Doa Depan Kaabah Contoh Doa Kirim Ke Mekah
Doa Depan Kaabah: Contoh Doa Kirim Ke Mekah
Menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah adalah merupakan impian setiap Muslim. Namun tidak semua orang mempunyai peluang sedemikian disebabkan faktor-faktor tertentu terutamanya dari segi kemampuan kewangan.
Bagi sesiapa yang belum lagi berpeluang ke Mekah, ‘mengirim doa’ ke Mekah kepada individu yang berpeluang untuk pergi ke sana adalah satu kesempatan baik dan ditunggu-tunggu. Hal ini kerana, salah satu tempat mustajab berdoa adalah di hadapan Kaabah.
Imam Ibn Rajab al-Hanbali Rahimahullah berkata di dalam kitabnya Lathaif al-Ma’arif (Hlm. 269):
“Penggandaan pahala bagi setiap amalan itu berlaku apabila kita berdoa di tempat yang mulia seperti tanah haram. Oleh kerana itulah solat di dalam dua masjid Makkah dan juga Madinah itu dilipat gandakan ganjarannya.”
BACA JUGA: Tawaf Wada – Hukum & Panduan Mengerjakannya
Definisi Doa
Sebelum itu, mari kita fahami definisi doa.
Menurut Imam al-Khattabi, doa adalah merupakan sebuah permohonan untuk pertolongan dan bantuan oleh seorang hamba kepada Tuhannya.
Hakikat doa itu adalah menzahirkan kefakiran, kelemahan dan kehinaan diri kepada Allah yang di dalamnya terpateri pengagungan terhadap Allah SWT dan mengiktiraf sifat kemuliaan dan pemurah-Nya.
Firman Allah dalam Surah Al Baqarah, ayat 186 yang bermaksud::
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu.
Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu.
Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.”
Hukum Mengirim Doa
Berdasarkan kepada sebuah riwayat daripada Saidina Umar al-Khattab RA, hukum mengirim doa adalah dibolehkan.
Saidina Umar al-Khattab RA pernah meminta izin kepada Nabi SAW untuk menunaikan umrah, lalu baginda mengizinkannya dan berkata kepada Umar:
لاَ تَنْسَنَا يَا أُخَىَّ مِنْ دُعَائِكَ
“Jangan lupakan kami wahai saudaraku dari doa kamu.”
(Hadis Riwayat Abu Daud, No. 1498)
Doa Pertama Kali Melihat Kaabah
Apabila Nabi Muhammad SAW pertama kali melihat Kaabah, Baginda SAW berdoa dengan doa berikut:
الَّلهُمَّ زِدْ هّذَا البَيْتَ تَشْرِيفاً وَتَعْظِيماً وَتَكْرِيماً وَمَهَابَةً، وَزِدْ مَن شَرَّفَهُ وَكَرَّمَهُ مِمَّنْ حَجَّهُ أَو اعتَمَرَهُ تَشرِيفاً وَتَكرِيماً وَتَعظِيماً وَبِرّاً
Maksudnya: “Ya Allah, tambahkanlah kemuliaan, penghormatan, dan keagungan kepada rumah ini, dan tambahkanlah kemuliaan, penghormatan, dan keagungan kepada sesiapa yang memuliakan dan menghormatinya, sama ada mereka yang menunaikan haji atau umrah, sebagai bentuk kemuliaan, penghormatan, dan keagungan, serta sebagai bentuk ketaatan.”
Rasulullah SAW juga membaca:
اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ
Maksudnya: “Ya Allah, Engkaulah yang Maha Sejahtera dan daripada-Mu lah segala keamanan, Engkau adalah yang Maha Diberkati, wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kemuliaan.”
Sekiranya anda tidak mengingati doa-doa tersebut apabila pertama kali melihat Kaabah, bacalah Allahu Akbar sebanyak tiga kali, diikuti dengan Laa ilaaha Illallaah (sebanyak tiga kali).
Angkatlah tangan anda, bacalah selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW dan kemudian bacalah doa yang anda inginkan.
Contoh Doa Depan Kaabah – Kirim Doa
Terdapat macam-macam doa yang sering dikirimkan kepada individu yang hendak pergi ke Makkah.
Antaranya ialah, doa agar diberikan kesihatan dan kesembuhan, doa agar dipertemukan jodoh, doa agar diberi peluang ke sana, doa agar diberikan rezeki yang melimpah dan sebagainya.
Anda boleh mengirim apa jua jenis doa yang diinginkan asalkan tidak menyusahkan orang yang hendak membacanya kelak. Sebaiknya, anda siapkan skrip untuk dibaca terus bagi memudahkan doa anda dibaca.
Berikut ialah contoh skrip doa yang anda boleh kirimkan kepada seseorang yang hendak berangkat ke Makkah:
Contoh 1 – Doa agar diberi keampunan & dipertemukan jodoh
“Ya Allah, dengan penuh kerendahan hati aku mengangkat doa kepada-Mu, Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Aku memohon agar Engkau memberkati kehidupan [NAMA] & keluarga di dunia dan akhirat. Berikanlah kepada [NAMA] & keluarga kekuatan untuk menjalani kehidupan ini dengan penuh kesabaran, keikhlasan, dan keberanian untuk menghadapi segala ujian dan cobaan yang Engkau berikan.
Ya Allah, mempertemukanlah [NAMA] dengan jodoh yang Engkau redhai. Berikanlah kepadanya pasangan hidup yang dapat menjadi teman sejati, penyejuk hati, dan pendamping setia dalam menjalani kehidupan ini. Bimbinglah mereka untuk saling mencintai, menghormati, dan mendukung satu sama lain dalam segala hal.
Ya Allah, ampunkanlah segala dosa dan kelalaian yang telah [NAMA] & keluarga lakukan sepanjang mereka hidup. Berikanlah kepada [NAMA] & keluarga kesempatan untuk bertaubat dan memperbaiki diri, serta jadikanlah mereka hamba yang sentiasa bertakwa kepada-Mu.
Ya Allah, semoga Engkau mengabulkan doa [NAMA] & keluarga ini dengan sebaik-baiknya. Jadikanlah [NAMA] & keluarga hamba yang selalu bersyukur atas segala nikmat yang Engkau berikan, dan jadikanlah [NAMA] & keluarga hamba yang selalu taat kepada-Mu dalam setiap langkah kehidupan mereka. Amin.”
Contoh 2 – Doa agar disembuhkan penyakit
“Ya Allah Ya Rahman, Ya Allah Ya Rohim, Ya Robbal Alamin.
[NAMA] telah mewakilkan kepada aku untuk mendoakan kepadanya Ya Allah di hadapan kaabah-MU yang mulia. Ampunkanlah segala dosa-dosa [NAMA] sama ada dosa kecil atau dosa besar. Ampunkanlah dosa suaminya, ibubapanya, anak-anaknya.
Ya Allah, sembuhkanlah penyakit [NAMA PENYAKIT] yang telah dihadapinya. Kasihanilah [NAMA], ya Allah. Semoga Segala usaha, ikhtiar, doa serta tawakkalnya kepadaMU Ya Allah selama ini mendapat hasilnya. Sembuhkan [NAMA], sembuhkanlah Ya Allah.”
Contoh 2 – Doa agar dikurniakan zuriat
“Ya Allah Yang Maha Pengasih, dengan kerendahan hati kami berdoa kepada-Mu, memohon keampunan atas segala dosa dan kesalahan yang telah kami lakukan dalam hidup ini.
Ampunilah [NAMA] & keluarga, wahai Tuhan, dan berikanlah [NAMA] & keluarga petunjuk untuk selalu berjalan di jalanMu yang lurus.
Ya Allah, kurniakanlah [NAMA] zuriat dan keturunan yang soleh solehah, yang menjadi penyejuk hati dan penerus perjuangannya di dunia ini. Berikanlah kepada [NAMA] keturunan yang menjadi kebanggaan bagi agama, bangsa, dan keluarganya.
Ya Allah, jadikanlah setiap langkah yang [NAMA] & keluarga ambil sebagai bekal untuk kehidupan akhirat. Bimbinglah [NAMA] & keluarga agar selalu berbuat kebaikan dan menjauhi segala larangan-Mu. Permudahkanlah urusan [NAMA] & keluarga di dunia ini dan jadikanlah kami hamba-Mu yang selalu bersyukur atas segala nikmat yang Engkau berikan.
Ya Allah, semoga segala amal perbuatan [NAMA] & keluarga diterima di sisi-Mu, dan mendapat tempat yang mulia di syurgaMu. Ya Allah, berikanlah [NAMA] & keluarga kebahagiaan di dunia dan akhirat. Amin.”
NOTA: Skrip doa ini boleh diubahsuai mengikut keperluan dan kehendak masing-masing.
Himpunan Doa Di Tanah Suci
Berikut pula dikongsikan himpunan doa di tanah suci yang boleh dibaca bagi individu yang menjejakkan kaki ke tanah suci.
himpunan-doa2-terpilih-di-tanah-suciMUAT TURUN
Sumber:
#2911: Mengirim Doa kepada Yang Akan ke Tanah Suci Makkah – DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/doa-depan-kaabah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=doa-depan-kaabah