Doa Yang Mustajab Datang Dari Hati Yang Tidak Berhijab



Dalam kehidupan, sebagai seorang insan semestinya ada banyak perkara yang kita hajatkan. Menariknya adalah apa yang kita hajatkan sudah tentu berbeza mengikut suasana dan apa yang diperlukan oleh setiap manusia, tetapi kita sebagai muslim masih lagi memohon pada zat yang sama. Itu menunjukkan betapa Dialah  yang maha kaya yang mampu memberikan segalanya kepada manusia mengikut percaturan-Nya.

Manusia mungkin tersilap penilitian. Banyak dalam kalangan kita tersalah sangka dalam pada ingin memohon sesuatu kepada Yang Maha Esa, kita sering mencari teks-teks doa, menunggu waktu-waktu tertentu atau menziarahi tempat-tempat yang berkaitan dengan harapan hajat-hajat ditunaikan. Bukan beerti salah berbuat demikian, namun pada hemat saya, ada suatu perkara yang perlu lebih ditekankan sebelum perbuatan itu kita lakukan. Apakah ia?

DoaDalam satu hadis yang direkodkan oleh Abu Abdullah Al-Hakim dalam Kitab Mustadrak Al-Hakim, ada perkara yang boleh kita ambil dari sudut perlaksanaan doa ketika kita ingin memohon diperkenankan hajat kepada-Nya. Hadis ini biasa di sebut oleh nabi ketika mana baginda ditimpa musibah. Baginda s.a.w bersabda:

اللّهُمَّ إنِي عَبْدُكَ, وَابْنُ عَبْدِك, وَابْنُ أَمَتِكَ, نَاصِيَتِي فِي يَدِكَ, مَاضٍ فِي حُكْمُكَ, عَدْلٌ فِي قَضَاؤُكَ, أَسْأَلُكَ بِكُلِّ إِسْمٍ سَمَّيتَ بِهِ نَفْسَك, أو أَنزَلتَهُ في كِتَابِك, أو عَلَّمتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلقِكَ, أو اسْتَأثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الغَيبِ عِنْدَك, أَن تَجْعَلَ القُرْأَنَ رَبِيعَ قَلبِي, وَ نُورَ صَدْرِي, وَجِلَاءَ حُزْنِي, وَ ذَهَابَ هَمِّي
Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMUu, anak kepada hamba lelakiMu, dan anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tangan-Mu, berlalulah penentuanMu terhadapku, hukumanMu ke atas ku adalah adil, aku bermohon kepadaMu dengan keberkatan setiap namaMu yang Engkau namakanya pada diri sendiri, atau yang Engkau turunkan dalam KitabMu, atau yang Engkau ajarkan kepada mana-mana dari penciptaanMu, atau Engkau pendamkan dalam pengetahuan ghaib di sisiMu, agar Engkau jadikan Al-Quran sebagai peneduh jiwaku, cahaya dalam dadaku, serta penghilang kesedihan dan dukacitaku. [Mustadrak Al-Hakim no.1869]
# hadis ini juga turut dirawayatkan dalam Musnad Imam Ahmad, tetapi dari sanad(periwayatan) yang dhaif seperti yang disebutkan oleh Dar-AlQutni kerana terdapat seorang perawi yang tidak dikenali iaitu Abu Salamah.#

Pencerahan HadisBerdasarkan kepada hadis tersebut dapat kita lihat bahawa ketikamana baginda bermunajat kepada Allah sewaktu ditimpa kesusahan, baginda memulakan doa dengan merendahkan diri dengan merasai diri tidak mampu berbuat apa-apa sebagai hamba melainkan dengan bantuan-Nya. Bahkan turut menggelarkan diri sebagai anak yang datang dari dua hamba iaitu ibu dan bapa yang mana kita tahu proses kejadiannya bermula dari perkara yang hina pada tanggapan manusia.

Begitu sebenarnya permulaan doa bagi setiap manusia. Paling penting dalam berdoa adalah kerendahan hati seseorang itu terhadap yang dia minta. Tambahan maksud doa itu sendiri adalah pengharapan dari yang rendah kepada yang lebih tinggi darjatnya di samping mempunyai tujuan yang satu iaitu merasai takut yang membawa kepatuhan pada Allah semata-mata yang tanpa ada berbelah bagi kepada sesiapapun jua.

Jika seorang insan itu hanya mencari teks-teks doa yang diyakini berkesan maka kadang-kadang proses itu memakan masa dan mungkin setelah ia dijumpai perlu pula dihafal dan diingati untuk diamal dalam kehidupan sehari-hari.

