Doa Memulakan Hari



"Ya Allah ! Ya Tuhan kami,Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murnikami.”
“Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.”
“Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terushidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.”
“Ya Allah ! Ya Rohman! Ya Rohim
Engkau satukanlah hati-hati kami, agar kami dapat bekerja dengan jiwa yang bersatu-padu, hormat menghormati serta percaya mempercayai, berikanlah kami kekuatan tenaga dan akal fikiran juga kesabaran dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan, pimpinkanlah kami agar kami tahu mensyukuri nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada kami, juga pimpinkanlah kami ke atas melakukan perbuatan-perbuatan baik dan usaha-usaha yang murni yang Engkau redai serta masukkanlah kami ke dalam lingkungan hamba-hambaMu yang solihin iaitu dengan rahmatMu jua Ya Allah!”
“Ya Allah Ya Robbul Alamin
Perkenankanlah kami untuk menuju ke arah petunjuk Engkau dan peliharalah kami daripada perkara-perkara yang menyebabkan kebodohan dan kerosakan diri kami sendiri, selamatkanlah kami daripada sifat-sifat keburukan hawa nafsu kerana ia adalah sejahat-jahat musuh. Lindungilah kami daripada kesesatan hati , kelalaian, kepapaan , kehinaan, kemalasan, beban hutang, kemiskinan dan segala sifat- sifat yang tidak Engkau redai seperti sifat lara yang sia-sia dan membuang masa.”
“Ya Allah!, Engkau perbaikilah kami di atas urusan agama kami yang menjadi sandaran segala urusan kami, engkau perbaikilah dunia kami yang menjadi tempat penghidupan kami, perbaikilah akhirat kami di mana kami akan dikembalikan. Ya Allah!, jadikanlah kehidupan kami sebagai tambatan setiap kebaikan untuk kami.”
"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kebaikan hari ini iaitu tercapai objektif atau matlamat pekerjaan,mendapat kemenangan terhadap musuh, mendapat cahaya memberi petunjuk ilmu dan pekerjaaan, mendapat berkat kemurahan rezeki yang halal lagi baik, mendapat hidayah agar tetap mengikut petunjuk dan menjauhi hawa nafsu dan aku berlindung kepada-Mu dari segala kejahatan yang ada pada hari ini dan segala kejahatan yang ada selepas hari ini."
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin
TB

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2023/11/doa-memulakan-hari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selamat Hari Lahir Buat Mereka Yang Tersayang

Selamat Hari Lahir Buat Mereka Yang Tersayang

papar berkaitan - pada 11/11/2023 - jumlah : 302 hits
Selamat hari lahir yang ke 57 Cikgu Hajah Rohani binti Ahmad Saya doakan agar kesejahteraan kesihatan dan kebahagiaan sentiasa memgekori cikgu walau di mana juga berada Ni cikgu kepada MY masa tingkatan 4 5 di Sekolah Menengah Teknik Kuanta...
Momen Hari Pahlawan Gus Ipul Ajak Berantas Kebodohan Dan Perangi Kemiskinan

Momen Hari Pahlawan Gus Ipul Ajak Berantas Kebodohan Dan Perangi Kemiskinan

papar berkaitan - pada 12/11/2023 - jumlah : 185 hits
Upacara berlangsung khidmat dengan turut diikuti oleh Wakil Wali Kota Pasuruan jajaran Forkopimda Kota Pasuruan
Kobarkan Pesan Jangan Jadi Bangsa Pecundang Wamenaker Peringati Hari Pahlawan 2023

Kobarkan Pesan Jangan Jadi Bangsa Pecundang Wamenaker Peringati Hari Pahlawan 2023

papar berkaitan - pada 11/11/2023 - jumlah : 247 hits
Afriansyah mengatakan melimpahnya SDA merupakan tantangan sekaligus ancaman bagi generasi muda
Young Sheldon Sains Sempena Hari Sains Sedunia Untuk Keamanan Dan Pembangunan

Young Sheldon Sains Sempena Hari Sains Sedunia Untuk Keamanan Dan Pembangunan

papar berkaitan - pada 11/11/2023 - jumlah : 290 hits
Oleh Amelia Adam Young Sheldon ialah suatu siri televisyen yang menonjolkan kehidupan watak fiksyen terkenal Sheldon Cooper bermula semasa dia memasuki sekolah menengah pada usia 9 tahun sehingga memasuki alam remaja Siri ini merupakan preq...
Mejar Maut Terima Bom Sebagai Hadiah Hari Jadi

Mejar Maut Terima Bom Sebagai Hadiah Hari Jadi

papar berkaitan - pada 9/11/2023 - jumlah : 311 hits
KOSMOKIEV Seorang pembantu rapat ketua angkatan tentera Ukraine terbunuh selepas sebutir bom tangan yang diterima sebagai hadiah hari jadi meletup ketika dibuka lapor Badan Penyiaran Britain semalam Mejar Hennadiy Chastyakov 39 ketika kejad...
Mk Putuskan Hakim Ketua Pengganti Anwar Usman Hari Ini

Mk Putuskan Hakim Ketua Pengganti Anwar Usman Hari Ini

papar berkaitan - pada 9/11/2023 - jumlah : 234 hits
Pemilihan Ketua dan Wakil Ketua MK dilaksanakan berdasarkan Peraturan Mahkamah Konstitusi
Peringati Hari Pahlawan Jokowi Ma Ruf Amin Tabur Bunga Di Makam Habibie Ani Yudhoyono Hingga Ah Nasution

Peringati Hari Pahlawan Jokowi Ma Ruf Amin Tabur Bunga Di Makam Habibie Ani Yudhoyono Hingga Ah Nasution

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 201 hits
Jokowi juga akan memberikan gelar pahlawan nasional kepada enam tokoh yang dianggap berjasa bagi bangsa dan negara
Laluan Jalan Dan Jambatan Baharu Jerantut Lipis

Kekecohan Bersatu Tunjuk Ada Yang Tak Beres Antara Muhyiddin Hamzah

Pelawak Terkenal Indonesia Sule Dilaporkan Sakit

Kita Bertanggungjawab Dengan Apa Yang Kita Kata

Cara Kaifiyat Solat Sunat Gerhana Bulan

Solat Sunat Gerhana Bulan Panduan Jakim Jabatan Mufti

Kisah Tukang Kayu 40 Hari Di Alam Kubur Antara Cerita Dan Hakikat

Marjinal Negri Ngeri Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nora Danish Jadi Perhatian Dakwaan Temui Pengganti Tapi Nafi Akan Bernikah

Buasir Otak Tv Budak Jumpa Duit Dalam Longkang Be Like

Ketenangan Hati Adalah Kekayaan Sebenar

Long Weekend Ii Proudmommoment Maulidur Rasul And In Between

Sunflower Di Castle Farm Pada 31 Ogos 2025

Tips Sebelum Mengisi Borang Upu