah bayi terbabit dilahirkan di pusat perubatan berkenaan.
Wujud juga runner (orang tengah) atau individu yang menyamar sebagai ibu bapa kandung bayi terbabit bagi urusan pendaftaran bayi itu di pejabat JPN.
Segelintir pegawai JPN bertugas di kaunter permohonan turut disyaki bersubahat memudahkan urusan mendapatkan Sijil Kelahiran Sah dan MyKid tulen berkenaan.
Sukar untuk menentukan kesahihan identiti bayi terbabit berikutan bayi itu tidak dibawa ke pejabat JPN ketika proses permohonan Sijil Kelahiran dan MyKid - Harian Metro

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/06/doktor-pakar-berkomplot-dengan-sindiket.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2 Pegawai Jpn Ditahan Sprm Dipercayai Terlibat Dengan Sendikit Jual Bayi

2 Pegawai Jpn Ditahan Sprm Dipercayai Terlibat Dengan Sendikit Jual Bayi

papar berkaitan - pada 9/6/2023 - jumlah : 160 hits
BernamaPUTRAJAYA Jabatan Pendaftaran Negara mengesahkan bahawa dua pegawai jabatan itu merupakan antara beberapa individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di sekitar Lembah Klang semalam kerana disyaki berkomplot dengan s...
Elok Ke Bayi Tidur Dalam Bilik Atau Rumah Yang Ada Aircond Doktor Jelaskan Kesanya

Elok Ke Bayi Tidur Dalam Bilik Atau Rumah Yang Ada Aircond Doktor Jelaskan Kesanya

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 150 hits
Masih ramai ibu bapa yang ragu ragu adakah sesuai bayi bawah setahun berada dalam bilik atau rumah yang beraircond Ini kerana ada yang risau takut menjejaskan kesihatan bayi Berikut antara beberapa persoalan dan penjelasan yang diberikan ol...
Air Ketuban Pecah Tengah Malam Doktor Boleh Pula Pergi Tidur Dulu Sekali Malang Menimpa Ibu Dan Bayi

Air Ketuban Pecah Tengah Malam Doktor Boleh Pula Pergi Tidur Dulu Sekali Malang Menimpa Ibu Dan Bayi

papar berkaitan - pada 8/6/2023 - jumlah : 154 hits
Air ketuban pecah tengah malam Doktor boleh pula pergi tidur dulu sekali malang menimpa ibu dan bayi Apabila air ketuban telah pecah ia menandakan bayi dalam kandungan akan keluar tidak lama lagi Sepanjang itu perawat akan memeriksa bukaan ...
Kes Buang Bayi Ketiga Di Sabah Dalam Tempoh 4 Hari

Kes Buang Bayi Ketiga Di Sabah Dalam Tempoh 4 Hari

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 279 hits
Bayi dipercayai baru dilahirkan ditemui di bawah kolong rumah di Kampung Sapat Foto ihsan polis Tangisan selamatkan bayi kesejukan ditinggalkan bawah kolong rumah PAPAR Seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui di bawah kolong ...
Bayi Lelaki Baru Lahir Ditemukan Atas Reban Ayam

Bayi Lelaki Baru Lahir Ditemukan Atas Reban Ayam

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 289 hits
Juwan Riduanam hmetro com myLahad Datu Bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemukan ditinggalkan di atas reban ayam di kawasan Kampung Jawa di sini hari ini Bayi malang itu ditemukan seorang lelaki berusia 51 tahun ketika melihat reban ayam m...
Polis Kesan Wanita Tinggal Bayi Depan Masjid

Polis Kesan Wanita Tinggal Bayi Depan Masjid

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 137 hits
BernamaIPOH Seorang bayi perempuan yang dipercayai baru beberapa hari dilahirkan ditemukan di depan pintu utama Masjid An Najihah Sungai Kepar dekat Semanggol hari ini Ketua Polis Kerian Juna Yusoff berkata bayi yang cukup sifat itu serta d...
Malu Hamil Luar Nikah Penyanyi Sumbat Bayi Dalam Luggage Sebelum Buang Di Kebun

Malu Hamil Luar Nikah Penyanyi Sumbat Bayi Dalam Luggage Sebelum Buang Di Kebun

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 240 hits
WAN SITI AMINAHAngkara mahu menutup malu kerana melahirkan anak luar nikah seorang penyanyi sanggup membuang bayinya sendiri Berusia awal 20 an penyanyi yang kejam itu sanggup menyumbat bayi yang masih bernyawa ke dalam sebuah beg begasi Be...
Tak Sangka Dengan Hanya Jual Sandwich Dekat Traffic Light Je Pemuda Ini Jana Pendapatan Rm500 Sehari

Tak Sangka Dengan Hanya Jual Sandwich Dekat Traffic Light Je Pemuda Ini Jana Pendapatan Rm500 Sehari

papar berkaitan - pada 26/5/2023 - jumlah : 175 hits
Tak sangka Dengan hanya jual sandwich dekat traffic light je pemuda ini jana pendapatan RM500 sehari Penggunaan kenderaan persendirian kat jalan raya semakin meningkat walaupun negara kita mengalami pelbagai isu ekonomi Malah Malaysia merup...
Gula Gula Dan Jajan Era 90 An Ada Jual Di Childhood Sunway Piramid

Gula Gula Dan Jajan Era 90 An Ada Jual Di Childhood Sunway Piramid

papar berkaitan - pada 29/5/2023 - jumlah : 336 hits
Salam uolls Myself in front of the Childhood store in Sunway PiramidNak share sikit dengan semua yang membesar sekitar tahun 90 an Ty ke Sunway Piramid semata mata nak beli buku untuk exam di Popular Al kisahnya hanya ada stok di sana Jadi ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls

Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik