Doa Malam Lailatul Qadar Amalan Sunat Yang Dianjurkan


Doa Malam Lailatul Qadar & Amalan Sunat Yang Boleh Diamalkan
JANGAN LEPASKAN PELUANG MEREBUT GANJARAN 10 MALAM TERAKHIR RAMADAN
Menjelang 10 malam terakhir, ayuh kita gandakan amalan demi mendapatkan ganjaran pahala yang berganda khususnya sewaktu malam ‘1000’ bulan.
Ketika tiba 10 malam terakhir, Rasulullah juga menunjukkan kesungguhan yang luar biasa sebagaimana yang diceritakan oleh Aisyah RA, beliau menceritakan :
كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ العَشْرُ الأوَاخِرُ مِنْ رَمَضَانَ أَيْقَظَ أَهْلَهُ وَشَدَّ المِئْزَرَ وَأَحْيَا اللَّيْلَ
Maksudnya: “Adapun Rasulullah SAW apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadhan, Baginda SAW membangunkan ahli rumahnya, mengikat kainnya (menjauhi isteri-isterinya) serta menghidupkan malam tersebut”. [Riwayat Ibn Hibban, no. Hadith 3436]
Bersediakah kita untuk pulun 10 malam terakhir?
Jom ulangkaji dan rebut ganjaran yang ditawarkan setahun sekali ini.
Apakah Lailatul Qadar? Malam lailatul qadar yang dikenal sebagai salah satu malam yang menyimpan keutamaan yang melimpah, bahkan dipercayai lebih mulia dibanding 1000 bulan.
Amalan doa malam lailatul qadar merupakan salah satu ibadah sunnah yang dibaca umat Muslim untuk meraih keutamaan bulan Ramadhan, khususnya malam lailatul qadar.
Maka dari itu tak hairan jika malam lailatul qadar ini banyak dinantikan umat Muslim di berbagai penjuru negara.
Doa Malam Lailatul Qadar Untuk meraih keutamaan malam lailatul qadar, Rasulullah menganjurkan bagi umat Muslim untuk memperbanyak membaca doa lailatul qadar sambil itikaf di dalam Masjid.
Doa malam lailatul qadar ini berisi permohonan ampunan yang dianjurkan untuk dibaca sebanyak-banyaknya.
اللَّـهُـمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ تُـحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Allahumma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Annii
Maksudnya:
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku.”
Doa ini membawa maksud yang jelas bahawa perkara pertama yang diajarkan oleh Rasulullah kepada Saidatina Aisyah adalah agar memohon keampunan dari Allah.
Oleh itu amalkan doa lailatul qadar ini sepanjang bulan Ramadan ini.
Ia adalah doa yang diucapkan sendiri oleh Baginda Nabi dalam usaha kita memohon keampunan dari Allah.
Amalan Sunat Yang Dianjurkan MISI MEMBURU MALAM AL-QADR
Antara amalan yang dilakukan oleh Nabi SAW pada malam-malam tersebut adalah:
Melakukan Solat Malam (Qiamullail)
Rasulullah SAW menganjurkan umatnya agar mencari dan menghidupkan 10 malam terakhir Ramadhan. Daripada ‘Aisyah R.Anha, katanya:
Adalah Rasulullah SAW apabila masuk pada sepuluh akhir (Ramadan), Baginda SAW akan menghidupkan malamnya (dengan ibadah), mengejutkan ahli keluarganya, dan memperketatkan kain sarungnya (bersungguh-sungguh dalam beribadah dan melakukan kebaikan)”
— Riwayat Muslim: 2015
Berdoa Memohon Keampunan Dan Dihapuskan Dosa Yang Lalu
Lailatul Qadar termasuk waktu yang mustajab untuk berdoa oleh kerana itu setiap Muslim boleh membaca doa apapun untuk kebaikan dunia dan akhiratnya. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) bersabda:
Sesiapa yang melakukan qiamullail pada Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan pahala akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.”
— Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Melakukan Iktikaf
Itikaf ini dikenali juga sebagai ‘Iktikaf Asyrul-Awahir’. Iktikaf menjadi sunnah muakkad jika dilakukan di bulan Ramadhan terutama pada 10 terakhir Ramadhan.
