Doa Saya Tadbir Negara Lebih Lama Pm Anwar



‘Doa saya tadbir negara lebih lama’ – PM Anwar.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta rakyat mendoakan beliau dapat mentadbir negara lebih lama, supaya beliau dapat merealisasikan usaha beliau membawa perubahan kepada negara.
Beliau menyatakan pentadbirannya perlu mengambil tindakan tegas di peringkat kepimpinan, kerana tidak mahu sebarang kerosakan berlaku dalam sistem pemerintahan pentadbirannya.
Beliau menegaskan bahawa beliau tidak akan berkompromi dalam aspek ini, kerana beliau tidak mahu Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai skandal rasuah, permusuhan kaum dan konflik.
Tambahan pula, katanya rakyat dan negara tidak boleh diangkat dalam konteks masyarakat Madani sekiranya perubahan tidak dilakukan, daripada peringkat atasan turun ke bawah.
Jom sertai telegram sistem kawalan untuk dapatkan informasi terkini dan terpantas semasa dalam negara;

‘Doa saya tadbir negara lebih lama’ – PM Anwar Mengulas mengenai pentadbiran beliau,  jikalau beliau hendak ambil tindakan tegas, beliau akan mulakan dari atasan kerana sistem negara dirosakkan oleh pucuk pimpinan.
Sama ada sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan, pemimpin negeri, atau pegawai tinggi, jika kerja mereka untuk memperkayakan diri, keluarga, anak, pasangan, atau mertua, maka hancurlah negara
Oleh demikian itu, PM10 tidak sanggup berkompromi. Apa pun ancaman dan cabaran, PM akan bawa semangat Ramadan untuk membersihkan jiwa, dan jika seorang pegang jawatan, ia untuk sistem negara.
Beliau juga tidak mahu negara digemparkan dengan skandal rasuah..
Kerajaan amanahkan kepimpinan, dan kepimpinan mesti berubah. Sudah berapa ramai Perdana Menteri dan sudah berapa tahun sekarang? Soal beliau. PM juga minta doakan beliau untuk kekal lebih lama, katanya dalam ucapan pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada pelajar tahfiz dan anak yatim di Masjid Ahmadi, Kampung Rantau Panjang.
Dalam masa yang sama, PM Anwar menyatakan bahawa perubahan untuk negara hanya boleh memberi impak sekiranya ia dilakukan dengan ikhlas dan tekad.
“Kami cuba membawa perubahan kepada negara ini…kita tidak boleh kekal di peringkat lama.”
PM tidak kisah apa slogan yang digunakan orang, perpaduan, Melayu, Islam, Keadilan. Ianya tidak akan berhasil jika tiada keikhlasan dan kesungguhan dalam melakukan perubahan.
Isu Terpencil Yang Dihadapi Anwar Ibrahim Dalam pada itu, Anwar juga turut mempersoalkan tindakan mereka yang menyerangnya berikutan isu membabitkan seorang pensyarah yang disekat mengajar agama Islam di beberapa negeri kerana ketiadaan tauliah.
Menurut beliau pula berkata, beliau tidak boleh mengeluarkan tauliah ajaran Islam, kerana ia tertakluk kepada pihak berkuasa Islam di setiap negeri yang terletak di bawah bidang kuasa Raja.
PM juga memesan, kita tidak mahu masjid atau surau dijadikan tempat penghinaan atau penderaan.Sebab itu Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah) dan Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) berpesan kepada beliau supaya masjid diperbaiki dan hanya mereka yang mempunyai tauliah sahaja dibenarkan mengajar. .I
“Dan ini bukan keputusan saya, kenapa serang saya, kerajaan, dan menteri-menteri…ini keputusan Raja-raja,” katanya.
Sebelum ini, beberapa pensyarah terkenal Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Muhammad Wadi Annuar tidak dibenarkan mengajar agama Islam di Selangor kerana ketiadaan tauliah.
Oleh itu, diminta kepada rakyat Malaysia untuk terus bersama dengan Perdana Menteri yang terkini. Kita perlu untuk berganding bahu bagi membangunkan sebuah negara!.
Baca juga:
Kuota Internet Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri Pengumuman khas PM sempena Aidilfitri: Rakyat perlu untuk bersatu padu dengan kerajaan Malaysia Kerajaan Malaysia selalu memperjuangkan kepentingan rakyatnya. Namun, untuk mencapai matlamat ini, rakyat juga perlu turut serta dalam proses ini dan bersatu padu dengan kerajaan.
Salah satu cara untuk menjalin hubungan yang baik antara rakyat dan kerajaan adalah dengan mengikuti proses demokrasi yang ditetapkan. Rakyat harus mengambil bahagian dalam pilihan raya dan memilih wakil rakyat yang terbaik untuk mewakili kepentingan mereka.
Selain itu, rakyat perlu menyokong usaha-usaha kerajaan dalam memajukan ekonomi dan pembangunan negara. Ini termasuk mengambil kesempatan dalam program-program yang disediakan oleh kerajaan untuk meningkatkan kemahiran dan membuka peluang perniagaan.
Rakyat juga perlu mempunyai kesedaran tentang tanggungjawab mereka dalam menjaga keamanan dan ketenteraman awam. Melaporkan aktiviti jenayah dan menghormati undang-undang adalah penting untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
Sekiranya ada isu atau masalah yang dihadapi oleh rakyat, cara terbaik untuk menyelesaikannya adalah dengan bekerjasama dengan kerajaan dan meminta bantuan daripada mereka. Banyak program yang disediakan oleh kerajaan untuk membantu rakyat dalam pelbagai aspek, termasuk kewangan, kesihatan dan pendidikan.
Rakyat juga perlu mengambil kesempatan untuk memahami dan menghargai perbezaan antara kaum dan agama di Malaysia. Menerima perbezaan ini sebagai satu kelebihan akan membantu memupuk rasa saling hormat-menghormati dan memperkuatkan kesepaduan antara rakyat dan kerajaan.
Bagaimanapun, kesepaduan ini tidak akan tercapai tanpa usaha daripada semua pihak. Rakyat perlu meningkatkan kesedaran mereka tentang peranan mereka dalam menjalin hubungan yang baik dengan kerajaan. Bersatu padu dengan kerajaan akan membawa banyak manfaat untuk rakyat dan membantu memperkuatkan negara Malaysia.
Oleh itu, mari kita bersama-sama memperjuangkan kepentingan negara dan memastikan keamanan, kemakmuran dan keadilan untuk semua rakyat Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2023/04/doa-saya-tadbir-negara-lebih-lama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bangkai Burung Dijadikan Drone Peneliti Ingin Bisa Terbangkan Lebih Lama

