Doktor Kongsi Tentang Vaginismus Dan Pasangan Tak Pernah Bersama Bila Suami Datang Dia Tolak



Doktor Kongsi Tentang Vaginismus Dan Pasangan Tak Pernah ‘Bersama’ Bila Suami Datang Dia Tolak”
MASIH berstatus anak dara walaupun selepas lapan tahun berkahwin.
Walaupun sukar untuk dipercayai, namun inilah realiti yang dihadapi sesetengah pasangan yang tidak dapat melakukan hubungan suami isteri akibat rasa takut yang melampau.
Perasaan takut melampau sehingga menyebabkan seseorang itu tidak boleh melakukan hubungan seksual ini dikenali sebagai Vaginismus
Berkongsi lebih lanjut mengenai masalah kesihatan ini dengan mStar, pakar Perubatan Keluarga Dr Siti Aishah Yunos berkata, rasa anxiety yang dialami isteri akan membuatkan otot pada pinggulnya mengeras, seterusnya menyukarkan pasangan mereka untuk melakukan penetrasi.
Katanya, kebanyakan pesakit yang hadir untuk mendapatkan rawatan di kliniknya di Langkawi mengakui mengalami rasa takut yang melampau selepas mendengar ‘pengalaman’ malam pertama rakan-rakan mereka.
“Bila mereka datang ke klinik, saya akan bagi kertas untuk tulis kenapa mereka tak boleh melakukan seks, alasan yang saya terima adalah ‘takut sakit’, itu sahaja, tak ada alasan lain.
“Situasi ni berlaku sebab biasalah bila nak berkahwin ni mereka borak-borak dengan kawan-kawan yang akan kongsi pengalaman cakap sakit la, ‘tak boleh masuk’, ‘sampai menangis’, ‘terkoyak’ la, jadi benda-benda ni akan membuatkan pengantin perempuan jadi takut, bila dia takut, mental dia jadi stress.
“Bila stress, otot di bahagian pinggul akan mengeras dan bila itu berlaku, saluran pada kemaluan wanita akan tertutup dan sebab tu penis tak boleh masuk.
“Jadi bila suami dia datang dia akan tolak sampai sudahnya mereka tak pernah buat hubungan seks,” katanya, sambil menegaskan bahawa rasa takut yang dialami itu hanya akan membuatkan seks yang sepatutnya mudah menjadi susah

Otot di bahagian pinggul akan mengeras apabila seseorang wanita itu tertekan, ini akan menyebabkan saluran pada kemaluannya tertutup dan menyukarkan penetrasi untuk berlaku.
Menurut Dr Siti Aishah, jika dilakukan dalam keadaan tenang dan dengan teknik yang betul, rasa sakit yang dialami pasangan pertama kali melakukan hubungan suami isteri itu sebenarnya jauh lebih kurang berbanding apabila tangan seseorang itu dicubit.
“Nak tahu rasa sakit buat seks pertama kali macam mana, angkat tangan kemudian cubit kuat-kuat, rasa sakit ni lagi sakit dari seks kali pertama.
“Sebab tu penting kena relakskan punggung kalau tak kemaluan lelaki lansung tak boleh masuk, jadi kena ingat Dr Aishah kata seks ni mudah, kalau tak mesti ada something wrong.
“Jangan lawan suami, dan yang penting letak pelincir banyak-banyak, benda ni sangat membantu,” katanya.
Menurut Dr Siti Aishah, pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan kadangkala sudah berkahwin selama bertahun tahun, dan kebiasaannya mereka hadir untuk menjalani rawatan bagi mendapatkan cahaya mata.
“Bayangkan tekanan yang mereka alami, nak cerita dekat orang tak boleh, lepas tu orang sekeliling tanya pasal anak, ada seorang pesakit saya dia sudah berkahwin selama lapan tahun, dia dah buat Intrauterine insemination (IUI) iaitu memasukkan benih suami pada isteri sebanyak dua ke tiga kali sebab mereka inginkan anak, tapi tak berjaya.
“Bila datang dekat saya, saya cakap kena periksa sebab takut mungkin sperma tak sesuai ke, tapi masa tu baru dia beritahu yang sebenarnya seks pun tak pernah buat.
“Selepas saya bagi rawatan kaunseling, bila saya follow up balik mereka kata dah boleh buat,” katanya, sambil menambah ada juga yang sudah lima dan dua tahun berkahwin tapi takut untuk melakukan hubungan suami isteri.

