Doa Jawi Dan Rumi Ketika Melihat Bulan Penuh Snow Moon 2020
Doa Jawi dan Rumi Ketika Melihat Bulan Penuh Snow Moon 2020Doa Jawi dan Rumi Ketika Melihat Bulan Penuh Snow Moon 2020 | Malam ini akan ada bulan penuh dan dikatakan kejadian pertama bagi tahun 2020 untuk supermoon ini.
Nama Super Snow Moon juga diberikan dari Suku Indian di Amerika Syarikat (US), yang menyebut setiap Bulan purnama yang jatuh pada bulan Februari sebagai Snow Moon atau Bulan Salji.
Februari adalah bulan yang penuh salji di US bahagian utara dan timur, kerana inilah disebut sebagai Super Snow Moon.
DAH BACA KE? Promosi Februari 2020 Twin Pack Tingkatkan Sistem Imun
Snow Moon yang berlaku semasa bulan purnama ini akan menjadi paling dekat dalam orbitnya ke Bumi. Ia akan muncul selama tiga hari sekitar dengan waktunya dari Jumaat petang hinggalah Isnin pagi.
Bulan ini mempunyai nama yang berbeza mengikut musim yang berkaitan dengan masa itu. Ini kerana berabad lalu, bulan lunar dikaitkan dengan perubahan musim berbanding tahun solar.
Menurut NASA, bulan penuh ini mempunyai pelbagai nama antaranya Bulan Ribut, Bulan Kelaparan, Magha Purnama, Mahga Puja, Festival Bulan pagoda Mahamini dan Moon Festival Latern China.
Doa Jawi dan Rumi Ketika Melihat Bulan Penuh
Ketika menikmati keindahan bulan purnama luar biasa atau supermoon, umat Muslim dianjurkan untuk membaca doa.
Doa yang dibaca ketika fenomena Supermoon atau bulan purnama terjadi merupakan wujud ras syukur kita akan kebesaran kuasa Allah SWT.
Doa Saat Melihat Bulan Purnama / Cahaya Terang
رَبَّنَآ أَتۡمِمۡ لَنَا نُورَنَا وَٱغۡفِرۡ لَنَآۖ إِنَّكَ عَلَىٰ ڪُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬
Rabbanaa atmimlanaa nuuranaa waghfirlanaa innaka 'alaa kulli syai'in qadiir
Ya Tuhan kami, sempurnakanlah untuk kami cahaya kami dan ampunilah kami, sungguh Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Doa yang boleh dipanjatkan ketika bulan purnama terjadi.
اَللَّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْأَمْنِ وَالْإِيْمَانِ وَالسَّلَامَةِ وَالإِسْلَامِ. هِلَالُ خَيْرٍ وَرُشْدٍ
Allâhumma ahillahu ‘alainâ bil amni wal îmâni was salâmati wal islâmi. Hilâlu khairin wa rusydin.
Menurut laman web siakapkeli, tiada kenyataan rasmi dari Agensi Nasa berkaitan di Malaysia tentang fenomena bulan penuh Snow Moon ini.
Semoga perkongsian Doa Jawi dan Rumi Ketika Melihat Bulan Penuh ini memberikan manfaat kepada semua.
Jika anda berminat ingin mendapatkan produk Shaklee,
boleh terus hubungi Umi melalui Whatsapp
* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat
Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”
Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.uminazrah.com/2020/02/doa-jawi-dan-rumi-ketika-melihat-bulan-penuh-super-moon-2020.html