Doakan Kami Kuat Mawar Anak Dijemput Pihak Hospital Guna Covidfighters
“Moga kami terus kuat”! Itu yang ditulis oleh Mawar Karim dalam satu perkongsiannya di instagram. Bekas isteri kepada Fizo Omar itu memberi gambaran dia dan anaknya Wan Maryam, telah dijangkiti virus Covid-19.
Usahawan itu tidak menjelaskan status sebenar tetapi menerusi gambar yang dikongsikan, dia dan Maryam telah dijemput oleh pihak hospital dengan berpakaian PPE.
View this post on Instagram
A post shared by Mawar Karim (@mawar_karim)
Menerusi kapsyen yang diletakkan, dia dan anaknya perlu kuat melawan virus ini, dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang mendoakan supaya mereka kembali sembuh.
Tidak berakhir di situ, dia juga menggunakan tanda pagar Covid 19, Covid, dan Covid Fighters, sebagai semangat untuknya.
“Terima kasih doakan kami”
Dalam pada itu, Mawar juga turut memuat naik 2 Instastory dengan menulis kata-kata semangat untuk dia dan Maryam terus kuat.
Pada masa yang sama Mawar, mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan petugas hadapan yang membantunya ketika itu.
Sementara itu, Fizo Omar turut menitipkan doa buat Mawar dan anak perempuan kesayangannya agar terus kuat dan dipermudahkan segala urusan.
Be strong dan banyakkan berdoa. Semoga Allah permudahkan segala urusan. GWS
Sumber: Mawar Karim
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Doakan Kami Kuat!” Mawar & Anak Dijemput Pihak Hospital, Guna #Covidfighters appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/doakan-kami-kuat-mawar-anak-dijemput-pihak-hospital-guna-covidfighters/