Doaku Di Tahun Baru


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Doaku di tahun baru | Dah nak masuk 2025... Makin rasa macam... dah kurang mencarut dan mengomen dan buat status... dah takde rasa nak menulis.. lebih kepada membaca, memerhati dan muhasabah diri... mungkin dah rasa diri ni dah cukup tua untuk ambil tahu kisah orang... cukup dengan diri sendiri dan keluarga... hidup nak tenang-tenang saja..  
Moga tahun 2025 lebih baik dari tahun 2024... Banyak rahsia Allah yang ku tak ketahui... 
Apa pun... rasanya semua impian tahun 2024 dah tercapai..
Apa ku minta dulu Allah dah makbulkan... 
Nak ada rumah sendiri... 2023 lagi dah Allah berikan.
2024 nak dok rumah sendiri... Allah makbulkan juga walaupun tanpa bersedia... 2024 Nak selalu jenguk mak ayah... Alhamdulillah.. dapat juga walaupun sebulan sekali sebab sebelum ni hanya setahun 2 kali... 
2025... nak apa lagi... rasa malu nak minta dengan Allah... Cuma 2025... Nak sihat, nak anak-anak sihat... nak suami sentiasa sihat... nak ibu bapa dan mentua yang sentiasa sihat... kuat untuk beribadat... ameen... tak tau nak minta apa dah... cuma nak sihat dan kuat untuk hadapi apa saja yang akan datang... itu saja... 
Semalam... santai sembang dengan murid form 5... ntah macam mana termasuk topik stress . 
Cerita kat anak murid... "Saya dulu, baya umur awak...tak tahu apa itu stress..., dah besar tahu erti hidup baru saya rasa apa itu tekanan..." "Kenapa sekarang kecik-kecik dah kena stress...anxiety dan penyakit-penyakit mental lain... 
Murid jawab... Sebab ustazah sentiasa chill... santai... relax je... tu kami syok je .... ustazah ajar pun tak stress-stress macam ustazah lain... 
Saya jawab:Hidup ni terlalu singkat nak rasa stress... nikmati dengan tenang... Masalah yang Allah bagi untuk kita kembali ingat kat Dia... untuk kita jadi lagi kuat, bukan melemahkan..
Bila masalah datang... kita fikir dan usaha jalan penyelesaian...bukan fikirkan ... kenapa masalah tu datang kat kita... Yakin dengan Allah... sentiasa ingat... Allah tu ada je dengan kita... letakkan Allah yang utama dalam segala hal... 
Apa ujian ku terima 2024?Aku tak ingat apa aku diuji 2024... Sebab semuanya bagai diangin lalu je... Cuma diuji dengan kekurangan dari segi kewangan... sebab beli rumah kan.. banyak tu potong gaji... suami pun baru nak mula bisnes balik sebab berubah tempat... tapi kedai online.. Alhamdulillah... masih ada rezeki di situ...

Apa nikmat yang ku dapat 2024?Dapat rezeki pindah balik ke rumah sendiri, negeri kelahiran sendiri... tanpa dijangka sekali minta tukar terus dapat.. Alhamdulillah... 
Dapat menikmati rumah yang diidamkan... Nak menanam, nak santai-santai menikmati kehidupan di rumah impian... Alhamdulillah... 
Rezeki kesihatan yang baik... 2024 kehidupan yang lebih sihat... anak-anak pun sihat, suami macam biasa.. kadang sihat.. kadang diuji... tapi kesihatan yang lebih baik dari tahun-tahun sebelum walaupun bergantung dengan ubat setiap hari... 
Banyak lagi nikmat Allah yang tak terhitung... terima kasih Allah... Alhamdulillah... 
Harapan 2025