Pada hari-hari tersebut Rasululllah SAW mengajak isteri dan keluarga serta para sahabat Baginda menghidupkan malam dan mengisinya dengan pelbagai kegiatan ibadah yang menunjukkan ‘taqarrub‘ (mendekatkan diri) kepada Allah SWT.
Daripada Abi Hurairah r.a telah berkata:
Bahawa Nabi SAW beriktikaf pada setiap kali Ramadhan pada 10 hari, tetapi beriktikaf 20 hari pada tahun kewafatan Baginda SAW.”
— Riwayat al-Bukhari, Abu Daud dan Ibn. Majah
Sekurang-Kurangnya Melakukan Solat Fardu Secara berjemaah. Imam Ibn Rajab al-Hanbali Rahimahullah menyatakan. Sebahagian ulama mazhab Syafie menakalkan riwayat daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma bahawa:
Menghidupkan malam Lailatul Qadar akan terhasil apabila seseorang mendirikan solat ‘Isya’ secara berjemaah dan berazam untuk melakukan solat Subuh secara berjemaah jua. Imam Malik merekodkan dalam al-Muwatta’ bahawa Imam Ibn al-Musayyib berkata: Sesiapa yang bertemu dengan Lailatul Qadar bermaksud (yang mendirikan solat) dalam berjemaah (pada malam tersebut), maka dia akan memperolehi kebaikan malam itu. Begitu jualah yang dikatakan oleh Imam asy-Syafie rahimahullah dalam pendapat lamanya: Sesiapa yang mendirikan solat Isya’ dan Subuh pada malam Lailatul Qadar, maka dia akan memperoleh kebaikannya.”
— Lihat Lathaif al-Maarif (hal. 159).
Tiada nikmat yang lebih besar selain daripada nikmat keampunan Allah SWT yang kita harapkan selaku hambaNya di atas muka bumi ini untuk meraih ganjaran syurga yang dijanjikanNya di akhirat kelak.
Oleh itu marilah kita berusaha pada 10 malam yang terakhir ini untuk beribadah dengan bersungguh-sungguh.
Contoh Doa Munajat Yang Boleh Dibacakan Dalam Bulan Ramadan (Bahasa Melayu) Selepas solat Witir tadi, imam membacakan doa dalam Bahasa Melayu. Memang amat jarang sekali kita dengar imam baca doa dalam Bahasa Melayu. Amat tersentuh, menitis air mata apabila imam membacakan doa. Sewaktu moreh saya tanya imam, ambil mana doa tadi, JAKIM ke, Majlis Agama ke fikir saya dalam hati? Dia kata dia buat sendiri. Lalu saya minta dia hantarkan doa tersebut untuk tatapan kita, semua.
MUNAJAT RAMADHAN…
Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…
Dalam dakapan Ramadhan yang suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yang kerdil dan hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepadaMu ya Allah… Semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar.
Ya Fattahu Ya ‘alim…
Ajarkanlah kami yang lemah ini utk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yang baik-baik untuk diri kami, Janganlah kau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu-pintu rahmatMu untuk kami ya Allah…
Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah untuk kami dgn kesihatan yang baik supaya dengannya kami dapat beribadah kepadaMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu Ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat padaMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kepadaMu ketika senang, kami ingat kepadaMu bila datang kesusahan. Kami lupa kepadaMu disaat kami gembira, Kami ingat kepadaMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu ketika usia sudah tua.
Justeru ya Allah…ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yang sentiasa melalaikan kami daripada mengingatiMu ya Allah…
Ya Allah…Ya Rahman..Ya Rahim…
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. Kami memohon agar setiap titik susu ibu yg mengalir dalam diri kami…kau gantilah dengan kebajikan untuknya yang boleh membawanya ke syurgaMu ya Allah…ya Rahman…pada setiap keringat yang mngalir pada tubuh ayah kami dalam mcari rezki kepada kluarga kami…kau gantikanlah dengan keampunan yang membawa ke syurgaMu ya Allah.
Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dalam kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangan dan kemewahan…Justeru kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yg istimewa di syurgaMu ya Allah…..
Ya Allah….
Kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami dan guru-guru kami yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh…golongkanlah mereka dalam golongan orang yang Engkau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dalam keadaan yang baik-baik…dalam keampunan dan rahmatMu Ya Allah…
Ya Allah Ya azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.
Ya Rashid…Ya rahman…Ya Rahim..
Jika ada dikalangan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln keluar kpd mereka, jika ada di kalangan kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah…agar dapat beribadah bersama kami.
Jika ada dikalangan kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar dan Mengasihi…
Ya Allah Ya Malikal Mulk…
Ya Razak..Ya Fattahu Ya ‘Alim…
Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg diberkati dan jadikanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jadikan kami drp golongan yg lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.
Ya Allah….
Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….
Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram…
Ya Allah….Jgnlah kau jadikan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akan dtg…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal di mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa kami…amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi… kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…
Amiin… Ya Rabbal ‘Alamiin.
(Kredit: Facebook)
Panduan Qiamullail Qiamullail ialah satu amalan sunat yang bererti ‘bangun malam’ iaitu bangun dengan tujuan untuk beribadat kepada Allah SWT amalan qiamullail bukanlah satu perkara baru, bahkan ianya merupakan ibadat yang sudah menjadi darah daging atau amalan para rasul, nabi-nabi, orang soleh dan alim ulama sejak dahulu lagi.
Berdasarkan kepada ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith yang disebut di atas menunjukkan bahawa di antara amalan-amalan yang disunatkan semasa qiamullail ialah mengerjakan sembahyang-sembahyang sunat, membaca al-Quran, berzikir dan beristighfar memohon ampun ke hadrat Allah SWT. Tentang sedikit atau banyaknya mengerjakan amalan-amalan sunat bergantung kepada kemampuan seseorang.
Jika seseorang itu hanya mampu mengerjakan hanya dua rakaat sembahyang Tahajjud sahaja umpamanya, maka ini juga dikira melakukan ibadat qiamullail.
Walau bagaimanapun sedikit atau banyak bukanlah menjadi ukuran, yang penting ialah keikhlasan seseorang dalam mengerjakan ibadah dan sentiasa melakukannya kerana keikhlasan dan selalu melakukannya itu akan lebih menghampirkan seseorang kepada Allah SWT.
Anda boleh muat turun panduan qiamullail yang dikongsikan oleh JAKIM untuk rujukan bersama.
Panduan_Qiamullail_JAKIMDownload PORTAL RAMADAN AL-FALAH
Sempena Ramadan 1444H/ 2023M, JAKIM menyediakan portal Ramadan Al-Falah yang mengandungi pelbagai informasi menarik berkaitan ibadah dan panduan amalan soleh untuk diamalkan.
Ikuti portal melalui QR code atau layari https://www.islam.gov.my/ms/ramadan-al-falah
Baca juga: JAKIM: Panduan Solat Tarawih Berjemaah & Bersendirian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/lailatul-qadar/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=lailatul-qadar

