Doa Pengasih Agar Mencintai Dan Dicintai Kerana Allah Dalam Bacaan Arab Rumi
Doa adalah senjata orang mukmin. Dengan berdoa menunjukkan rasa rendah diri kita terhadap Allah SWT. Selain itu, menunjukkan rasa patuh dan taat kepada suruhan Allah SWT. Rugilah sekiranya kita tak berdoa kepada Allah. Jadikan amalan berdoa setiap hari dalam kehidupan seharian kita.
Perkongsian dari Ustazah Asma’ Harun, ada sebuah doa yang sangat indah diajarkan oleh alim ulama untuk menambahkan rasa cinta dan sayang terhadap ahli keluarga sama ada Ibu Bapa kepada anak-anak, suami isteri, anak terhadap Ibu Bapa, saudara mara, sesama kawan dan dengan manusia yang lain.
Doa pengasih agar mencintai dan dicintai kerana Allah sangat mudah dan ringkas, insyaAllah mudah hafal dan amalkan setiap hari selepas solat atau bila-bila waktu ketika berdoa
Doa Pengasih Agar Mencintai Dan Dicintai Kerana Allahsumber : Ustazah Asma' Harun
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمَ.اللَّهُمَّ صَلَّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ يَا رَحِيمُ يَا وَدُود، اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي/اجْعَلْنَا مَحْبُوبًا فِي قُلُوبِ __ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّحِمِينَ
Maksudnya : “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Wahai yang Maha Penyayang dan yang Maha Mencintai, jadikan saya/ jadikan kami disayangi di dalam hati __ (nama/panggilan) dengan rahmat-Mu wahai yang paling Maha Penyayang.”
Pada tempat kosong tersebut, boleh pilih untuk sebutkan nama atau panggilan yang diingini, contohnya:
1. Suami/isteri.
2. Ibu Bapa.
3. Anak.
4. Saudara-mara.
5. Kawan.
6. Guru-guru.
7. Orang-orang soleh.
Jika tidak mampu sebutkan dalam bahasa Arab maka boleh diucapkan dalam bahasa Melayu, Allah Maha Mengetahui segalanya. Paling penting kita gembira dan ikhlas dalam berdoa.
Selain amalkan untuk diri, sama-sama kita ajarkan juga doa ini kepada ahli keluarga agar selalu membacanya. Bayangkan, suasana seluruh ahli keluarga mengaminkan doa ini ketika dibacakan selepas solat berjemaah bersama, diakhiri dengan bersalaman dan berpelukan sesama insan tersayang. InsyaAllah ia merupakan ikhtiar bagi kita membina keluarga bahagia, keluarga Syurga.
Semoga kita dapat beramal dan menjadi insan yang sentiasa berkasih sayang dan mendapat cinta yang Maha Penyayang.
— Asma’ binti Harun
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2023/05/doa-pengasih-agar-mencintai-dan.html