Nak rajin menulis di blog... sebab tiap tahun renew domain... rugi pula tak menulis kan... 
Diberikan kesempatan dan idea menulis.. 
Nak hasilkan e-book atau buku untuk pengajaran dan pembelajaran... moga tercapai impian ni... dan diberikan kesempatan masa.. Allah lebih tahu... 
Nak santai-santai hidup tanpa stress... Nak lebih relax dan tenang hadapi dugaan... 
Nak apa lagi?? Hmm.. 🤔🤔🤔Moga yang baik-baik sahaja untuk tahun 2025 dan tahun-tahun akan datang... ameen... 
Doa tahun 2025
“Ya Allah, jadikanlah tahun ini tahun yang baik untukku.”
Atau membaca doa seperti:
“اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ عَامَ بَرَكَةٍ وَخَيْرٍ”(Ya Allah, jadikanlah ia tahun penuh keberkatan dan kebaikan)

JANGAN UCAP “𝗗𝗘𝗔𝗥 2025, 𝗣𝗟𝗘𝗔𝗦𝗘 𝗕𝗘 𝗡𝗜𝗖𝗘 𝗧𝗢 𝗠𝗘” 𝗔𝗧𝗔𝗨 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗘𝗨𝗠𝗣𝗔𝗠𝗔 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡𝗡𝗬𝗔??
Jika seseorang berkata demikian dengan keyakinan bahawa tahun 2025 atau tahun baru mempunyai kuasa untuk menentukan nasib baik atau buruk, maka ini boleh termasuk dalam perbuatan 𝗧𝗛𝗜𝗬𝗔𝗥𝗔𝗛, Sebab:
Tahun tidak mempunyai kuasa, sebaliknya semua yang berlaku adalah atas kehendak Allah. 
{ قُل لَّآ أَمۡلِكُ لِنَفۡسِي نَفۡعٗا وَلَا ضَرًّا إِلَّا مَا شَآءَ ٱللَّهُۚ}
Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah."[Surah Al-Aʿrāf: 188]
[Rujuk kitab Syarah Aqidah Ahlus Sunnah wa al-Jama’ah]
Elakkan ucapan yang boleh membawa kepada salah faham akidah, dan gantikan dengan doa yang lebih menzahirkan pergantungan kepada Allah

Kadangkala, seseorang mungkin berkata, "Tahun lepas buruk, semoga tahun ini lebih baik." Jika niatnya adalah sekadar refleksi tanpa mempercayai bahawa tahun itu sendiri yang membawa keburukan, maka ia tidak termasuk dalam thiyarah. Tetapi jika disandarkan kesialan kepada tahun, maka ia dilarang

Kredit: Facebook Karya PiS
Yang terbaik... banyakkan berdoa kepada Allah... tahun adalah tanda masa ... masa akan berlalu dan tak kan berulang kembali... kerana itu.. masa juga adalah makhluk Allah yang Allah ciptakan... 
Semoga bermanfaat...


Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mariafirdz.com/2024/12/doaku-di-tahun-baru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baru 6 Tahun Bapa Terkejut Anak Order Makanan Senyap2 Guna Nama Isteri

Baru 6 Tahun Bapa Terkejut Anak Order Makanan Senyap2 Guna Nama Isteri

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 159 hits
Seorang bapa terkejut anak order makanan setelah penghantar makanan muncul di hadapan pagar rumah bagi menghantar pesanan yang telah dibuat menerusi sebuah platform Bagaimanapun reaksi si bapa ketika menerima bungkusan makanan tersebut tela...
Terima Kasih 2024 Selamat Tahun Baru 2025

Terima Kasih 2024 Selamat Tahun Baru 2025

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 721 hits
Terima kasih buat mereka yang sentiasa sudi mendoakan saya famili dan semua orang serta hal hal yang saya sayang untuk tahun ini dan seterusnya Moga ingatan dan harapan yang baik baik kembali semula buat kalian Alhamdulillah Allah masih izi...
Sambutan Tahun Baru 2025 Lokasi Pertunjukan Bunga Api Bacaan Doa

Sambutan Tahun Baru 2025 Lokasi Pertunjukan Bunga Api Bacaan Doa

papar berkaitan - pada 28/12/2024 - jumlah : 373 hits
Sambutan Tahun Baru 2025 Nikmati Keindahan dan Kesejahteraan Bersama Tahun Baru 2025 bakal tiba membawa harapan baru semangat segar dan impian yang lebih besar Di seluruh Malaysia pelbagai acara menarik dirancang bagi memeriahkan detik bers...
Tahun Baru Matlamat Baru