Jika seseorang itu hanya mencari waktu-waktu tertentu pula, maka mungkin agak sukar itu dia menunggu kepada waktu yang disebutkan sebagai waktu yang mustajab. Begitu pula, jika mencari tempat-tempat yang mustajab, boleh jadi dia perlu mengorbankan tenaga hatta kewangan juga demi untuk menziarahi tempat-tempat tersebut.

Namun, kelebihan bagi mereka yang mendapatkan hati yang mustajab dengan merendahkan diri di hadapan Yang Esa, maka tidak kiralah apapun yang dia baca (yang mengikut syara’), pada ketikamana pun dia berdoa, atau dimana-mana sahaja dilafazkan doa, maka dia akan dapati bahawa doanya sebenarnya telah dimakbulkan oleh-Nya.

Oleh yang demikian, seperti yang saya terangkan diatas bukan salah kita mencari apa-apa bahan bacaan bahkan jika kita mampu maka doa-doa yang ma’thur(berdasarkan hadis-hadis sahih daripada nabi s.a.w) lebih utama untuk kita baca, atau mencari waktu dan tempat mustajab, tetapi hati yang mustajab itu membuka seluasnya ruang kepada manusia dalam rangka berdoa mengharap kepada-Nya.

Mustajab DoaSuatu perkara yang perlu dijernihkan semula berkenaan mustajabnya doa ini adalah manusia seringkali beranggapan jika makbul(diterima) doa yang dia pinta, maka sesungguhnya doanya mustajab. Tetapi jika sebaliknya, ada manusia yang masih tidak putus-putus berdoa dan ia amatlah baik, namun tidak kurang juga bertindak mengatakan bahawa Allah tidak mengasihi dirinya, tidak adil kerana memberi nikmat kepada mereka yang lain dan sebagainya.

Suatu perkara kita kena ingat adalah mustajabnya doa kita adalah mengikut susunan Allah kerana Dia lebih tahu apa yang baik dan apa yang buruk bagi diri kita. Allah berfirman:
“Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” [Quran 2:216 (Al-Baqarah)]
 Segala penyusunan yang manusia buat meski dia anggap yang terbaik untuk dirinya, namun pengetahuan Allah lebih luas dalam segala perkara terutama yang berkait rapat dengan kehidupan manusia. Oleh itu, kadang-kadang Allah beri apa yang kita tidak pinta dan boleh jadi tidak kita suka namun ia amatlah baik buat diri kita.

Tambahan lagi, jika Allah tangguhkan permintaan kita, sebenarnya Dia ingin kita berterusan meminta kepada-Nya kerana amat menyukai rintihan yang menggambarkan kerendahan hati pada-Nya. Mungkin juga jika Allah makbulkan permintaan kita secara serta-merta kita akan mudah lupa pada-Nya terutama selepas mendapat nikmat. Maka di sini sebenarnya terselit kasih sayang-Nya kepada kita dengan tidak mahu kita berjauhan dengan-Nya.

Selain itu, jika teliti semula, bermula daripada kita dilahirkan hingga apa yang kita ada sekarang telah banyak berlalu nikmat-Nya kepada kita. Bahkan tidak terdaya untuk kita mengekspresiasi rasa syukur atas segala nikmat tersebut. Adapun, ia tidaklah menghalang kita untuk meminta dan terus meminta kerana sesungguhnya Dia Maha Kaya.

Dari sudut yang lain perlu juga kita bermuhasabah diri semula kerana kadang-kadang doa seseorang terhijab dek dosa yang dilakukan. Kita patut rasa malu dengan Allah. Walaupun permintaan khusus kita kemungkinan ditangguhkan, tetapi nikmat yang ada pada kita yang kita dapat tidak pernah terhenti hari demi hari bahkan semakin bertambah. Justeru, selalu bertanya kepada diri kita satu soalan:

Sebelum menangisi doa kita yg tidak termustajab, cuba bertanya dosa kita apa yang mungkin sebab doa terhijab?

Puji-PujianSurat rasmi yang hendak dihantar kepada tokoh-tokoh atau syarikat-syarikat koprat biasanya didahulukan dengan pujian atau membesarkan kedudukan pihak penerima selayaknya. Lebih-lebih lagilah apabila kita hendak menghantar ‘surat’ kepada Tuan bagi segala makhluk, maka seharusnya kita memuji-mujiNya kerana Dialah yang paling berhak atas segala pujian. Justeru, pujian ini juga menjadi salah satu adab kita memulakan doa.