Bangkai Burung Dijadikan Drone Peneliti Ingin Bisa Terbangkan Lebih Lama

papar berkaitan - pada 26/4/2023 - jumlah : 230 hits
Peneliti ingin drone dari bangkai burung yang dibuatnya bisa terbang lebih lama seperti kawanannya
Anwar Jumpa Member Kawan Lama Di Permatang Pauh

Anwar Jumpa Member Kawan Lama Di Permatang Pauh

papar berkaitan - pada 15/4/2023 - jumlah : 127 hits
Alhamdulillah seusai Majlis Peluncuran Pembangunan Masjid Mengkuang Titi saya berpeluang menunaikan solat Jumaat di Masjid Jarak Atas Tasek Gelugor Semestinya saya amat gembira kerana dapat menunaikan solat Jumaat bersama sama para jemaah d...
Tak Rasa Boleh Jaga Adik Baru Tak Rasa Boleh Hidup Lama Jatuh Sikit Je Drama Lebih Dr Halina

Tak Rasa Boleh Jaga Adik Baru Tak Rasa Boleh Hidup Lama Jatuh Sikit Je Drama Lebih Dr Halina

papar berkaitan - pada 26/4/2023 - jumlah : 173 hits
Dr Halina isteri kepada angkasawan negara Dr Sheikh Muszaphar berkongsi drama anak ketiganya Adam yang terjatuh ketika bermain Tambahnya lagi Adam tak dapat nak jaga bayi yang bakal dilahirkan tak lama lagi akibat kecederaan yang dialami ke...
Anwar Tidak Ada Tolak Ansur Lawan Individu Rompak Negara

Anwar Tidak Ada Tolak Ansur Lawan Individu Rompak Negara

papar berkaitan - pada 11/4/2023 - jumlah : 115 hits
Malaysiakini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak akan bertolak ansur dalam usaha membersihkan Malaysia dan menyelamatkan bangsa daripada tindakan individu yang merompak kekayaan negara Anwar berkata beliau menga...
Anwar Lebih Sesuai Menjadi Pm Secara Kerjasama Dan Pakatan Dengan Umno Dan Pas

Anwar Lebih Sesuai Menjadi Pm Secara Kerjasama Dan Pakatan Dengan Umno Dan Pas

papar berkaitan - pada 24/4/2023 - jumlah : 119 hits
Selera pemimpin ketiga tiga parti ini lebih cocok sama perangai Usaha ke arah ini harus disegerakan sebelum rakyat lebih menyokong Tun sebagai PM berbanding dengan pemimpin lain Pengalaman malu kucing kerjasama umno PAS di PRU14 akhirnya ma...
Laws On Caning Make Ratifying Un Convention Hard Says Saifuddin

Unseen Power Of The Administrative State

Aeon Bank Bank Digital Patuh Syariah Pertama Malaysia

Ada Apa Sebenarnya Dengan Ikhlas

Seludup Dadah Dari Luar Negara Guna Kurier

Anwar Lebih Untung Dari Sunak Dan Biden

Malaysia Perlu Anjakan Sektor Pelancongan Kata Pm

Palestin Hancur M Sia Masih Konsert S Norhaliza



Berapakah Tahap Kepanasan Suhu Api Dapur Gas Anda

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dedaun Hijau Di Angin Lalu Slot Megadrama Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Nuh Dan Nayla Slot Akasia TV3

Resepi Nasi Goreng Seafood Paling Mewah dan Terliur Meriah Ramuan Didalamnya

5 Perangai Pemandu Malaysia Yang Buat Memandu Jadi Tak Seronok


Drama Dan Mimpi Pun Berguguran

Projek Pistol Aku Tahu Chord

Nama Kucing Jantan Pilihan Terbaik Untuk Si Bulus Anda

Lagu Maal Hijrah Lirik Lagu Huraian

Gip Blackrock Khazanah Jawapan Pmx Hmmmmmm

Japanese Cold Somen Noodles