Tahun Baru Matlamat Baru

papar berkaitan - pada 2/1/2025 - jumlah : 147 hits
Assalamualaikum wbt Selamat Tahun Baru 2025 diucapkan pada awak semua Semoga di tahun nie kita akan menjadi lebih tabah dalam menjalani kehidupan seharian dan jadikan ujian yang kita sedang atau bakal alami itu untuk menjadikan kita seorang...
Tahun Baru 2025 Semangat Pun Baru Nadi Busyra 1

Tahun Baru 2025 Semangat Pun Baru Nadi Busyra 1

papar berkaitan - pada 2/1/2025 - jumlah : 203 hits
Hai semua Tahun baru 2025 semangat pun baru Tahun 2024 banyak sangat aku tinggalkan blog Nak update satu post sehari pun gagal Hopefully tahun ni dapat lah seperti yang aku target Dulu nak buat blog ni macam diari sebab tengok orang lain ra...
Apak Harry Khalifah Joget Tahun Baru Chord

Apak Harry Khalifah Joget Tahun Baru Chord

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 551 hits
Dm Dm Dm Dm C Dm A C Dm Dm C Dm A C Dm A Dm A C Dm Dm A C Dm A C Dm A A Dm Tibak harik minggu C Adak joget di kuala kubu C Joget tahun baru Nyambut tahun baru Dm C Azam baru Dm Moh lah inak A Moh lah mamak C Kitak berjoget C Jangan maluk ma...
14 Pesanan Ucapan Tahun Baru Tun Mahathir Kala Usia Menginjak 100 Tahun

14 Pesanan Ucapan Tahun Baru Tun Mahathir Kala Usia Menginjak 100 Tahun

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 174 hits
Tahun baru adalah peluang untuk kita semua bermuhasabah dan memperbaharui azam demi memperbaiki diri keluarga dan negara Dalam semangat menyambut Tahun Baru 2025 kata kata daripada negarawan ulung dan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir ...
Selamat Tahun Baru 2025

Selamat Tahun Baru 2025

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 246 hits
Assalamualaikum salam 1 REJAB dan SELAMAT TAHUN BARU 2025 kepada semua Alhamdulillah masuk tahun baru azam baru tekad baru agar lebih baik berbanding tahun lalu InsyaAllah Semoga Allah murahkan rezeki kita semua dan diberi kesihatan yang ba...
Eur Usd 27 Disember Euro Mengharapkan Keajaiban Tahun Baru

Eur Usd 27 Disember Euro Mengharapkan Keajaiban Tahun Baru

papar berkaitan - pada 30/12/2024 - jumlah : 103 hits
Pada hari Khamis pasangan EUR USD kembali ke tahap 1 0420 dan hari ini ia telah kukuh di atasnya Walaupun aktiviti dagangan sangat rendah pasangan ini tidak sepenuhnya statik Walau bagaimanapun walaupun dengan penutupan di atas 1 0420 saya ...
Anwar Has Become Inspector Saab Pas Info Chief Says

Isteri Bolot Duit Jual Buah Pinggang Suami Lari Dengan Kekasih

Where Will Our Money Come From If We Don T Tax The Rich Anwar Says Tnb Tariff Hike Won T Affect 85pc Of Malaysians

Photo Goes Viral Ministers Deputies Missing From Dewan Rakyat

Eco Friendly Housing How Wellcamp S Prefab Homes Reduce Environmental Impact

Gluten Pengertian Bahaya Kesihatan Dan Panduan Diet Bebas Gluten

Padi Farmers Welcome New Padi Floor Price Announcement

Dewan Rakyat Kecoh Pembangkang Dakwa Kerajaan Derhaka Titah Agong


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Designing Easy Websites And Apps

Aktiviti Perbincangan Ppim Bersama Pkns Ppim 05 02 2025

Tanam Pucuk Manis Dalam Pasu Senang Nak Buat Masak Lemak

Jom Kenali Ulam Ulam Keliling Kita

Euro Dibawah Tekanan

Tarif Elektrik Naik 85 Pengguna Tak Terjejas