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lailatul Qadar Malam Terbaik Dari 1000 Bulan Dan Tanda Tandanya

Lailatul Qadar Malam Terbaik Dari 1000 Bulan Dan Tanda Tandanya

papar berkaitan - pada 25/3/2023 - jumlah : 232 hits
Lailatul Qadar Malam Terbaik Dari 1000 Bulan Dan apakah tanda tanda bahawa malam tersebut adalah malam lailatul qadar Apakah yang dimaksudkan dengan Lailatul Qadar Lailatul Qadar adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadhan Ayat ...
Pertimbangkan 4 Hal Ini Sebelum Membeli Kasur Baru Biar Tidur Nyenyak Di Malam Hari

Pertimbangkan 4 Hal Ini Sebelum Membeli Kasur Baru Biar Tidur Nyenyak Di Malam Hari

papar berkaitan - pada 21/3/2023 - jumlah : 154 hits
Memilih kasur yang berkualitas sudah pasti bukanlah hal yang mudah dilakukan Perlu banyak pertimbangan hingga akhirnya menjatuhkan pilihan pada kasur yang tepat
Razia Anggota Tni Polri Di Tempat Hiburan Malam Petugas Gabungan Amankan 16 Orang

Razia Anggota Tni Polri Di Tempat Hiburan Malam Petugas Gabungan Amankan 16 Orang

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 117 hits
16 Orang terkena razia terdiri dari tiga personel TNI AD satu personel TNI AL tujuh personel Polri serta lima orang dari warga sipil
Pengendali Sri Pahang Fc Fandi Ahmad Puas Kutip Tiga Mata Di Ipoh Malam Tadi

Pengendali Sri Pahang Fc Fandi Ahmad Puas Kutip Tiga Mata Di Ipoh Malam Tadi

papar berkaitan - pada 18/3/2023 - jumlah : 157 hits
KUANTAN Pengendali Sri Pahang FC Fandi Ahmad memuji kejayaan anak buahnya mengutip tiga mata selepas menewaskan Perak FC 3 0 di Stadium Perak Ipoh malam tadi Beliau turut gembira dengan asakan awal yang dilakukan pada babak pertama menghasi...
Malam Malam Ganjar Sidak Jembatan Juwana Minta Maret Sudah Selesai

Malam Malam Ganjar Sidak Jembatan Juwana Minta Maret Sudah Selesai

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 521 hits
Ganjar mengatakan mendapat komplain banyak terkait kemacetan di Pantura Timur Salah satu penyebabnya adalah pembangunan jembatan Juwana yang tak kunjung rampung
Indahnya Suasana Malam Menyambut Bulan Suci Ramadan Di London

Indahnya Suasana Malam Menyambut Bulan Suci Ramadan Di London

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 1846 hits
Menyambut bulan suci Ramadan kawasan Piccadilly Circus di London dihiasi pernak pernik lampu unik berbentuk bulan sabit bintang hingga tulisan Happy Ramadan Hiasan lampu yang menerangi kawasan Piccadilly Circus telah menarik perhatian warga...
Lirik Lagu Ziha Salleh Cinta Malam Purnama

Lirik Lagu Ziha Salleh Cinta Malam Purnama

papar berkaitan - pada 25/3/2023 - jumlah : 352 hits
Lirik Lagu Ziha Salleh Cinta Malam Purnama Lirik Lagu Ziha Salleh Cinta Malam Purnama Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Entri kali ini MOMI nak kongsi kepada anda sebuah lagu dari Ziha Salleh yang berjudul Cinta Malam Purnama Lagu ini me...
Malam Tu Saya Tidur Di Ruang Tamu Masa Inilah Saya Baru Tahu Rumah Ini Laluan Benda Itu

Malam Tu Saya Tidur Di Ruang Tamu Masa Inilah Saya Baru Tahu Rumah Ini Laluan Benda Itu

papar berkaitan - pada 25/3/2023 - jumlah : 293 hits
Salah satu rumah sewa yang saya duduk di kawasan Kuantan Pahang sangat misteri Asalnya saya duduk berdua tetapi akhirnya tinggal saya seorang sahaja Saya duduk di bilik tengah Faham fahamlah kalau bilik etngah tu panasnya tak payah ceritala...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco

Lauk Paling Sedap

Hiburan Aktif Kegiatan Mencuri Ayam Di Pasar Awam Sekitar Daerah Batang Padang Tiga Lelaki Akhirnya Ditangkap