Doakan Saya Jadi Anak Soleh Syaheera Kongsi Wajah Ibrahim Jibriel Yang Comel Semolek Maksud Namanya
Setiap kali menimang cahaya mata baru, pasti nama yang baik-baik menjadi pilihan ibu dan ayah. Sebagai Umat Islam juga kita memang digalakkan untuk memberikan nama yang mempunyai maksud yang baik untuk anak-anak. Tujuannya supaya nama tersebut dapat membina keperibadian yang tinggi buat anak sesuai dengan nama yang dipilih.
Isteri kepada pelawak Fad Bocey, Syaheera Rahman dalam hantaran terbarunya di Instagram berkongsi maksud nama cahaya mata keempat mereka, Ibrahim Jibriel.
Tidak hanya maksud nama, posting terbaharu Syaheera juga turut memaparkan wajah comel Ibrahim yang kini sudah berusia 7 hari.
Syaheera berkongsi wajah penuh puteranya buat pertama kali selepas selamat melahirkan cahaya mata keempatnya itu pada 20 Oktober yang lalu.
“Maksudnya: Aku memperlindungkan kamu berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang maha sempurna daripada syaitan, binatang berbisa dan mata yang dengki.
“Assalamualaikum, saya baby Ibrahim Jibriel. Hari ini hari ke-7 saya dilahirkan. Doakan saya menjadi anak yang soleh dan sentiasa di dalam perlindungan Allah S.W.T,” coretnya.
View this post on Instagram
bismillahirrahmanirrahim أُعِيذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ ، وَمِنْ شَرِّ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ Maksudnya: Aku memperlindungkan kamu berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang maha sempurna daripada syaitan, binatang berbisa dan mata yang dengki.” . Assalamualaikum ,saya baby Ibrahim Jibriel .harini hari ke-7 saya dilahirkan .doakan saya menjadi anak yg soleh dan sentiasa di dlm perlindungan Allah swt .
A post shared by Syaheera
Fadzlie (@syaheeraarahman) on Oct 25, 2020 at 11:26pm PDT
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya memuji kecomelan Ibrahim.
Mereka juga turut menyatakan wajah Ibrahim kelihatan agak mirip dengan kakaknya, Aminah.
“Alaaa muka macam kak Aminah la. Shooo cuteee,” komen @hfyzanur
“Alhamdulillah… Tahniah, iras kakak Aminah sangat… Comel,” puji @nurezwani_yahya
Terdahulu, Fad dan Syaheera mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu pasangan kembar Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan serta seorang puteri, Nur Aminah Mishal.
Syaheera selamat melahirkan Ibrahim pada 20 Oktober lalu.
Baca: “Lepas Tengok Isteri Meneran…” Pertama Kali Tengok Proses Bersalin, Cef Naem Insaf, Nak Lebih Hargai & Sayang Isteri!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Doakan Saya Jadi Anak Soleh,” Syaheera Kongsi Wajah Ibrahim Jibriel Yang Comel, Semolek Maksud Namanya! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/doakan-saya-jadi-anak-soleh-syaheera-kongsi-wajah-ibrahim-jibriel-yang-comel-semolek-maksud-namanya/