Doa Untuk Mereka Yang Memberi Makan Orang Berpuasa


Antara amalan mulia dan paling mudah untuk dilakukan pada bulan puasa ini ialah memberi makan kepada mereka yang berpuasa.
Apabila ditatal di laman-laman sosial, ramai yang mengambil peluang untuk menyedekahkan makanan sama ada berbuka atau bersahur kepada mereka yang berpuasa.
Tidak kiralah ia dalam kuantiti yang sedikit atau banyak kerana yang dinilai adalah keikhlasan hati seseorang dan bukan kuantitinya.
Jika anda sekadar memberi cucur pisang yang digoreng sendiri di rumah kepada pengawal keselamatan yang menjaga apartment rumah anda dengan ikhlas, besar nilainya di sisi Allah walau ia kelihatan kecil di mata manusia.
Bahkan, dalam sebuah hadis sahih juga ada menyebut bahawa ganjaran buat mereka yang memberi makan kepada orang yang berpuasa adalah besar nilainya di sisi Allah.
مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا
Maksud: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikit pun kurang pahala orang berpuasa.” (Hadis Riwayat Tirmizi, no. 807)
Antara Doa Yang Boleh Dititipkan
Apabila kita mendapat makanan atau pemberian daripada seseorang, pastinya kita akan mengucapkan ‘terima kasih’ sebagai tanda penghargaan kepada mereka.
Walaupun kita tidak membalas pemberian mereka dengan balasan yang sama, namun sebenarnya dengan mengucapkan terima kasih itu mampu memberi seribu satu kebahagiaan kepada si pemberi.
Namun, tahukah anda sebenarnya Baginda SAW mengajarkan kita untuk turut membalas pemberian seseorang itu dengan menitipkan doa kepada mereka.
“Sesiapa yang melakukan kebaikan kepada kamu, maka balaslah kepadanya. Jika kamu tidak ada apa-apa untuk membalasnya, maka berdoalah untuknya sehingga kamu dapati bahawa kamu telah membalasnya.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 1672)
Terdapat beberapa kisah yang pernah diriwayatkan mengenai doa yang Baginda baca kepada mereka yang memberikan makanan.
Diriwayatkan daripada Miqdad RA yang menceritakan bahawa Baginda SAW mendoakannya yang memberikan makan ketika bersahur.
اللَّهُمَّ أَطْعِمْ مَنْ أَطْعَمَنِي وَأَسْقِ مَنْ أَسْقَانِي
Maksud: “Ya Allah, berilah makan kepada orang yang memberiku makan, berilah minum kepada orang yang memberiku minum.”
(Hadis Riwayat Muslim, no. 2055)
Dalam riwayat yang lain menyebut, bahawa Nabi SAW telah datang kepada Sa’ad bin ‘Ubadah. Sa’ad pun telah menghidangkan kepada beliau roti dan minyak (pada waktu berbuka). Lalu Baginda memakannya. Kemudian, Baginda SAW mengucapkan:
Maksud: “Orang-orang yang berpuasa telah berbuka di sisimu. Orang-orang yang baik memakan makananmu dan para malaikat telah mendoakanmu.” (Hadis Riwayat Ibn Majah, no. 1747)
Kesimpulan
Tuntasnya, apabila anda mendapat pemberian sama ada dalam bentuk makanan atau wang ringgit dan sebagainya, titipkanlah doa kebaikan buat mereka seperti yang diajarkan Baginda SAW.
Semoga keberkatan pemberian itu sampai kepada anda dan juga si pemberi.
Wallahu a’alam.
 
Sumber: tzkrh.com 
The post Doa Untuk Mereka Yang Memberi Makan Orang Berpuasa appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/doa-untuk-mereka-yang-memberi-makan-orang-berpuasa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bosan Makan Perisa Sama Ini Menu Mi Memang Padu Wajib Korang Cuba

Bosan Makan Perisa Sama Ini Menu Mi Memang Padu Wajib Korang Cuba

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 404 hits
Siapa kat sini tak pernah makan mi segera Rata rata mesti pernah rasa mi segera selama lebih kurang 20 30 tahun hidup kan Mi segera inilah makanan penyelamat jika sengkek tengah bulan masa zaman belajar serta bila penat dan tak sempat nak m...
Wanita Lumpuh Ditanam Anak Hidup Hidup Masih Bernafas Walaupun Tanpa Makan Minum Tiga Hari

Wanita Lumpuh Ditanam Anak Hidup Hidup Masih Bernafas Walaupun Tanpa Makan Minum Tiga Hari