Menurut Dr Aishah, pesakit yang datang kepadanya kadangkala sudah berkahwin selama bertahun-tahun lamanya.
Katanya, salah seorang pesakitnya yang gagal melakukan hubungan seksual selepas dua tahun berkahwin, akhirnya disahkan hamil selepas mendapat rawatan.
Menurut Dr Aishah, ada antara pasangan yang mengalami masalah ini akhirnya memilih untuk berpisah.
“Ada dua jenis pasangan, satu mereka yang terlampau memikirkan jadi mereka akhirnya berakhir dengan perceraian, dan satu lagi mereka yang sudah berputus asa jadi mereka tak nak bercakap tentang hubungan seks lagi.
“Tapi mereka ini tetap bahagia dan saling menyokong antara satu sama lain, seks pada mereka bukanlah segala-galanya, jadi mereka meneruskan hidup seperti biasa,” katanya.
Vaginismus ini, katanya, terbahagi kepada dua, iaitu primary dan secondary vaginismus.
Primary vaginismus melibatkan pasangan yang langsung tidak pernah menjalinkan hubungan seksual kerana rasa takut isteri, manakala secondary vaginismus pula berlaku kepada pasangan yang pernah melakukan hubungan seks, namun trauma yang dialami di kawasan kemaluan akibat bersalin atau pembedahan membuatkan wanita takut untuk melakukan trauma yang dialami di kawasan kemaluan akibat bersalin atau pembedahan membuatkan wanita takut untuk melakukan hubungan suami isteri semula.
Menurut Dr Siti Aishah, ada juga wanita yang mengelak daripada melakukan hubungan kelamin disebabkan oleh trauma akibat pernah dicabul atau dirogol.
“Primary vaginismus ni mereka memang tak pernah melakukan hubungan seksual, tapi kalau secondary ni mereka pernah melakukan hubungan seksual tapi tiba-tiba je mereka jadi takut nak buat hubungan sebab yang paling selalu kita dengar di Malaysia adalah selepas bersalin.
“Bila bersalin kemaluan terkoyak dan berlaku kecederaan urat saraf pada vagina yang menyebabkan rasa sakit yang melampau jadi mereka jadi fobia dan takut, sebab itu la pentingnya untuk ibu-ibu diberi masa untuk berehat dan berpantang supaya mereka sihat sepenuhnya baik dari segi fizikal dan mental.
“Ada juga yang kena kanser rahim atau ovari, masa menjalani rawatan radioterapi tu ada kesan sampingan pada kemaluan, jadi mereka takut untuk melakukan hubungan seksual, dan ada juga yang takut nanti kanser itu datang kembali,” katanya, pesakit perlu segera mendapatkan rawatan pakar.
Namun, ujar Dr Aishah, terdapat juga beberapa penyakit lain yang boleh menyebabkan seseorang itu rasa sakit ketika melakukan hubungan kelamin.
Antaranya, jangkitan kuman pada vagina, masalah pada dubur seperti buasir yang teruk, vulvar vestibulitis (sensitif pada kawasan berhampiran dengan saluran pada kemaluan), Vulvodynia (urat saraf pada kemaluan yang sentiasa aktif dan menyebabkan rasa sakit), menapous dan pelbagai masalah kulit.
Menurut Dr Aishah, selain rawatan kaunseling, dan sesi terapi pesakit juga boleh dirawat menggunakan ubat kebas dan juga ubat untuk mengawal rasa takut yang dialami mereka.
“Benda ni dia kena team work, bukan isteri sahaja, tapi suami juga perlu mainkan peranan,” katanya.-mSTAR
Doktor Kongsi Tentang Vaginismus Dan Pasangan Tak Pernah ‘Bersama’ Bila Suami Datang Dia Tolak”
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik :
Elak Tanggung Rugi Ratusan Ribu Dan Kereta Baru, Lelaki Ini Sanggup Ke China Beli Plastik Pelindung Amelia tak suka kongsi Sesi Persekolahan Penggal 3 Ditangguh Seminggu – Menteri KPM Enam tahun sekatil baru sedar isteri bekas ibu tiri Kejutan buat kekasih bertukar drama air mata Puteri Balqis mengaku ibunya bertatu Senariounion tanpa Lan Pet Pet, ini sebabnya Pertahan tentera: Shahrol bidas Harith Iskander Amaran Prof. Shahrul Shauqi palsu – Meteorologi Lelaki psikik dakwa ramal kejadian besar 2022 Layari Laman Facebook MYKMU</a
Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’

The post Doktor Kongsi Tentang Vaginismus Dan Pasangan Tak Pernah ‘Bersama’ Bila Suami Datang Dia Tolak” appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/12/26/doktor-kongsi-tentang-vaginismus-dan-pasangan-tak-pernah-bersama-bila-suami-datang-dia-tolak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aaisyah Demam Suami Batuk Selesema Che Ta Dedah Anak Suami Pernah Positif Covid 19