Adapun suatu perkara yang perlu kita ambil perhatian, jika kita memuji manusia lazimnya dengan pujian tersebut manusia lebih cenderung untuk memberikan apa yang dia punyai. Namun, Allah tidak begitu kerana kerajaan-Nya sedia hebat. Jika tiada satu makhlukpun yang memuji-Nya maka Allah tetap hebat dan Allah dengan sifat Pemurah dan Pengasihnya masih akan memberikan manusia nikmat-nikmat-Nya.

Demikian, kita melihat dalam hadis ini memuji keadilan, keagungan Allah s.w.t dengan tujuan menampakkan kebesaran Allah kepada manusia yang lemah. Di samping itu, kita juga digalakkan untuk kita memohon doa menggunakan nama-nama yang telah Dia namakan diriNya seperti Al-Ghafur, Ar-rahim, Al-Aziz dan sebagainya.

Kesimpulan: Bertanya pada diri?Manusia itu fitrahnya lemah sebab itu kita dikurnia senjata doa untuk memohon kekuatan.

Manusia itu lumrahnya faqir tetapi menjadi ‘kaya’ dengan memohon dengan yang Paling Kaya.

Oleh itu, amat rugilah bagi manusia yang meninggalkan senjata yang ampuh ini kerana kesombongan dirinya terhadap Allah tuan empunya diri

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kelanamuslim.blogspot.com/2016/09/doa-yang-mustajab-datang-dari-hati-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Waktu Doa Paling Mustajab

Waktu Doa Paling Mustajab

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 240 hits
Riwayat MuslimHadith Dari Ibnu Abbas RA katanya Rasulullah SAW membuka tirai padahal ketika itu jamaah sedang solat berjamaah diimami Abu Bakar Lalu baginda bersabda Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus aku...
Doa Dari Hati

Doa Dari Hati

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 167 hits
Cinta yg bermaknaBILA DIA YG KITA CINTAImendekatkan kita pada ILAHI mendoakan dia walaupun dia yg melukakan hati babylove 6 zulhijah 11 oct
Allah Tidak Jauh Doa Sentiasa Mustajab Myibrah

Allah Tidak Jauh Doa Sentiasa Mustajab Myibrah

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 120 hits
Allah Tidak Jauh Doa Sentiasa Mustajab MyIbrah ANTARA tanda kasih sayang dan rahmat Allah kepada hamba hamba Nya adalah Dia tidak mewujudkan sebarang halangan untuk seorang hamba memohon This is a content summary only Visit my website for f...
Doa Penerang Hati

Doa Penerang Hati

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 360 hits
Dibaca untuk mudah membaca dan menghafaz
Doa Mohon Ketetapan Hati

Doa Mohon Ketetapan Hati

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 381 hits
Abdullah bin Amru bin Al Ash berkata bahwasanya ia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda Sesungguhnya hati semua manusia itu berada di antara dua jari dari sekian jari Allah Yang Maha Pemurah Allah Subhanahhu wa Ta ala akan memalingkan h...
Berjauhan Dengan Anak Doakanlah Selalu Ulang Baca Doa Sampai Hati Tenang

Berjauhan Dengan Anak Doakanlah Selalu Ulang Baca Doa Sampai Hati Tenang

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 266 hits
Tidak mudah bagi seorang ibu untuk berpisah dengan anaknya yang masih kecil Namun bagi melangkah ke alam dewasa dan mahu anak menjadi bijak dan kaya dengan ilmu ibu merelakan terpisah jauh walau masih kecil Namun teruskanlah berdoa untuk an...
Doa Memohon Dibersihkan Hati

Doa Memohon Dibersihkan Hati

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 897 hits
Doa Memohon Bersihkan Hati Hati adalah anggota tubuh paling penting dan memainkan peranan utama dalam menentukan hala tuju kehidupan kita Bila hati menghala kepada kejahatan kita pun ikut jalan hitam yang dipilih Bila hati baik dan bersih i...
Petua Supaya Orang Yang Degil Lembut Hati

Petua Supaya Orang Yang Degil Lembut Hati

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 188 hits
Kadang kadang kita buntu bila menghadapi situasi di mana anak anak tidak mahu mendengar nasihat yang baik dari kita Puas di tegur tetapi tidak diendah dan diikut Lebih teruk bila pasangan suami atau isteri sendiri yang degil dan tidak mahu ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri