Doa Memohon Pemimpin Yang Baik Dan Doa Pilihan Raya Mengundi


Sabtu, 12 Ogos 2023 adalah hari pengundian bagi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan. Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan layak mengundi, silalah jalankan tanggungjawab untuk pergi mengundi.

Undilah dengan bijak dan adil. Sebelum keluar mengundi, bacalah doa mengundi pilihan raya dan doa semoga mendapat pemimpin yang baik.

Doa memohon pemimpin yang baikDoa 1اللَّهُمَّ وَلِّ أُمُوْرَنَا خِيَارَنَا ، وَلَا تُوَلِّ أُمُوْرَنَا شِرَارَنَا
Allahumma walli  umuurana khiyarana wala tuwalli umuurana syirarana

Maksudnya : “Ya Allah! Lantiklah untuk urusan kami (pemerintahan) orang-orang yang terbaik di kalangan kami. Janganlah Engkau lantik untuk urusan kami orang-orang yang terburuk di kalangan kami.”

Doa 2اللَّهُمَّ أَلْهِمْنَا رُشْدَنَا ، وَأَعِذْنَا مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا
Allahumma al himna rusydana wa’azna min syururi anfusina
Maksudnya : “Ya Allah! Ilhamkanlah kepada kami kecerdasan dan petunjuk, serta lindungilah kami dari kejahatan nafsu kami.”
Doa 3اللَّهُمَّ لَا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا بِذُنُوْبِنَا مَنْ لَا يَخَافُكَ فِيْنَا وَلَا يَرْحَمُنَا
Allahumma la tusallath ‘alaina bizunubina man la ya kho fuka fina wala yarhamuna

Maksudnya : “Ya Allah! Janganlah Engkau jadikan pemimpin kami – disebabkan dosa-dosa kami – orang yang tidak takut kepada-Mu dan tidak mempunyai belas kasihan kepada kami.”
Doa 4
اللَّهُمَّ اجْعَل وِلَايَتَنَا فِيْمَنْ خَافَكَ وَاتَّقَاكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِين
Allahummaj ‘ali wilayatana fiman khofaka wattaqoka ya rabbal ‘alamin
Maksudnya : “Ya Allah! Jadikanlah kuasa wilayah kami pada orang yang takut kepada-Mu dan bertakwa kepada-Mu, wahai Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.”
Doa 5اللَّهُمَّ أَبْعِدْ عَنْهُمْ بِطَانَةَ السُّوْءِ وَالْمُفْسِدِيْنَ ، وَقَرِّبْ إِلَيْهِمْ أَهْلَ الْخَيْرِ وَالنَّاصِحِيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ
Allahumma ab’id ‘anhum bithu natassuie walmufsidin waqorabb ilaihim ahlal khoiri wanna shihinna ya rabbal ‘alamin
Maksudnya : “Ya Allah! Jauhkanlah daripada mereka (para pemimpin kami) teman rapat yang jahat dan yang merosakkan. Dekatkanlah kepada mereka orang-orang yang baik dan pemberi nasihat yang baik, wahai Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.”
Doa 6رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Rabbana hab lana min azwajina wazurraytina qurrata a’yuni waj a’lna lil muttaqina ima ma
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”— Surah al-Furqan : 74

Ibn Kathir dalam menjelaskan maksud “وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا” (dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa), menukilkan pendapat Ibn Abbas, al-Hasan, al-Suddi, Qatadah dan al-Rabi’ bin Anas yang berkata: “Iaitu para pemimpin yang diteladani dalam kebaikan.” —Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 6/134

Syeikh al-Maraghi pula menyebut: Mereka juga memohon agar Allah SWT menjadikan mereka sebagai pemimpin yang diteladani ketika menegakkan panji-panji agama dengan menganugerahkan ilmu yang luas serta memberinya taufik bagi mengerjakan amal soleh.—Lihat Tafsir al-Maraghi, 10/4902 Doa pilihan rayaBerikut adalah doa pilihan raya yang boleh dibaca sebelum keluar mengundi
اللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ، وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُAllahumma arinal haqqo haqqon warzuqnat tiba’ah wa arinal bathilan warzuqnaj tina bah

Maksudnya : “Ya Allah tunjukkanlah kepada kami yang benar itu benar dan bantulah kami untuk mengikutinya, dan tunjukkanlah kepada kami yang batil itu batil dan bantulah kami untuk menjauhinya.”
Semoga dengan doa ini akan menjadikan diri kita sentiasa berpaut kepada Allah, Tuhan yang Mentadbir sekalian alam, agar kita semua sentiasa berada dalam kebaikan, keamanan dan ketakwaaan di samping Malaysia menjadi negara yang makmur dan harmoni serta kasih sayang antara rakyatnya. Begitu juga dikurniakan dengan pemimpin dan kepimpinan yang baik, berintegriti serta mampu melaksanakan tugasan dengan amanah dalam mentadbir negara. Amin.

Selamat mengundi untuk rakyat Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

sumber : https://muftiwp.gov.my/en/media-menu/tinta-mufti/4254-qalam-mufti-64-doa-dikurniakan-kepimpinan-yang-baik, taqwa



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2023/08/doa-memohon-pemimpin-yang-baik-dan-doa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semakan Tempat Mengundi Rasmi Spr Panduan Lengkap Untuk Pilihan Raya 2023

Semakan Tempat Mengundi Rasmi Spr Panduan Lengkap Untuk Pilihan Raya 2023

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 382 hits
Semakan Tempat Mengundi Rasmi SPR Panduan Lengkap untuk Pilihan Raya 2023 Pilihan raya merupakan satu proses penting dalam demokrasi di mana rakyat memilih wakil mereka untuk mengendalikan pentadbiran negara Di Malaysia Suruhanjaya Pilihan ...
Selamat Mengundi Untuk Prn 2023 Pilihan Raya Negeri

Selamat Mengundi Untuk Prn 2023 Pilihan Raya Negeri

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 365 hits
Bulan lepas bila keluar dalam berita tentang PRN Ramai yang confuse eh kenapa kena keluar mengundi lagi pada Pilihan pilihan raya negeri pada 12 Ogos 2023 Kalau korang perasan semasa PRU baru baru ini kita hanya keluar mengundi untuk undi D...
4 Parti Politik Sokong Prabowo Pilihan Raya Presiden Indonesia 2024

4 Parti Politik Sokong Prabowo Pilihan Raya Presiden Indonesia 2024

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 410 hits
EMPAT parti politik secara rasmi mengisytiharkan sokongan mereka terhadap Prabowo Subianto sebagai calon bagi pilihan raya presiden Indonesia 2024 Pengumuman itu dilakukan di Jakarta hari ini dengan Parti Gerindra bersama Parti Kebangkitan ...
Ecuador Tingkat Kawalan Keselamatan Hadapi Pilihan Raya Awal

Ecuador Tingkat Kawalan Keselamatan Hadapi Pilihan Raya Awal

papar berkaitan - pada 18/8/2023 - jumlah : 154 hits
Ecuador tingkat kawalan keselamatan hadapi pilihan raya awal Dikemas kini 54 minit yang lalu Diterbitkan pada 17 Aug 2023 10
Pas Pertimbang Fail Petisyen Pilihan Raya Bagi Beberapa Kerusi Dun

Pas Pertimbang Fail Petisyen Pilihan Raya Bagi Beberapa Kerusi Dun

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 175 hits
PAS akan meneliti keputusan dan laporan pilihan raya bagi beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertikaikan pada Pilihan Raya Negeri baru baru ini kata Setiausaha Agung parti itu Takiyuddin Hassan Beliau berkata parti itu juga tidak
Mahkamah Agung Maldives Larang Bekas Presiden Bertanding Dalam Pilihan Raya

Mahkamah Agung Maldives Larang Bekas Presiden Bertanding Dalam Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 220 hits
Mahkamah Agung Maldives larang bekas presiden bertanding dalam pilihan raya Dikemas kini 23 minit yang lalu Diterbitkan pada
Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang 12hb Ogos 2023

Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang 12hb Ogos 2023

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 291 hits
SELAMAT MENGUNDI DIUCAPKAN BUAT SEMUA RAKYAT DI ENAM BUAH NEGERI DI MALAYSIA ANTARA ENAM NEGERI TERSEBUT IALAH KEDAH DARUL AMAN PULAU PINANG SELANGOR DARUL EHSAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TERENGGANU DARUL IMAN KELANTAN DARUL NAIMUntuk ke...
Keputusan Penuh Pilihan Raya Negeri 2023

Keputusan Penuh Pilihan Raya Negeri 2023

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 316 hits
Keputusan Penuh Pilihan Raya Negeri 2023 Pilihan Raya Negeri 2023 telah berlangsung pada hari semalam 12 Ogos 2023 di beberapa buah negeri seperti Selangor Negeri Sembilan Pulau Pinang Kedah Kelantan Dan Terengganu Terkini Keputusan Penuh P...
Kedudukan Pilihan Raya Enam Negeri Status Quo

Kedudukan Pilihan Raya Enam Negeri Status Quo

papar berkaitan - pada 3/8/2023 - jumlah : 237 hits
ANALISA AWAL Perang bendera di persimpanganJalan AU Taman Permata PERJALANAN pilihan raya dienam buah negeri ketika ini kian rancak sudah memasuki hari ke lima Keadaanya juga semakin panas suhu meningkat setiap jam Parti parti politik mempe...
Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Perkeso Carsome Kerjasama Lancar Inisiatif Bantu Pencari Kerja

Time Management For Entrepreneurs

Lima Individu Pukul Lelaki Oku Di Kemaman Didenda

Anwar Kena Jawab 1mdb Gugur Saman Terhadap Riza Aktivis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Sekadar Lafaz Musim 2 Slot Akasia TV3

Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton


Kelebihan Berkahwin Dengan Pasangan Anak Sulung

Info Yang Korang Kena Tau Mengenai Masalah Tiroid Yang Pelbagai

Ai Chat Bot Python 10

Homework

Gut Health For Pets How Digestion Impacts Mood Energy And Overall Well Being

Kajian Mendapati Mod Gelap Tingkatkan Penggunaan Bateri