Doa Cegah Covid 19 Yang Disebut Dalam Hadith
Selain daripada usaha kita menjaga kebersihan seperti memakai topeng muka, mengamalkan penggunaan hand sanitzer dan sebagainya, kita sebagai ummat Islam, sentiasalah ingat Allah. Sebabnya Dialah u=yang menguji dengan wabak COVID-19 ni.
Salah satunya adalah kita perlu banyakkan berdoa kepadaNya supaya kita dan keluarga kita serta seluruh dunia bebas daripada wabak pendemic ini.
Antara doa-doa yang terdapat dalam hadith (untuk tolak bala seperti wabak COVID-19 ini) adalah seperti di bawah:
1. Daripada Uthman bin Affan berkata,
aku mendengar Nabi SAW bersabda:
مَنْ
قَالَ بِسْمِ
اللَّهِ الَّذِي
لَا يَضُرُّ
مَعَ اسْمِهِ
شَيْءٌ، فِي الْأَرْضِ، وَلَا
فِي السَّمَاءِ،
وَهُوَ السَّمِيعُ
الْعَلِيمُ، ثَلَاثَ
مَرَّاتٍ، لَمْ
تُصِبْهُ فَجْأَةُ
بَلَاءٍ، حَتَّى
يُصْبِحَ، وَمَنْ
قَالَهَا حِينَ
يُصْبِحُ ثَلَاثُ
مَرَّاتٍ، لَمْ
تُصِبْهُ فَجْأَةُ
بَلَاءٍ حَتَّى
يُمْسِيَ
Maksudnya: “Sesiapa yang membaca:
بِسْمِ اللَّهِ
الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ
اسْمِهِ شَيْءٌ
فِي الْأَرْضِ
وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ
السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
(Dengan nama Allah yang dengan
nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di
langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui) sebanyak tiga kali,
maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga subuh.
Dan barangsiapa yang membacanya ketika subuh sebanyak tiga kali, maka dia tidak
akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga petang (malam).”
[Riwayat Abu Daud (5088)] [Menurut Syeikh Syuaib al-Arna’outh hadith ini adalah
hasan]
2. Daripada Abu Hurairah RA berkata:
جَاءَ
رَجُلٌ إِلَى
النَّبِيِّ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ فَقَالَ:
يَا رَسُولَ
اللهِ مَا لَقِيتُ مِنْ
عَقْرَبٍ لَدَغَتْنِي
الْبَارِحَةَ، قَالَ:
أَمَا لَوْ
قُلْتَ، حِينَ
أَمْسَيْتَ: أَعُوذُ
بِكَلِمَاتِ اللهِ
التَّامَّاتِ مِنْ
شَرِّ مَا خَلَقَ، لَمْ
تَضُرَّكَ
Maksudnya: “Telah datang seorang
lelaki kepada Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah, ketika aku sedang tidur,
ada seekor kala jengking datang menyengatku. Maka Nabi SAW bersabda: Jika kamu
membaca ketika waktu petang (malam) itu: أَعُوذُ
بِكَلِمَاتِ اللهِ
التَّامَّاتِ مِنْ
شَرِّ مَا خَلَقَ (Aku berlindung dengan kalimah Allah yang
sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta)” nescaya tidak akan
berlaku perkara yang memudharatkan kamu.” [Riwayat Muslim (2709)]
3. Daripada Ibn Umar RA, bahawa aku
mendengar Nabi SAW bersabda:
لَمْ
يَكُنْ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ يَدَعُ
هَؤُلَاءِ الدَّعَوَاتِ،
حِينَ يُمْسِي،
وَحِينَ يُصْبِحُ:
اللَّهُمَّ إِنِّي
أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ
فِي الدُّنْيَا
وَالْآخِرَةِ Maksudnya: “Nabi SAW tidak pernah
meninggalkan doa tersebut ketika petang dan pagi iaitu: “اللَّهُمَّ إِنِّي
أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ
فِي الدُّنْيَا
وَالْآخِرَةِ (Ya Allah aku memohon kepada-Mu keselamatan
di dunia dan akhirat”. [Riwayat Abu Daud (5074)] [Menurut Syeikh Syuaib
al-Arna’outh sanad hadith ini adalah sahih] Menurut Syeikh Abu al-Hasan
al-Mubarakfuri maksud keselamatan (العافية)
di dalam tersebut adalah keselamatan daripada perkara-perkara merosakkan agama
serta kesusahan dunia. Dikatakan juga, keselamatan daripada penyakit-penyakit
dan bala-bala. [Lihat: Mir’ah al-Mafatih, 139/8]
4. Daripada Anas bin Malik RA
berkata:
كَانَ
يَقُولُ: اللَّهُمَّ
إِنِّي أَعُوذُ
بِكَ مِنَ
البَرَصِ، وَالْجُنُونِ،
وَالْجُذَامِ، وَمِنْ
سَيِّئِ الْأَسْقَامِ
Maksudnya: Adapun Rasulullah berdoa:
اللَّهُمَّ إِنِّي
أَعُوذُ بِكَ
مِنَ البَرَصِ،
وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ،
وَمِنْ سَيِّئِ
الْأَسْقَامِ (Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada
penyakit sopak[1], gila, kusta[2] dan penyakit-penyakit yang buruk)”.”
[Riwayat Abu Daud
(1554)] [Menurut Syeikh Syuaib al-Arna’outh sanad hadith ini adalah sahih]
Walaubagaimanapun kita boleh sahaja
berdoa dalam bahasa percakapan kita sendiri dengan seeloknya mengikut adab-adab
berdoa seperti berikut:
memulakan doa dengan pujian terhadap
Allah SWTberselawat kepada Rasulullah SAW.Selain itu ketika berdoa, seseorang
itu hendaklah memilih waktu, yang diistilahkan sebagai waktu mustajab, seperti
pada hari Jumaat kerana pada hari tersebut ada satu ketika, apabila bertepatan
masanya, Allah SWT akan memperkenankan doa tersebut.Begitu juga dengan berdoa pada waktu
malam, iaitu pada dua per tiga daripada malam.
Jadi sama-samalah kita memohon hanya kepadaNya. Dialah yang menjadikan penyakit dan Dia jugalah yang memberi kita penawarnya. Setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Moga kita bersabar dengan ujian ini. Moga ianya memberikan kita pengajaran serta iktibar kepada kita supaya kita kembali kepadaNya..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ohsempoi.com/doa-cegah-covid-19-tolak-bala-yang-disebut-dalam-hadith/