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 666 hits
Wanita lumpuh ditanam anak hidup hidup masih bernafas walaupun tanpa makan minum tiga hari Wanita lumpuh itu berjaya diselamatkan polis SEORANG wanita lumpuh yang ditanamkan hidup hidup di dalam sebuah keranda reput selama tiga hari berjaya...
Puas Hati Dengan Menu Ala Carte Rentastic Bazar Makan Makan Di Hotel Renaissance Johor Bahru

Puas Hati Dengan Menu Ala Carte Rentastic Bazar Makan Makan Di Hotel Renaissance Johor Bahru

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 434 hits
Puas Hati dengan Menu Ala Carte RENtastic Bazar Makan Makan di Hotel Renaissance Baru baru ni aku teruja untuk menikmati juadah berbuka puasa di Hotel Renaissance Johor Bahru Ye memang musim PKP namun mereka mengamalkan budaya mengikut SOP ...
Kisah Abk Indonesia Di Kapal China Tidur Hanya 3 Jam Dan Makan Umpan Ikan

Kisah Abk Indonesia Di Kapal China Tidur Hanya 3 Jam Dan Makan Umpan Ikan

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 411 hits
Lima orang Anak Buah Kapal Indonesia yang bekerja di kapal China Long Xing 629 bercerita kepada BBC News Indonesia mengenai pengalaman mereka bekerja di kapal itu Mereka dan sembilan ABK lainnya yang kini ada di Busan Korea Selatan dijadwal...
Mee Kari Chinese Style Memang Power Sambalnya Yang Buat Makan Bertambah

Mee Kari Chinese Style Memang Power Sambalnya Yang Buat Makan Bertambah

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 439 hits
Apa yang istemewanya mee kari chinese style ini adalah sambalnya yang membangkitkan lagi selera Ia sedikit berbeza berbanding mee kari biasa dengan adanya tambahan sambal dalam setiap hidangan Baca Resipi penyediaanya juga amat mudah tidak ...
Tak Habis Makan Jadikan Inti Untuk Sardine Roll Makan Panas Panas Asyik

Tak Habis Makan Jadikan Inti Untuk Sardine Roll Makan Panas Panas Asyik

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 342 hits
Bulan puasa ni salah satu lauk yang jadi kegemaran untuk bersahur adalah sambal sardin Kadang kadang bila makan masih ada yang tinggal Dari membazir atau dipanaskan semula boleh juga dipelbagaikan resipi yang menggunakan sardin Salah satu h...
Resipi Tat Nenas Melaram Nak Makan Tak Sampai Hati Comel Betul

Resipi Tat Nenas Melaram Nak Makan Tak Sampai Hati Comel Betul

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 586 hits
Salah satu kuih raya yang menjadi kegemaran ramai adalah tat nenas Rasa lemak kulit tat dengan jem nenas yang masam masam manis buat tak cukup makan sebiji Tat nenas ni ada macam macam versi jenis gulung atau yang ditekap dengan acuan dan j...
Puding Roti Coklat Butterscotch Guna Roti Butterscotch Makan Dengan Custard Sauce

Puding Roti Coklat Butterscotch Guna Roti Butterscotch Makan Dengan Custard Sauce

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 774 hits
Kalau mama papa dah buntu nak sediakan pencuci mulut untuk berbuka puasa hari ini apakata anda cuba resipi puding roti coklat butterscotch yang menggunakan roti butterscotch sebagai bahan utama Nak lebih enak makan bersama sos kastard Resip...
Kawaguchi Facing Charges Over Unpaid Worker Wages Says Source

Psm The More You Suppress The More Will Turun

Kuala Selangor Catat Ipu Tidak Sihat

Kenapa Saya Kembali Pilih Billplz Untuk Bisnes Kecil Ngo

Retaining Top Talent For Businesses

Top 10 Lokasi Glamping Di Malaysia Harga Kelebihan

Rahsia Kek Butter Jadi Lembut Moist Tak Retak Tak Bantat

Govt Waives Kwtbb Charge Effective Aug 1


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tempat Tempat Menarik Di Beijing China

Konsert Dia Misha Omar 2025

Doa Ketika Hujan Lebat Takut Berlaku Mudarat

Cik B Terkejut Dengar Penjelasan Doktor Selepas Jalani Mri Scan Video

Sakit Yang Tak Terlihat

Pas Pn Bersedia Tampil Tawarkan Alternatif Kepimpinan Lebih Tersusun Inklusif Dan Berprinsip Di Pahang