Aaisyah Demam Suami Batuk Selesema Che Ta Dedah Anak Suami Pernah Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 210 hits
Pasangan selebriti Che Ta dan suaminya Zain Saidin yang baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke lapan pada 11 Disember lalu mendedahkan pernah dijangkiti Covid 19 bulan lepas Berkongsi cerita mengenai jangkitan virus ya...
Anak Lapar Tak Ingat Nak Main Tolak Gajet Mia Ahmad Kongsi Tip Bawa Anak Keluar Makan

Anak Lapar Tak Ingat Nak Main Tolak Gajet Mia Ahmad Kongsi Tip Bawa Anak Keluar Makan

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 352 hits
Setiap kali bawa anak keluar makan cabaran bermula bila mana anak tidak mahu duduk diam Ada nak bergerak ke sana sini ada juga yang melompat lompat Sudahnya gajet juga jadi pilihan Namun bagi Mia Ahmad dia selesa melakukan pelbagai aktiviti...
Ryu Junyeol Ulas Tentang Filem Alien Akan Datang Minat Terhadap Fotografi

Ryu Junyeol Ulas Tentang Filem Alien Akan Datang Minat Terhadap Fotografi

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 214 hits
Ryu Jun yeol baru baru ini terlibat dengan penggambaran dan temu bual dengan Esquire Korea Semasa temu bual pelakon itu mengulas mengenai proses penggambaran untuk filem sci fi yang akan datang Alien yang mengambil masa lebih setahun untuk ...
Start Caring Other Babies Insya Allah Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Ikhtiar Suami Isteri Yang Mahukan Zvriat

Start Caring Other Babies Insya Allah Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Ikhtiar Suami Isteri Yang Mahukan Zvriat

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 380 hits
Angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor menitipkan ikhtiar untuk mendapatkan anak kepada pasangan berumah tangga yang menantikan kehadiran zvriat Menerusi laman sosial Twitter seorang pengguna berkongsi tips mendapatkan zvriat da...
Anak Dalam Fasa Tolak Nasi Ibu Ini Kongsi Resepi Murtabak Nasi Anak Confirm Berselera

Anak Dalam Fasa Tolak Nasi Ibu Ini Kongsi Resepi Murtabak Nasi Anak Confirm Berselera

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 280 hits
Anak tolak nasi memang buatkan mama rasa pening kepala Tapi sebenarnya tak semestinya nak kena paksa anak makan nasi ada banyak lagi pilihan karbohidrat yang mama boleh sediakan Tapi kalau mama tetap nak cuba beri nasi pada anak mama perlu ...
Shin Minah Ulas Tentang Hometown Cha Cha Cha Drama Baru Akan Datang Banyak Lagi

Shin Minah Ulas Tentang Hometown Cha Cha Cha Drama Baru Akan Datang Banyak Lagi

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 205 hits
Shin Min ah telah menghiasi muka depan majalah fesyen Elle edisi Januari 2022 ARTIKEL BERKAITAN Pelakon itu menunjukkan daya tarikannya yang cantik dan menawan ketika dia bergambar dalam pelbagai persekitaran yang menyerlahkan keanggunan da...
Setahun Sekali Datang Haid Hidap Pcos Wanita Ini Kongsi Pengalaman

Setahun Sekali Datang Haid Hidap Pcos Wanita Ini Kongsi Pengalaman

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 413 hits
PCOS juga dikenali sebagai Stein Levanthal Syndrome ini disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon di dalam badan di mana terdapat berlebihan hormon lelaki dan insulin di dalam pesakit Ini boleh mengakibatkan kitaran haid yang tidak teratur d...
Saya Tak Pernah Fikir Untuk Berhenti Berlakon Shin Hyunbeen Ulas Tentang Laluan Kerjayanya

Saya Tak Pernah Fikir Untuk Berhenti Berlakon Shin Hyunbeen Ulas Tentang Laluan Kerjayanya

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 193 hits
Shin Hyun been baru baru ini mengambil bahagian dalam satu penggambaran untuk majalah Elle Menerusi penggambaran itu aktres itu menunjukkan daya tarikannya yang menawan dengan pencahayaan hangat menyerlahkan kulit dan matanya yang bercahaya...
Tamat Dengan Rating Baik Rowoon Kongsi Perasaan Tentang Drama The King S Affection

Tamat Dengan Rating Baik Rowoon Kongsi Perasaan Tentang Drama The King S Affection

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 299 hits
Rowoon SF9 telah berkongsi perasaannya tentang drama terbarunya The King s Affection yang telah tamat siaran Pada 15 Disember dia berkongsi Saya mempunyai masa yang indah memainkan watak Ji woon dalam siri ini Saya harap dia akan menemui ke...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun