Doa Untuk Beirut
Awal subuh tadi aku bangun seperti biasa. Selepas solat aku ride basikal "alon-alon ojo klakon" kata org german
Lepas 30KM aku pun pupang ke rumah. Sesampai di rumah kurang lebih jam 10 pagi.
Segeranya, aku mandi dan bersiap. Kemudian, ke Astro Bukit Jalil untuk mengiringi YB Dato' Hj Rashid Hasnon sebab ada live dalam 1 rancangan di chanel PRIMA jam 12 tgh tadi
Selesai di Astro Bulit Jalil aku ke pejabat di Cyberjaya untuk menyelesaikan beberapa tugasan hakiki
Hanya selepas itu sahaja berkesempatan membaca dan mendapatkan berita-berita terkini
Alangkah terkejutnya bila membaca dan menonton akan beberapa video pendek letusan di Beirut yang mengakibatkan kematian dan kecederaan
Ini mengingatkan nostalgia 14 tahun lepas ketika aku di Beirut atas urusan kerja
Ketika itu, tahun 2006. Perang diantara Hisbollah dan pihak-pihak lain telah lama berlangsung di Lebonan. Tapi, perang baru sahaja terhenti ketika kehadiran rombongan kami tahun itu
Tugasan kami selesai pada 3 hari terawal. Tetapi, akibat kurangnya penerbangan menyebabkan kami terkandas hampir 2 minggu
Kami sempat juga melawat ke banyak tempat-tempat bersejarah dan menarik. Ini termasuk melalui bangunan-bangunan yang kena bom dan peluru
Bayangkan anda melihat ada kehidupan disebalik bangunan perumahan sebesar flat Jalan Pudu di Kuala Lumpur tetapi ada bocor ditengah-tengah bangunan tersebut
Akibat dibom
Bangunan yang kena tembak dan berlubang seperti ini sudah menjadi pemandangan biasa sahaja di Beirut, ibu negara Lebonan
Bahkan ada bahagian di bangunan yang tidak terjejas masih digunakan oleh orang lain untuk meneruskan kehidupan seperti biasa
Justeru, membaca beberapa artikel yang berkaitan letupan di Beirut awal pagi tadi menitiskan beberapa butir air mata aku
Aku mendoakan agar mangsa-mangsa yang tercedera segera sihat dan kembali pulih
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.zackzaihan.com.my/2020/08/doa-untuk-beirut.html